Monday 10 November 2014

KISAH IMAM HASAN DENGAN PENYEMBAH API


Imam Hasan al-Basri dikenali sebagai Penghulu Tabi'in, beliau mempunyai jiran yang merupakan penyembah api yang bernama Sam'iun. Suatu hari Sam'iun jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Sam'iun yang telah terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.

Imam Hasan : "Takutlah kamu kepada Allah. Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap."

Sam'iun : "Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan kamu semua orang Muslim membenci dunia tapi siang dan malam mengejar harta kekayaan.

Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk menghadapinya.

Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya," jawab Sam'iun penyembah api.

Imam Hasan berkata : "Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh­ sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku.Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu. Maha Kuasa,".

Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Sam'iun merasa hairan. Suatu ilmu baru telah diketahuinya.

Sam'iun : "Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?".

Imam Hasan : "Jadilah seorang Muslim," .

Sam'iun : "Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. dengan jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam," .

Hasan segera membuat satu surat jaminan.

Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberi kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Sam'iun menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang Muslim. Kepada Hasan Dia berwasiat kepada Hasan, "Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang Muslim."

Setelah berwasiat demikian, ia mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Sami'un, mensolatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah di lakukannya itu. "Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?"

Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Beliau bermimpi bertemu dengan Sam'iun, wajah cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di kepalanya ada sebuah mahkota. Dia memakai sehelai jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.

"Bagaimana keadaanmu Sam'iun?" Tanya Hasan kepadanya.

"Mengapakah engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha besar dengan segala kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepada ku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberi ku surat jaminan,terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi," jawab Sam'iun.

Ketika Imam Hasan terbangun ia mendapati surat itu telah berada di tangannya. Imam Hasan berseru, "Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya untuk menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapakah Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?".

Kisah ini menunjukkan bahwa kita tidak boleh memandang rendah dan hina kepada orang bukan Islam kerana mungkin saja kesudahan hidup mereka lebih baik dari kita. Semoga Allah kurniakan kita semua husnul khatimah.

Jika Allah hendak memberi hidayat kepada seseorang maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

"Adakah orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk Islam, sehingga dia mendapat cahaya dari Tuhannya, sama dengan orang yang keras hatinya ?"
(Surah Zumar; 22)

KISAH SYEIKH ABU YAZID AL BUSTHAMI DAN MAJUSI


Suatu ketika, Syeikh Abu Yazid al-Busthami sedang bersiap untuk ke masjid mengerjakan solat Zohor. Anak-anak muridnya sedang menunggu diluar rumahnya untuk mengiringinya ke masjid. Waktu sudah agak terlewat dan para makmum dan anak-anak muridnya yang lain sedang menunggu di masjid.

Apabila Syeikh Abu Yazid keluar, mereka semua bergegas ke masjid. Dalam perjalanan melalui lorong-lorong yang kiri kanannya adalah rumah-rumah yang diperbuat dari tanah, Syeikh Abu Yazid tersandung kakinya lalu ingin terjatuh namun sempat ditahan dengan tangannya ke tembok tanah disisinya supaya beliau tidak tersembam ke tanah. 

Beberapa debu tanah telah terjatuh dari tembok tersebut. Syeikh Abu Yazid bertanya milik siapa rumah ini. Anak muridnya menjawab ini adalah rumah seorang Majusi.

Abu Yazid : “ Aku ingin berjumpa dengannya sekarang “.

Murid : “ Tapi Tuan Guru, orang-orang sedang menunggu di masjid, selepas solat insyallah kita segera ke sini semula untuk berjumpa dengannya “.

Abu Yazid : “ Adakah engkau dapat menjamin kepadaku bahawa aku dapat hidup selepas solat untuk meminta mmaf dari Majusi ini ?”.

Murid “ Maafkan saya Tuan Guru, saya tak dapat memberi jaminan tersebut kerana ajal hidup seseorang hanya di Tangan Allah “.

Abu Yazid : “ Kalau begitu , mari kita jumpa Majusi ini sekarang “.


Mereka mengetuk pintu rumah Majusi tersebut , dia pun keluar, Syeikh Abu Yazid menceritakan apa yang terjadi dan meminta maaf dan minta dihalalkan untuk beberapa debu tanah yang digugurkan secara tidak sengaja dan memintanya untuk menyatakan berapa ganti rugi yang perlu di bayar jika dia inginkannya.

