Tuesday 22 April 2014

SALAH FAHAM DENGAN PERGERTIAN RIJALUL GHAIB



Makna rijalul ghaib sering di salah ertikan oleh orang-orang yang jahil. Mereka beranggapan rijalul ghaib ini adalah bangsa jin. Mereka hanya sekadar menterjemahkan maksud rijalul ghaib dan membuat andaian sendiri. Begini cara mereka memahami maksudnya:

Rijal = pemuda
Ghaib = tak kelihatan di alam manusia

Maksudnya bukan manusia tetapi adalah jin dan termasuk Bunian. Bagi mereka yang berdampingan dengan jin, berdamping dengan bacaan bacaan zikir yang beratus ribu, dan sejenisnya, serta mereka yang tak mengetahui, tetapi membaca al quran, juga dari keturunan, pusaka keturunan susah nak di terangkan kerana, dalam kitab karangan manusia, di gelar mereka dengan ustaz maulana, tetapi mereka memakai buluh sewu, tentera jin seribu, bila mereka dalam kesusahan akan datang bantuan rijalul ghaib jin dan syaitan hendak menyesatkan manusia ramai yang percaya, ikut rijalul ghaib, patuh kepada permintaan rijalul ghaib, seperti sediakan makanan sekian sekian, berzikir sekian sekian, itu memberi jin syaitan tu hidup. 

Dari segi ilmu perubatan tradisional pula terdapat dalam sebuah buku sebuah bertajuk ‘Warisan Perubatan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Buku ini sebenarnya diterjemahkan dari manuskrip asalnya yang bertulisan jawi. Penulis manuskrip itu bernama Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang. Menurut Muhammad Salleh, dalam usaha untuk menjadi seorang perawat atau tabib, hendaklah meminta tolong pada ‘RIJALUL GHAIB’ empat bersahabat. Pada akhir tulisan ini nanti kita akan melihat siapakah ‘rijalul ghaib ’ yang dimaksudkan oleh buku Warisan Perubatan Melayu  adalah khadam ayat. Untuk mendapatkan rijalul ghaib ini dimulakan dengan solat hajat. Pada rakaat pertama dibacakan ayat Kursi manakala pada rakaat kedua dibacakan surah al-Ikhlas tiga kali, surah al-Falaq dan surah an-Naas. Kemudian hendaklah melihat jadual ‘langkah rijalul ghaib ’. Dipercayai rijalul ghaib berada di tempat dan arah tertentu mengikut kalendar bulan sebagaimana kalendar Islam. Selepas mengetahui kedudukan rijalul ghaib, satu bacaan mentera hendaklah diamalkan. 

Ini semua adalah perbuatan khurafat dan dakwaan yang menyesatkan telah dilakukan oleh orang-orang jahil yang bertopengkan ajaran islam cuba membenarkan ilmu songsang mereka. Imam Ahmad bin Ali Al-Buni dalam Manba Ushul Al-Hikmah-nya menjelaskan Rijalul Ghaib merupakan hamba-hamba Allah yang soleh yang banyak diberi pengetahuan hal yang ghaib oleh Allah SWT. Mereka bertebaran dimuka bumi dan disamarkan oleh Allah dari kebanyakan makhluqnya, dan kerana kesolehannya doanya diijabah Allah. Hal ini sesuai dengan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ya`la, Ibnu al-Sunni, and At-Thabrani dalam al-Mu`jam al-Kabir bahwasanya Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang daripada kamu kehilangan sesuatu atau memerlukan pertolongan sedangkan dia berada di suatu tempat yang tiada orang dapat menolongnya, maka hendaklah dia berseru: "Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku..!! (yaa 'ibaadallaah aghiitsuunii)" sesungguhnya bagi Allah itu ialah hamba-hamba yang kita tidak nampak."

Maka barang siapa yang bertepatan waktu hajatnya dengan arah dimana para rijalul ghaib itu berada dan berdoa kepada Allah pada saat itu juga, para rijalul ghaib itu akan mengamini doanya tersebut maka akan terkabulkan hajatnya serta tercapai apa yang ia minta".