Majusi itu terkejut sebentar lalu berkata , “ Adakah agama kamu mengajar untuk meminta maaf walau untuk beberapa debu tanah ?!”.


Abu Yazid : “ Ya, agama kami mengajar yang demikian, jika tidak ,di akhirat nanti kami akan dituntut kerana menzalimi hak orang lain ketika didunia “.

Majusi itu menangis dan berkata “ Sungguh indah agamamu ini, hulurkan tanganmu wahai Syeikh, aku ingin masuk Islam “.


Rupa-rupanya , ketika itu keluarga Majusi itu mendengar perbualan mereka dari dalam rumah. Mereka semua keluar dan menyatakn bahwa mereka juga ingin masuk Islam.

Lihatlah akhlak yang ditunjukkan oleh Syeikh Abu Yazid menyebabkan seluruh keluarga si Majusi memasuki Islam. Disebabkan kejujurannya meminta maaf dari beberapa debu tanah yang dijatuhkannya dari tembok orang lain telah menyinarkan cahaya keimanan kepada orang yang tidak beriman.

Pada hari ini, akhlak seperti ini susah didapati malah pada zaman ini bukan saja debu tanah tapi ada orang sanggup mengambil berekar-ekar tanah tanpa hak untuk dirinya sambil ketawa berekah-dekah tanpa rasa cemas dan takut kepada Allah.

Sabda Nabi saw “Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan mengalungkan tujuh bumi kepadanya." (Bukhari, Muslim)

Thursday 11 September 2014

SUBAHANALLAH.... PEMANDANGAN DI ATAS KAABAH


Klik link dibawah dan gerak-gerakkan hp anda akan dapat melihat pemandangan sekeliling Kaabah seolah-olah anda berada diatas Kaabah.

http://www.shutterksa.com/panorama/RoofOfKaaba/

Wednesday 10 September 2014

SIRAH NABI : ABU DARDA' AHLI HIKMAH YANG BUDIMAN


Pada saat bala tentara Islam berperang, kalah dan menang di beberapa penjuru bumi, di kota Madinah berdiam seorang ahli hikmah dan falsafah yang mengagumkan. Dari dirinya memancar mutiara yang cemerlang dan bernilai.

Ia senantiasa mengucapkan kata-kata indah kepada masyarakat sekelilingnya, "Mahukah kamu sekalian, aku khabarkan amalan-amalan yang terbaik. Amalan yang terbersih di sisi Allah dan boleh meninggikan derajat kalian. Lebih baik dari memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang lehermu, dan malah lebih baik dari emas dan perak?"

Para pendengarnya menjulurkan kepala mereka ke depan kerana ingin tahu, lalu bertanya, "Apakah itu wahai, Abu Darda'?"

Abu Darda' menjawab, "Zikrullah!"

Ahli hikmah yang mengagumkan ini bukannya menganjurkan orang menganut falsafah dan mengasingkan diri. Ia juga tidak bermaksud menyuruh orang meninggalkan dunia, dan tidak juga mengabaikan hasil agama ini yang telah dicapai dengan jihad fi sabilillah. 

Abu Darda' bukanlah orang semacam itu, kerana ia telah ikut berjihad mempertahankan agama Allah bersama Rasulullah SAW hingga datangnya pertolongan Allah dengan pembebasan dan kemenangan merebut kota Makkah.

Abu Darda' adalah ahli hikmah yang besar di zamannya. Ia adalah seorang yang telah dikuasai oleh kerinduan yang amat besar untuk melihat hakikat dan menemukannya. Ia menyerahkan diri secara bulat kepada Allah, berada di jalan lurus hingga mencapai tingkat kebenaran yang teguh. 

Pernah ibunya ditanyai orang tentang amalan yang sangat disenangi Abu Darda'. Sang ibu menjawab, "Tafakur dan mengambil i'tibar (pelajaran)."

Pada saat memeluk Islam dan berbaiat pada Rasulullah SAW, Abu Darda' adalah seorang saudagar kaya yang berhasil di antara para saudagar kota Madinah. Dan sebelum memeluk Islam, ia telah menghabiskan sebahagian besar umurnya dalam perniagaan, bahkan sampai Rasulullah dan kaum Muslimin lainnya hijrah ke Madinah. Tidak lama setelah memeluk Islam, kehidupannya berbalik arah.

"Aku tidak mengharamkan jual-beli. Hanya saja, aku pribadi lebih menyukai diriku termasuk dalam golongan orang yang perniagaan dan jual-beli itu tidak melalaikannya dari zikir kepada Allah," ujarnya.

Abu Darda' sangat terkesan hingga mengakar ke dasar jiwanya dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang berisi bantahan terhadap, "Orang yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya." (QS Al-Humazah: 2-3).

Ia juga sangat terkesan sabda Rasulullah SAW, "Yang sedikit mencukupi, lebih baik daripada yang banyak namun merugikan."

Oleh sebab itulah, ia kerap menangisi mereka yang jatuh menjadi tawanan harta kekayaan. "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hati yang bercabang-cabang."

Orang-orang bertanya, "Apakah yang dimaksud dengan hati yang bercabang-cabang itu?"

"Memiliki harta benda di setiap lembah!" jawabnya. Ia mengimbau manusia untuk memiliki dunia tanpa terikat padanya. Itulah cara pemilikan hakiki. Adapun keinginan hendak menguasainya secara serakah, takkan pernah ada kesudahannya. Maka yang demikian adalah seburuk-buruk corak penghambaan diri.

Saat itu ia juga berkata, "Barangsiapa yang tidak pernah merasa puas terhadap dunia, maka tak ada dunia baginya."

Bagi Abu Darda', harta hanyalah alat bagi kehidupan yang bersahaja dan sederhana, tidak lebih. Berpijak dari sini, maka manusia hendaknya mengusahakannya dengan cara yang halal, dan mendapatkannya secara sopan dan sederhana, bukan dengan kerakusan dan mati-matian. "Jangan kau makan, kecuali yang baik. Jangan kau usahakan kecuali yang baik. Dan jangan kau masukkan ke rumahmu, kecuali yang baik!" ujarnya.

Menurut keyakinannya, dunia dan seluruh isinya hanya semata-mata pinjaman dan menjadi jembatan untuk menyeberang menuju kehidupan yang abadi.

Pada suatu hari, para sahabat menjenguknya ketika ia sakit. Mereka mendapatinya terbaring di atas hamparan dari kulit. Mereka menawarkan kepadanya agar kulit itu diganti dengan yang lebih baik dan empuk. 

Tawaran ini dijawabnya sambil memberi isyarat dengan telunjuknya, sedangkan kedua bola matanya menatap jauh ke depan. "Kampung kita nun jauh di sana, untuknya kita mengumpulkan bekal. Dan ke sana kita akan kembali. Kita akan berangkat kepadanya dan beramal untuk bekal di sana."

SIRAH NABI : ABU HURAIRAH AD-DAUSI PENGHAFAL HADITS


Tidak diragukan lagi, hampir semua kaum Muslimin pasti mengenal sahabat Nabi yang satu ini. Ia mempunyai bakat yang luar biasa dalam hal kemampuan dan kekuatan ingatan, ia mempunyai kelebihan dalam seni menangkap apa yang didengarnya. Sedangkan daya ingatannya mempunyai keistimewaan dalam menghafal dan menyimpan. 

Hampir tak pernah ia melupakan satu kata atau satu huruf pun dari semua yang pernah didengarnya. Ia telah mewakafkan hampir seluruh hidupnya untuk lebih banyak mendampingi Rasulullah saw, sehingga ia termasuk salah seorang sahabat yang paling banyak menerima dan menghafal hadis, serta meriwayatkannya.

Pada zaman Jahiliyah, orang memanggilnya Abu Syams. Ketika hendak memeluk Islam, Rasulullah bertanya kepadanya, "Siapa namamu?"

"Abdu Syams," jawabnya singkat.

"Bukannya Abdurrahman (Hamba Allah)?" tanya Rasulullah.

"Demi Allah, benar. Abdurrahman, ya Rasulullah," jawab Abu Hurairah setuju.

Diberi gelar Abu Hurairah, kerana waktu kecil dia mempunyai seekor anak kucing betina dan selalu bermain-main dengannya. Maka gelar masa kecilnya lebih popular daripada nama aslinya. Setelah Rasulullah mengetahui gelar dan asal-usul namanya, maka beliau selalu memanggilnya "Abu Hirr" sebagai panggilan akrab. Dan Abu Hurairah lebih terkesan dengan panggilan "Abu Hirr" daripada "Abu Hurairah".