Dalam kitab "Futuh Al Makkiyyah" karangan Imam Akbar Muhiddin Ibnu Arabi di antaranya darjat wali ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahu pun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur” 


(Surah Adh Dhuha : 11) 

Saturday 19 April 2014

AMALAN YANG PALING MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu, ada seorang lelaki datang menemui dirinya dan menceritakan, “Suatu ketika aku melamar seorang perempuan, akan tetapi dia tidak mahu menikah denganku. Lalu ada orang lain yang melamarnya dan dia mahu menikah dengannya. Aku merasa cemburu kepadanya, hingga aku pun membunuhnya. Apakah aku masih boleh bertaubat?”. Ibnu Abbas bertanya, “Apakah ibumu masih hidup?”. Dia menjawab, “Tidak.” Lalu Ibnu Abbas mengatakan, “Kalau begitu bertaubatlah kamu kepada Allah ‘azza wa jalla dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya sekuat kemampuanmu.” ‘Atha’ bin Yasar berkata: Aku pun menemui Ibnu Abbas dan bertanya kepadanya, “Mengapa engkau bertanya tentang apakah ibunya masih hidup?”. Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada suatu amalan yang lebih mendekatkan diri kepada Allah ‘azza wa jalla daripada berbakti kepada seorang ibu.”  

Sumber : Hadis Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad

ABU HURAIRAH R.A MENANGKAP SYAITAN


 Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba munculah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. 
“Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.
“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.
Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. 
Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”
“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. 
“Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Friday 18 April 2014

KISAH ANAK SAIYIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB DI HUKUM KERANA BERZINA


Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaz Al- Khoulani daripada Shafwan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata," Bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan seorang lagi yang bernama Abiidillah dan dia mempunyai gelaran Abu syamah, dia sangat suka membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan Rasullullah. Maka Allah menduganya dengan penyakit teruk selama setahun.

Setelah dia kembali sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang senang dan sangat gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan makan, Maka orang orang yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meninggalkan kampung yahudi itu dan melintasi pagar kaum Bani najjar, Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring, maka serta merta berusaha Abu syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu mengetahui keadaan yang akan menimpa dirinya, dia pun sedaya-upaya untuk menegahnya tetapi malangya dia tidak berupaya. Setelah selesai perbuatan itu,perempuan tadi berpaut pada leher baju Abu syamah dan mencakar-cakar bajunya sebagai di jadikan bahan bukti, akibat dari perkosaan itu, perempuan itu pun hamil.

Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itu pun membawa anaknya ke masjid Rasulullah. untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab Perempuan itu pun berkata:''' Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah lebih patut memeliharanya daripada aku." mendengar kenyataan tersebut, umar merasa terkejut dan dengan perasaan hairan, lalu dia bertanya,,"Mengapa demikian?" jawab perempuan itu ,"Bayi ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu syamah." Umar bertanya lagi," Dengan jalan halal kah atau haram?". perempuan itu menjawab,"Ya Amirul Mukminin, demi Allah daripada pihak aku anak ini halal tapi daripada pihak Abu syamah anak ini haram." Umar bertanya mengapa boleh jadi demikian? perempuan itu pun menceritakan peristiwa yang berlaku atas dirinya.

"Pada suatu hari, aku keluar dekat pagar Bani najjar untuk memetik sayuran. Malam harinya ketika aku tertidur di tempat itu, tiba-tiba anakmu Abu syamah lalu Ditempat itu dalam keadaan mabuk. Apabila dia terpandang diriku yang sedang tidur di situ maka dia memperkosa aku sedangkan aku tidak berdaya menengah perbuatannya. Setelah selesai dia melakukan perbuatan itu, aku berpaut pada leher bajunya untuk menjadikan bahan bukti atas apa yang dilakukan olehnya terhadapku. Kemudian aku kembali ke rumah dengan sabar menanti masa datang bulan tetapi tiada ia datang pada masanya. Maka nyatalah aku sedang hamil. Sekarang tuan ambillah anak ini kerana tuan yang patut memeliharanya. Sesungguhnya aku lebih menanggung malu dunia daripada menanggung malu di akhirat kelak."