Abu Hurairah masuk Islam dengan perantaraan Thufail bin Amr Ad-Dausi. Islam masuk ke negeri Daus kira-kira awal tahun ke-7 Hijriyah, yaitu ketika dia menjadi utusan kaumnya menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Setelah bertemu Rasulullah, pemuda Daus ini memutuskan untuk berkhidmat (menjadi pelayan) Nabi dan menemani beliau. Oleh kerana itu, ia tinggal di masjid, di mana Rasulullah mengajar dan menjadi imam. Selama Rasulullah hidup, Abu Hurairah tidak menikah dan belum punya anak. 

Namun ia mempunyai ibu yang sudah lanjut usia, dan masih tetap musyrik. Abu Hurairah tidak berhenti mengajak ibunya masuk Islam, kerana dia sangat menyayanginya dan ingin berbakti. Tetapi ibunya malah menjauh dan menolak ajakannya. Ia pun meninggalkan ibunya dengan perasaan kacau dan hati yang terkoyak.

Dia pernah mengajak ibunya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, namun ibunya menolak sambil mencela Rasulullah dengan kata-kata yang menyedihkan dan menyakitkan hati. Ia pun pergi menemui Nabi SAW.

"Mengapa kau menangis, wahai Abu Hurairah?" tanya Rasulullah.

"Aku tidak bosan-bosannya mengajak ibuku masuk Islam. Tetapi ia selalu menolak. Hari ini ia ku ajak masuk Islam, tapi ia malah mengucapkan kata-kata yang mencela mengenai dirimu, wahai Rasulullah, yang tak sudi ku dengar. Tolonglah doakan, ya Rasulullah, semoga ibuku masuk Islam," katanya. 

Rasulullah pun mendoakan semoga hati ibu Abu Hurairah terbuka untuk masuk Islam. Pada suatu hari, ketika pulang ke rumahnya, Abu Hurairah mendapati pintu dalam keadaan tertutup. Di dalam terdengar bunyi gemercik air. Tatkala hendak masuk ke dalam, terdengar suara ibunya, "Tunggu sekejap!"

Agaknya ibu tengah berpakaian. Tak lama kemudian. "Masuklah!" kata ibunya. Begitu masuk ke dalam, ibunya berkata, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya."

Abu Hurairah kembali kepada Rasulullah sambil menangis gembira, sebagaimana sebelumnya ia menangis kerana sedih. "Bergembiralah wahai Rasulullah, Allah mengabulkan doa anda. Ibuku telah masuk Islam," ujarnya.

Abu Hurairah mencintai Rasulullah hingga menjadi darah daging. Dia tak pernah bosan memandang wajah beliau. "Bagiku tidak ada yang lebih indah dan cemerlang selain wajah Rasulullah SAW. Dalam penglihatanku, seolah-olah matahari sedang memancar di wajah beliau," katanya suatu ketika.

Sebagaimana besar cintanya kepada Rasulullah SAW, maka begitu pula besar cintanya kepada ilmu. Sehingga ilmu menjadi kegiatan dan puncak cita-citanya.

Ketika kaum Muslimin memperoleh kesejahteraan dari limpahan rampasan perang. Abu Hurairah mendapat bahagian, berupa sebuah rumah dan harta. Walaupun begitu, semua kenikmatan yang diperolehnya tidak sedikit pun mengubah kepribadiannya yang mulia. Dia tidak pernah melupakan masa lalunya.

Dia kerap bercerita, "Aku dibesarkan ibuku dalam keadaan yatim. Kemudian aku hijrah dalam keadaan miskin. Aku pernah mengambil upah di perkebunan Ghazwan, hanya untuk mendapatkan sesuap makanan. Aku juga pernah menjadi pelayan (khadam), menurunkan dan menaikkan keluarga itu dari dan ke atas kendaraannya. Kemudian aku dinikahkan Allah dengan anak perempuan mereka."

Abu Hurairah pernah menjadi Wali Kota Madinah lebih dari satu kali. Dia diangkat menjadi wali kota oleh Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan. Kelembutan pemerintahannya tidak ada yang menandingi. 

Dalam pribadi Abu Hurairah terkumpul kekayaan akan ilmu, ketakwaan dan kewara'an. Siang hari dia puasa, malam dia beribadah. Kemudian dibangunkannya isterinya. Isterinya beribadah sepertiga malam, setelah itu membangunkan anak perempuannya. Maka anak gadis itu beribadah juga sepertiga malam terakhir. Kerana itu dalam rumah tangga Abu Hurairah tidak putus-putusnya orang beribadah sepanjang malam.