Setelah Saiyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu, dia pun menangis sehingga janggutnya di basahi air mata. Dalam tangisannya Saiyidina Umar berkata,"Suatu perkara yang sangat memalukan diriku di hadapan Allah nanti di hari qiamat. "

Untuk lebih meyakinkan khabar tersebut,dia bertanya kembali pada perempuan itu dengan katanya, "Wahai jariah ceritakan dengan sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkaramu dengan sebenarnya." Perempuan itu berkata,"Ya Amirul Mukminin penjelasan apa lagikah yang tuan kehendaki dari diriku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak berdusta jika engkau Kehendaki aku bersumpah di hadapan al Quran aku sedia melakukannya, "Saiyidina Umar lalu mengambil mashaf al Quran dan perempuan itu pun bersumpah dari surah al Baqarah hingga surah Yasin kemudian dia menegaskan kenyataan. "Ya Amirul Mukminin sesungguhnya anak ini adalah daripada darah daging anakmu Abu syamah." Oleh kerana perkara itu memang benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata," Wahai jariah demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta," Kemudian Sayidina Umar berdiri dan berkata. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah aku berharap supaya kamu tetap tinggal di sini sehingga aku kembali." Tidak berapa lama kemudian,dia kembali ke tempat itu sementara dalam tangannya terdapat wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, Di berkata pada wanita malang itu. "Wahai jariah ambil lah wang yang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku Abu syamah di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah". Perempuan itu lalu mengambil wang dan kain yang diberikan serta membawa pulang anaknya kembali ke rumah.

Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar berkata pada sahabat sahabatnya ,,"Wahai sahabat-sahabat Rasulullah tetaplah kamu duduk di sini sehingga aku kembali." Sayidina Umar pergi menemui anaknya, abu syamah yang ketika itu sedang memjamu hidangan dia pun mengucapkan salam,dengan katanya. "Salam sejahtera atasmu wahai anakku,"ucapan salam itu di jawab oleh anaknya dengan rasa hormatnya sebagaimana layaknya hormat seorang anak kepada orang tuanya, Sayidina Umar berkata lagi ." Wahai anakku hampirlah padaku marilah kita makan bersama tidak ku sangka inilah akhir bekalanmu dari pada kehidupan dunia."Apabila mendengar perkataan ayahnya sedemikan rupa, Abu syamah sangat terkejut seraya berkata."" Wahai ayahku siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekalan terakhir untukku dari kehidupan dunia?  Bukankah telah putus wahyu setelah wafatnya Rasulullah?"

Jawab ayahnya,"Aku ketahui dosa yang engkau telah buat." kata Abu syamah, "Demi Allah tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat sekiranya ada orang menyampaikan kepadamu bahawa aku telah melakukan maksiat maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu."

Kata Sayidina Umar," Wahai anakku ceritakan lah pada ku dengan sebenarnya sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dia Maha Luas Penglihatannya." sambungnya lagi,  "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ke kampung orang yahudi dan mereka memberi engkau minuman arak? Kemudian dalam keadaan mabuk lalu engkau  meninggalkan meraka dan engkau melintasi pagar Bani najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur dan kemudian engkau memperkosanya?" Apabila Abu syamah mendengar kenyataan ayahnya,dia pun menundukan kepala kerana merasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku katalah dengan jujur jika benar engkau selamat jika dusta engkau akan binasa."

Jawab anaknya, "Memang benar aku yang telah melakukan hal yang demikian tetapi aku telah pun menyesal dengan bersungguh-sungguh."

Kata Sayidina Umar pula, "Tiada manfaat pun bagimu menyesal setelah membuat satu kerugian sesungguhnya engkau adalah anak seorang Amirul Mukminin maka seorang pun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku dihadapan sahabat-sahabat Rasulullah," selepas itu Sayidina Umar lantas memegang tangan Abu syamah untuk di bawa kehadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapakah ayah melakukan ini?" Tanya Abu syamah dengan ketakutan. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia ini supaya aku dapat lepas daripada di tuntut di akhirat kelak, " jawab Sayidina Umar dengan tegas. 

Abu syamah dengan perasaan cemas terus merayu, "Wahai ayahku aku memohon dengan nama Allah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku dia hadapan sahabat-sahabat Rasulullah."

Jawab Sayidina Umar , "Engkau telah membuat malu pada dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah mereka bertanya, "Siapakah yang di belakang mu itu?" jawab Sayidina Umar, "Wahai sekalian orang-orang muslimin sesungguhnya anakku Abu syamah telah mengakui atas segala dosanya yang dilakukannya dengan ini benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayidina Umar menyuruh seorang budak yang berkulit hitam yang bernama Muflih. "Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang-orang yang berbuat ketinggian wahai Muflih pukullah anakku Abu syamah setelah itu kamu merdeka dari menjadi hamba kerana Allah." 

Jawab Muflih, "Wahai penghuluku bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati atau cedera oleh pukulan tersebut!!!"  Sanggah Sayidina Umar, "Jangan engkau bercakap seperti demikian segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke rongga nya jika dia mati dengan sebab pukulan mu itu bererti sampai ajalnya dan jika dia hidup dia tidak akan kembali melakukan dosa selamanya." kerana sangahan Sayidina Umar yang keras itu, bersegeralah Muflih mengambil rotan dan langsung menghadap pada Abu syamah dan dia berkata, "Wahai penghuluku jangan engkau cela diriku tetapi cela lah dirimu sendiri kerana Allah dan penghuluku Saiyidina Umar telah menyuruh aku memukulmu."

Jawab Abu syamah,"Wahai Muflih lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana ini adalah balasan bagi  orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya," kemudian Muflih mengangkat tangan Abu syamah hingga jelaslah kelihatan putih ketiaknya dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan. 

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku rasanya menyala api di jasad ku. "

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku bahawasanya pada jasad ayahku terlebih panas rasanya daripada jasadmu," perintah Sayidina Umar pada Muflih,"Pukul lagi." maka Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

Berkata Abu syamah, "Wahai ayahku tinggalkanlah aku supaya supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.

Jawab Sayidina Umar," Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan maka akan ku berikan kesenangan." perintah Sayidina Umar selanjutnya,." Wahai Muflih pukul kembali!!" Kemudian Muflih memukul Abu syamah sepuluh kali pukulan..

Maka Abu syamah berkata, "Wahai ayahku aku memohon padamu dengan nama Allah tinggalkan aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayidina Umar dengan nada pilu, "Wahai anakku apabila selesai aku ambil hak Allah daripadamu, jika engkau hendak bertaubat maka bertaubatlah. Dan jika engkau melakukan dosa itu kembali engkau lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasa sekarang. " kata Umar pada Muflih, "Pukul lagi" dan Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali.

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku dengan nama Allah aku memohon kepadamu berikanlah aku seteguk air supaya dapat rasa sejuk dalam hatiku.""

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk minum maka akanku berikan pada mu air minum." Perintah Sayidina Umar selanjutnya pada Muflih, "Pukul kembali." maka di pukulnya sebanyak sepuluh kali.

Berkata pula Abu syamah, "Wahai ayahku aku memohon kepadamu dengan nama Allah kasihanilah aku."

Jawab Umar, "Wahai anakku jika aku kasihan pada mu di dunia maka engkau tidak akan dikasihi di akhirat."kata Umar selanjutnya," pukul kembali," maka di pukul kembali sebanyak sepuluh kali.

Setelah itu berkata Abu syamah, " Wahai ayahku hairanlah ayah melihat keadaan ku dan aku akan hairan kepadamu sebelum aku mati."

Jawab Umar, " Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat."Wahai Muflih pukullah lagi sepuluh kali pukulan.

Kata Abu syamah dengan suara yang lemah," Wahai ayahku rasanya aku sudah hampir mati.

Jawab Umar, "Wahai anakku, jika engkau bertemu dengan Rasulullah katakan pada baginda ayahku memukul diriku sehinggalah aku mati." Perintah Umar pada Muflih "Pukul lagi, " maka Muflih pun memukul sebanyak sepuluh kali pukulan.

Setelah itu Abu syamah mengangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang sangat kuat." Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah mengapa kamu tidak meminta pada ayahku supaya memaafkan aku?" Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah menghadap kepada Umar dan mereka berkata," Wahai Amirul Mukminin, hentikan pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!!"

Jawab Umar. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud:- "Janganlah kamu mengambil kasih sayang pada keduanya apabila menjalankan hukum Allah." Mendengarkan penjelasan Saiyidina Umar yang demikian itu, sahabat-sahabat Rasulullah diam dan tidak membantah Perintah Umar selanjutnya ."Wahai Muflih pukul lagi .'" maka di pukul lagi sebanyak sepuluh kali pukulan,.

Akhiranya Abu syamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari qiamat tiba, Maka menangis lah sekalian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih.

Kata Umar " Wahai Muflih pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan yang sebanyak seratus kalinya, "Wahai Muflih,cukuplah," lalu Saiyidina Umar menghampiri anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi. Setelah mendapati Abu syamah meninggal dunia, umar lalu bangkit dan mengisytiharkan pada sekelian kaum muslimin dengan katanya, "Wahai sekalian umat islam bahawasanya Abu syamah telah pergi untuk menemui Allah." Mendengar pengumuman tersebut, maka bersegeralah orang islam yang datang hadir ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ramai di antara mereka yang menangis kesedihan dengan peristiwa tersebut termasuklah ibu Abu syamah.