Sepanjang hidupnya, Abu Hurairah senantiasa bersikap dan berbuat baik terhadap ibunya. Bila dia keluar rumah, dia berdiri lebih dahulu di muka pintu kamar ibunya, untuk mengucapkan salam. Ia juga giat mengajak orang bersikap dan berbuat baik terhadap orang tua mereka, serta menyayangi mereka.

Ketika Abu Hurairah sakit dan akan meninggal dunia, dia menangis. Orang-orang bertanya padanya, "Mengapa anda menangis, wahai Abu Hurairah?"

Ia menjawab, "Aku menangis bukan kerana sedih berpisah dengan dunia ini, bukan! Aku menangis kerana perjalanan masih jauh, sedangkan perbekalanku hanya sedikit. Aku telah berada di ujung jalan yang akan membawaku ke surga atau neraka. Sedangkan aku tidak tahu di jalan mana aku berada."

Marwan bin Hakam datang berkunjung menengoknya. Kata Marwan, "Semoga Allah segera menyembuhkanmu, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar doa Marwan tersebut, Abu Hurairah justeru berdoa sebaliknya. "Ya Allah, aku sudah rindu bertemu dengan-Mu. Semoga Engkau juga begitu terhadapku. Segerakanlah bagiku pertemuan itu!"

Tidak lama setelah Marwan tiba di rumahnya, Abu Hurairah meninggal dunia dengan tenang.

CARA SAIYIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB MENUTUP AIB ORANG


Suatu hari, Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab memimpin solat berjamaah di masjid. Tiba-tiba beliau mencium bau busuk yang berasal daripada seorang makmum yang terbuang angin.

Setelah solat, Umar berkata: "Aku menggesa orang yang telah kentut tadi untuk berwuduk kembali dan mengulangi semula solatnya."

Tiada siapa yang bangkit menyahut perintah ini. Umar mengulanginya berkali-kali. Namun, keadaan tetap tak berubah. Besar kemungkinan pelakunya enggan mendapat malu.

Kebetulan pada saat itu, Jarir bin Hazim turut sama dalam solat berjemaah. Beliau seorang tokoh pemimpin yang sangat berpengalaman dan bijak. Beliau faham dengan apa yang tengah berlaku.

"Wahai Amirul Mukminin. Janganlah anda perintahkan orang yang kentut itu seorang. Perintahkanlah kami semua. Mari kita wuduk bersama-sama lalu mengulangi solat kita. Maka solat ini bagi kita dikira sunnah, namun bagi orang itu dikira wajib," kata Jarir

Cadangan itu sangat bagus. Jarir tahu cara menyelesaikan masalah tanpa membuka aib sesiapa.

Umar berkata: "Semoga Allah merahmatimu, wahai Jarir. Sungguh engkau pemimpin ulung di masa jahiliah dan Islam. Aku perintahkan diriku dan anda semua berwuduk dan mengulangi solat semula."

Membuka aib orang lain untuk memalukannya adalah haram di sisi Islam. Orang yang suka membincangkan aib orang lain diancam dengan hukuman berat di dunia dan di akhirat.

Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang menutupi keburukan saudara seislam, Allah akan menutupi keburukannya di hari kiamat. Dan sesiapa yang menyingkap keburukan saudaranya seislam, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga ia akan terhina meskipun di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah).



Sumber : Kitab Syiar A'lam An Nubala' Karangan Imam Az Zahabi

Tuesday 2 September 2014

KISAH PENTINGNYA NIAT


Pada suatu hari seorang pemuda yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.” 

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telah pun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu."

Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.” 

Maka dia pun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga. 

Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk). 

Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Sumber : Kitab Bahru Al Madzi karangan Syeikh Muhammad Idris Al Marbawi

SIRAH NABI : ABU UBAIDAH BIN JARRAH MANUSIA KEPERCAYAAN UMAT MUHAMMAD


Pada suatu ketika, utusan kaum Nasrani datang menghadap Rasulullah seraya berkata, "Wahai Abu Qasim, kirimlah kepada kami seorang sahabat anda yang pintar menjadi hakim tentang harta yang menyebabkan kami berselisih sesama kami. Kami senang menerima putusan yang ditetapkan kaum Muslimin."

"Datanglah kembali nanti, saya akan mengirimkan kepada kalian 'orang kuat yang paling dipercayai'," kata Rasulullah SAW.

Umar bin Al-Khathab berkata, "Aku ingin tugas itu tidak diserahkan kepada orang lain, kerana aku ingin mendapatkan gelar 'orang kuat yang paling dipercayai'."