Ibunya berkata," Suatu kebahagiaan bagimu wahai anakku, aku kirimkan engkau pada tuhan yang tiada sia-sia segala pengkiriman.

Selepas itu, Saiyidina Umar mengangkat jenazah anaknya dan di letakkan pada suatu tempat dan di mandikan dan dikapankan, disembahyangkan dan kemudian di mandikan.

Pada malam harinya setelah Abu syamah di kebumikan itu, Ibnu Abbas bermimpi Rasullullah yang wajah baginda seperti bulan purnama dan baginda memakai pakaian serba putih manakala Abu syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian berwarna hijau. Aku mengucapkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.

Setelah itu Rasulullah berkata." Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan lah salamku kepada Umar dan Beritahukanlah kepadanya Allah telah membalas setiap kebaikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam jannatul naim. Bahawa sesungguhnya Abu syamah telah sampai pada Tingkatan orang-orang  yang benar di sisi Allah yang Maha kuasa.

Sumber: Kitab Lubab Hadits karangan Imam Jalaluddin Sayuti Rahimahullah 

Tuesday 15 April 2014

PEMINDAHAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH SAW


Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) yang berkata:

“Wahai raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang aman kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”

Mimpi yang sama terjadi berulang-ulang pada malam-malam berikutnya akan tetapi raja Faisal I tidak memperdulikan mimpi itu kerana ia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya yang berupa urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah Al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu:

“Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu sedikit bersimpati untuk memindahkan kuburan-kuburan kami.”

Lalu setelah mendiskusikan masalah ini, raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri akan memberikan pernyataan kepada umum supaya semua orang tahu tentang rencana besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rencana ini akan dilangsungkan pada tanggal 10 zulhijjah setelah solat zuhur dan Ashar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.

Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di kota Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rencana itu selama beberapa hari agar mereka juga dapat melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai beribadah haji. Akhirnya Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga tanggal 20 zulhijjah.

Setelah solat zuhur dan Ashar, pada tanggal 20 zulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Masehi, orang ramai berkumpul ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim. Mereka berkumpul di kota Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka segera mereka melihat bahwa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan  sangat hati-hati agar tidak rosak dan kemudian jenazah yang nampak masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Pangeran Faruq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah peti kaca yang dibuat khusus untuk menyimpan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari juga dipindahkan ke peti kaca yang sama dengan cara yang sama hati-hatinya dan dengan segenap penghormatan.

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang laki-laki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan Non-Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenal kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteri pengurai sedikit pun.

Suasana menjadi haru biru. Mereka seolah tidak percayai atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad. Kejadian ajaib ini sangat mengundang kekaguman para ilmuwan, kaum filsafat, dan para doktor. Mereka yang biasanya sangat sering memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu terkesima dengan kejadian yang teramat menakjubkan ini.

Salah satu dari mereka ialah seorang ahli fisiologis dari Jerman yang kelihatan sekali sangat tertarik dengan fenomena ini. Ia sangat ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi Mufti Besar Iraq. Sesampainya ia di tempat dimana peristiwa akbar itu terjadi, ia langsung memegang kedua tangan sang Mufti dengan eratnya sambil berkata:

“BUKTI APALAGI YANG LEBIH MENGUATKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG AKAN MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM”

Di hadapan orang ramai beribu-ribu jumlahnya yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristen atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih banyak lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.

Sumber: Suratkhabar “Daily Jung” edisi tanggal 7 Juni 1970.

KEPUTUSAN HAKIM YANG PALING PELIK DI DUNIA MENGETARKAN JIWA



Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. 

Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:- 

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?- 

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:

Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. 

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? 

Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. 

Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.


Sumber : kitab ‘Qasas min at-Tarikh’ karangan Syaikh Ali At-Tantawi. 

JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR


Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang Badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Nabi Muhammad s.a.w. memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu. 

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengkhianatan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah sedar bahawa mereka telah ditipu. Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai hamba belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak Seimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas. 

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang berkafir yang jumlahnya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat ditikam musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang, Zaid bin Addutsunah dan Khubaib bin Adi. 

Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka, menghadapi begitu banyak musuh? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan. 

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadapan dengan bekas hambanya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam. Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. Di sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?" 

"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah s.a.w. Di tusuk duri kecil di rumahnya." Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad." 

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunat dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang." 

Khubaib disalib dahulu lalu dihabiskan sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

KISAH IBU & BAPA SHEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI


Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Bila sedar kesalahannya, dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.

Tiba-tiba terdetik di hatinya, “Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar tekaannya terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda pun bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. 

Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.

Tibalah saat yang dinanti-nanti, selesai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam bilik tidur untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki bilik tidurnya, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik. 

Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat. Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

AMALAN YANG DAPAT MEMBERI SYAFAAT DAN MENGELAKKAN DARI SEKSAAN KUBUR



Surah Al Mulk ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4.  Mendapat Keistimewaan

Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 

Tuesday 8 April 2014

KARAMAH SEORANG WALI ALLAH



Syeikh Mohammed El-Audan dilahirkan tahun 1894 dan menyertai gerakan Ikhwan Muslimin ketika bertugas sebagai pensyarah Hadis di Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan salah seorang dari 50 orang ulamak yang terlibat menggubal perlembagaan Mesir pada 13 Januari 1953.Pada tahun 1965, beliau ditangkap oleh rejim Jamal Abdul Nasser tatkala usia beliau ketika itu mencecah 80 tahun termasuk kesemua 5 orang anaknya turut ditangkap. Dendam kesumat yang membara di dalam hati Menteri Pertahanan Mesir ketika itu, Syams Badran cuba berusaha untuk membunuh Syeikh Mohammed sewaktu dalam tahanan.Suatu ketika, Badran telah melepaskan seekor anjing yang kelaparan di dalam penjara yang ditempatkan Syeikh Mohammed dengan harapan agar beliau dibaham oleh anjing tersebut. Badran kemudian mengarahkan seorang tentera bawahannya, "Pergi kamu ke bilik tahanannya dan bersihkan bilik itu dari darah-darah." Tentera itu kembali menemui Badran dengan penuh hairan, Badran bertanya, "Apa yang telah berlaku?"Jawab tentera itu, "Demi Allah, saya melihat satu perkara yang ajaib. Saya melihat syeikh itu sedang sujud dalam keadaan anjing itu berdiri bersebelahannya seakan-akan mengawalnya. Dr.Yusuf Qaradhawi telah menyifatkan beliau dengan katanya, "Syeikh Mohammed El-Audan, seorang lelaki yang rabbani, yang telah terpancar cahaya iman dan kerohanian. Saya tidak pernah belajar darinya tetapi saya pernah menziarahi di rumah beliau di Zaitoun, saya bertemunya. Mendengar kalam-kalamnya yang memberikan kekuatan kepada rohani kerana kalamnya keluar dari hati yang membelai hati-hati yang mendengar."

Monday 7 April 2014

HADIAH IBLIS KEPADA NABI MUSA

 

Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih Allah rasul-Nya, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima.” Nabi Musa merasa gembira lalu berwuduk dan solat kemudian baginda berdoa: “Ya Tuhan, iblis adalah makhluk-Mu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya. Maka diturunkan wahyu kepada Musa: “Ya Musa, dia tidak akan bertaubat. Jawab Musa: “Ya Tuhan, dia mahu bertaubat.” Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia bersujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.

”Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak akan sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:

*Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku ada di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

*Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.

*Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

AL JUNAID AL-BAGHDADI DIGODA IBLIS



Pada suatu hari, iblis masuk ke rumah Imam Junaid dengan menyamar sebagai salah satu muridnya dan berkata,
"Wahai Waliyullah, aku ingin mengabdi kepadamu tanpa upah, bolehkah?"
(Sebenarnya Imam Junaid sudah tahu bahwa itu adalah iblis).
"Silakan," jawab Imam Junaid singkat.

Iblis pun akhirnya mengabdi kepada Imam Junaid seperti para murid lainnya. Ia berusaha melakukan apa saja yang diperintahkan oleh Imam Junaid, namun di balik ketaatannya itu, iblis memiliki siasat jahat, ada udang dibalik batu. Ia berharap dapat memasuki hati dari Imam Junaid.

Dengan sabar Iblis ini mengabdi kepada Imam Junaid sepuluh tahun lamanya. Selama sepuluh tahun lamanya iblis menyamar, siasatnya belum juga membuahkan hasil. Iblis merasa telah gagal menembus hati Imam Junaid yang tak pernah lupa sedikitpun untuk berzikir kepada Allah SWT.