Selesai sholat, Rasulullah melihat ke kanan dan ke kiri. Umar sengaja menonjolkan diri agar dilihat Rasulullah. Namun beliau tidak menunjuknya. Ketika melihat Abu Ubaidah, beliau memanggilnya dan berkata, "Pergilah kau bersama mereka. Adili dengan baik perkara yang mereka perselisihkan!"

Abu Ubaidah berangkat bersama para utusan tersebut dengan menyandang gelar "orang kuat yang paling dipercayai".

Abu Ubaidah selalu mengikuti Rasulullah berperang dalam tiap peperangan yang beliau pimpin, hingga beliau wafat.

Dalam musyawarah pemilihan khalifah yang pertama (Al-Yaum Ats-Tsaqifah), Umar bin Al-Khathab mengulurkan tangannya kepada Abu Ubaidah seraya berkata, "Aku memilihmu dan bersumpah setia, kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya tiap-tiap umat mempunyai orang yang dipercayai. Dan orang paling dipercayai dari umat ini adalah engkau."

Abu Ubaidah menjawab, "Aku tidak mau mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita sholat sewaktu beliau hidup—Abu Bakar Ash-Shiddiq. Walaupun sekarang beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia."

Akhirnya mereka sepakat untuk memilih Abu Bakar menjadi khalifah pertama, sedangkan Abu Ubaidah diangkat menjadi penasihat dan pembantu utama khalifah.

Abu Ubaidah meninggal dunia kerana terkena penyakit menular wabak di Syam. Menjelang wafatnya, ia berwasiat kepada seluruh prajuritnya, "Aku berwasiat kepada kalian. Jika wasiat ini kalian terima dan laksanakan, kalian tidak akan sesat dari jalan yang baik, dan senantiasa dalam keadaan bahagia. Tetaplah kalian menegakkan sholat, berpuasa Ramadhan, membayar zakat, dan menunaikan haji dan umrah. Hendaklah kalian saling menasihati sesama kalian, nasihati pemerintah kalian, dan jangan biarkan mereka tersesat. Dan janganlah kalian tergoda oleh dunia. Walaupun seseorang berusia panjang hingga seribu tahun, dia pasti akan menjumpai kematian seperti yang kalian saksikan ini."

Kemudian dia menoleh kepada Mu'adz bin Jabal, "Wahai Muadz, sekarang kau yang menjadi imam (panglima)!"

Tak lama kemudian, ruhnya meninggalkan jasad untuk menjumpai Tuhannya.

SIRAH NABI : ABU THALHAH AL-ANSHARI SYAHID DI ATAS KAPAL


Abu Thalhah berniat melamar Ummu Sulaim sebagai isterinya, ia pun pergi ke rumah wanita Muslimah baik-baik yang telah menjanda itu. Sesampai di rumah Ummu Sulaim, Abu Thalhah diterima dengan baik. Putra Ummu Sulaim, Anas, turut hadir dalam pertemuan tersebut. Abu Thalhah menyampaikan maksud kedatangannya, iaitu hendak melamar Ummu Sulaim. 


Namun Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Thalhah. "Sesungguhnya lelaki seperti anda, hai Abu Thalhah, tidak boleh saya tolak lamarannya. Tetapi saya tidak akan kawin dengan anda, kerana anda kafir," ujarnya.


"Demi Allah, apakah yang menghalangimu untuk menerima lamaranku, hai Ummu Sulaim?" tanya Abu Thalhah.


Ummu Sulaim menjawab, "Saksikanlah, hai Abu Thalhah. Aku bersaksi kepada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya jika kau masuk agama Islam, aku rela menjadi suamimu tanpa emas dan perak. Cukuplah Islam itu menjadi mahar bagiku."


"Siapa yang harus mengislamkanku?" tanya Abu Thalhah.


"Aku boleh."


"Bagaimana caranya?"


"Tidak sulit," kata Ummu Sulaim. "Ucapkan saja dua kalimah syahadat. Tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad Rasulullah. Setelah itu, kau harus pulang ke rumahmu dan menghancurkan berhala sembahanmu lalu kau buang!"


Abu Thalhah nampak gembira. Ia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadat. Setelah itu ia menikahi Ummu Sulaim dengan mahar, agama Islam.


Mendengar berita ini, kaum Muslimin berkata, "Belum pernah kami dengar mahar kawin yang lebih mahal daripada mahar Ummu Sulaim. Maharnya masuk Islam."