Bukankah iblis tak kuasa menggoda anak Adam yang selalu ingat dan berzikir kepada Allah SWT. Itulah janji Allah SWT tatkala iblis akan dikeluarkan dari Surga dan dilaknat oleh Yang Maha Perkasa. 

Bukan main ketaatan Imam Junaid kepada Allah SWT. Akhirnya iblis pun menyerah dalam penyamarannya dan memutuskan untuk meninggalkan Imam Junaid.

"Wahai Waliyullah, sesungguhnya aku adalah iblis yang menyamar menjadi salah satu muridmu. Aku ingin memasuki hatimu, akan tetapi aku tidak dapat melakukannya kerana setiap kedip mata engkau tak pernah lupa berzikir kepada Allah SWT," kata iblis kepada Imam Junaid.


"Aku sudah tahu kalau engkau adalah iblis, makanya aku menjadikanmu pelayan untuk menyeksamu, dan kelak di akhirat nanti kamu tidak akan mendapat pahala dari Allah SWT," tutur Imam Junaid.

Iblis tersentak, bagaimana mungkin Waliyullah seperti Imam Junaid ini mengetahui kalau dia adalah iblis. Iblis pun berkata lebih lanjut,
"Aku tidak melihat kesombongan dalam hatimu dan itu menjadi sumber kekuatanmu."

"Pergilah kamu wahai iblis laknatullah, kamu hanya dapat masuk ke dalam hati manusia yang telah diliputi takabbur dan sombong, keluar dan pergilah dengan hina engkau iblis," usir Imam Junaid.

Akhirnya iblis pun mengaku kalah.
Ia menghilang dari hadapan Imam Junaid yang terbukti tak mampu digodanya sedikit pun.

BERBULAN MADU DENGAN BIDADARI SYURGA



Pada zaman Rasulullah SAW hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan mengucapkan salam. Zahid terkejut dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid.selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah SAW menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah," kata Rasulullah SAW.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku jelek, siapa yang mahu denganku ya Rasulullah?"

"Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan pembantunya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawah ke rumah Zahid dan oleh itu Zahid dibawa ke rumah Said. Kerana di rumah Said sedang ada tamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat kerana tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU'.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini. bukankah lebih baik disuruh masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis teresak-esak dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mahu ayah..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mahu bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa sebut nama Rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Ini yang melamarmu adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa tidak sejak tadi ayah berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dikawinkan dengan pemuda ini. Kerana ingat firman Allah dalam Al-Qur'an surat 24 : 51. "Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. 24:51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada tara dan segera pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeza dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah diterima ya rasul," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, saya tidak memiliki apa-apa."

“Pergilah ke rumah Sahabat ku Abu bakar, Usman,dan Abdurahman bin Auf,dan ceritakan masalah nya” Perintah Rasul.Setelah mendengar cerita dari Zahid para sahabat yang di rahmati Allah itu memberikan wang kepada Zahid.Setalah mendapatkan wang,Zahid pergi ke pasar dan segera membeli beberapa perlengkapan Pernikahan.

Dan Pada saat hari pernikahan,Rupa nya ada Seruan dari Rasulullah untuk menghadapi kaum Kafir yang akan menghancurkan islam.Dan setelah Akad, Zahid bersegera ke masjid,dan mendapati kaum muslimin sedang bersiap berperang, melihat itu semangat jihad Zahid membara dan dia bersegera bersiap berjihad.
Umar Al-khatab menasihati Zahid “Wahai Zahid, nanti malam kau akan berbulan madu,tetapi engkau hendak pergi berperang”

Zahid menjawab denga Tegas “ Itu tidak menghalangi ku untuk menegakan Kalimat Tauhid”. Dan akhir nya Zahid maju ke medang Pertempuran dan Syahid di Jalan Allah. Berbulan Madu dengan Bidadari betapa beruntung nya Zahid,mndapatkan bidadari pada bulan madu nya.Sebagai seorang pemuda, di hadapakan pada pilihan yang sulit,antara pilihan dunia yang penuh dengan kenikmatan Semua dan dengan pilihan Akhirat yang penuh dengan nikmat dan janji-janji Allah yang pasti,tapi Zahid menunjukkan betapa keputusannya memilih berjihad di jalan Allah dan mendapat kemanisan dengan di janjikan Berbulan Madu dengan bidadari di surga oleh Alla Azza wa jalla.