Sejak hari itu, Abu Thalhah berada di bawah naungan Islam. Segala daya dan upayanya ia korbankan untuk berkhidmat kepada Islam.


Abu Thalhah dan isterinya, Ummu Sulaim, termasuk "Kelompok 70" yang bersumpah setia (baiat) kepada Rasulullah di Aqabah. Ia ditunjuk oleh Rasulullah menjadi kepala salah satu regu dari 12 regu yang dibentuk malam itu untuk mengislamkan Yatsrib.


Dia ikut berperang bersama Rasulullah dalam tiap peperangan yang beliau pimpin. Ia mencintai Rasulullah sepenuh hati dan segenap jiwa. Apabila Rasulullah berdua saja dengannya, dia bersimpuh di hadapan beliau sambil berkata, "Inilah diriku, kujadikan tebusan bagi diri anda, dan wajahku menjadi pengganti wajah anda."


Ketika terjadi Perang Uhud, barisan kaum Muslimin terpecah-belah dan lari tunggang-langgang. Oleh sebab itu, pasukan musyrikin dapat menembusi pertahanan mereka sampai dekat ke Rasulullah. Musuh berhasil mencederai beliau, mematahkan gigi, dan melukai bibirnya. Sehingga darah mengalir membasahi wajah Nabi. Lalu kaum musyrikin menyebarkan berita bahwa Rasulullah telah wafat.


Mendengar teriakan kaum musyrikin itu, kaum Muslimin menjadi kecut, lalu lari porak-poranda meninggalkan Rasulullah. Hanya segelintir orang yang saja yang bertahan, mengawal dan melindungi beliau. Di antara mereka adalah Abu Thalhah yang berdiri paling depan.


Abu Thalhah juga seorang Muslim yang pemurah, ia kerap mengorbankan harta bendanya untuk agama Allah. Ia juga sering berpuasa dan berperang sepanjang hidupnya. Bahkan ia meninggal ketika sedang berpuasa dan berperang fi sabilillah. Kurang lebih 30 tahun setelah Rasulullah SAW wafat, dia senantiasa berpuasa, kecuali di hari raya. Umurnya mencapai usia lanjut, namun ketuaan tidak menghalanginya untuk berjihad di jalan Allah.


Pada masa Khalifah Utsman, kaum Muslimin bertekad hendak berperang di lautan. Abu Thalhah pun bersiap-siap hendak turut berjihad dengan kaum Muslimin. Anak-anaknya membantah. "Wahai ayah, engkau sudah tua, engkau sudah ikut berperang bersama-sama dengan Rasulullah, bersama Abu Bakar dan Umar bin Al-Khathab. Kini ayah harus beristirahat, biarlah kami yang berperang untuk ayah," kata mereka.


Abu Thalhah menjawab, "Bukankah Allah telah berfirman: "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (QS At-Taubah: 41). Firman Allah itu memerintahkan kita semua, baik tua mahupun muda. Allah tidak membatasi usia kita untuk berperang."


Ia pun ikut berperang. Ketika Abu Thalhah yang sudah lanjut usia itu berada di atas kapal di tengah lautan bersama tentara Muslimin, ia jatuh sakit lalu meninggal dunia. Kaum Muslimin melihat-lihat daratan, mencari tempat pemakaman jenazah Abu Thalhah. Namun setelah enam hari berlayar, barulah mereka menemukan daratan. Selama itu jenazah Abu Thalhah disemayamkan di tengah-tengah mereka di atas kapal, tanpa berubah sedikit pun. Bahkan ia seperti orang yang sedang tidur nyenyak.

Sunday 17 August 2014

PUNCA SEBENAR METEOR JATUH


Dari Ibnu Abbas bahawa orang Ansar pada suatu hari, ketika duduk bersama Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba mereka melihat bintang atau meteor yang bergeser, kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat Anshar yang ada di situ: Bagaimana keyakinan kalian pada masa Jahiliyah , ketika melihat kejadian seperti ini? Mereka menjawab: Kami dahulu berkeyakinan bahawa bergesernya bintang atau jatuhnya meteor merupakan tanda lahir atau meninggalkannya seorang pembesar. Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, Sesungguhnya bergesernya bintang atau jatuhnya meteor, tidaklah menunjukkan kematian atau kehidupan seseorang, akan tetapi jika Allah memutuskan sesuatu, maka para pembawa Arsy ( para malaikat ) pada bertasbih." (Riwayat Muslim)

Dijelaskan bahawa jin-jin duduk di suatu tempat di langit untuk mencuri dengar berita-berita dari langit. Mereka adalah jin-jin yang sangat jahat dan menyesatkan. Dahulu jin melakukan hal itu untuk memperoleh berita langit dengan mencuri dengar dari para malaikat dan kemudian mereka sampaikan kepada iblis dan para ahli sihir.

Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah SAW berangkat bersama serombongan sahabat menuju ke pasar Ukaz. Perkara ini menyebabkan berita-berita langit yang dicuri oleh jin terhalang malahan mereka dilempari dengan panah api sehingga terpaksa pulang ke kaumnya. Setibanya ia di tempat kaumnya, jin itu pun ditanya, "Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?" Mereka menjawab, "Kami terhalang untuk mendapatkan berita dari langit. Bahkan kami dikejar oleh bintang-bintang." Kaumnya berkata, "Kita tidak mungkin terhalang dari berita langit. Tentu ada sebabnya. Bertebaran lah kalian ke Timur dan Barat dan carilah sebab kepada penghalangan ini."

Maka bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian daripada mereka pun tiba di Tuhamah tempat Rasulullah S.a.w berhenti untuk sembahyang Subuh. Mereka mendengar bacaan ayat Quran dari Rasul serta memerhatikannya, lalu berkata; "Demi Allah, ini lah yang menghalang kita untuk mendapatkan berita dari langit." Kemudian mereka pun pulang ke kaum mereka dan menyampaikan berita tersebut sambil mengagumi Al-Quran yang membawa mereka ke jalan penuh hidayah Allah, sehingga mereka beriman. Maka turunlah ayat ini - Surah Al-Jin : ayat 1 - 2, Sebagai pemberitahuan kepada Nabi Muhammad S.a.w untuk diceritakan kepada umatnya tentang kejadian tersebut. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan di langit, maka para malaikat mengepakkan sayap mereka kerana tunduk terhadap firman-Nya, seperti layaknya suara rantai yang digesek di atas batu. Setelah rasa takut itu dicabut dari hati para malaikat, mereka bertanya-tanya:'Apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu?' Malaikat yang mendengar menjawab, 'Dia berfirman yang benar. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar. 'Bisikan malaikat ini didengar oleh jin pencuri berita. Jin yang paling atas mendengar ucapan malaikat, kemudian disampaikan kepada jin bawahnya, dan seterusnya, hingga jin yang paling bawah menyampaikannya kepada tukang sihir atau dukun. Kadang-kadang mereka mendapat panah api sebelum dia sampaikan kepada ahli sihir, dan kadang-kadang berjaya disampaikan sebelum terkena panah api. Kemudian ahli sihir mencampurkan dengan 100 pembohongan. (Sehingga ada 1 yang benar). Orang mengatakan, bukankah ahli sihir telah mengatakan demikian dan dia benar? Akhirnya ahli sihir dibenarkan dengan satu kalimat yang benar yang dicuri dari langit. (HR. Bukhari 4800).

Sumber : Kitab Ensiklopedia Syamail Rasulullah

SIRAH NABI : BERKATNYA MENJADI PELAYAN RASULULLAH


Safinah, pelayan Rasulullah Saw bercerita:

"Pada suatu hari aku naik kapal mengharungi lautan. Di tengah laut kapalku pecah. Aku kemudian berpegangan pada sebilah papan pecahan kapal tersebut hingga terdampar di sebuah rimba belantara yang dihuni singa. Tiba-tiba seekor singa menatapku dan berjalan mendekatiku. Ia nampak ingin menerkamku. Aku pun segera berkata padanya :

"Hai singa, aku adalah pelayan Rasulullah Sollalahu Alaihi Wa Sallam". 

Singa itu mengangguk-anggukan kepalanya dan berjalan menghampiriku. Kemudian ia membawaku ke luar rimba menuju jalan yang boleh dilalui orang. Kemudian ia mengaum secara perlahan, mengucapkan salam perpisahan denganku. Setelah itu aku tidak bertemu lagi dengannya."

Sumber : Kitab Ensiklopedia Syamail Rasulullah

Saturday 9 August 2014

SIRAH NABI : SA’ID BIN AMIR AL-JUMAHI PEMIMPIN BERSAHAJA


Seorang pakar sejarah pernah berkata, "Sa’id bin Amir adalah orang yang membeli akhirat dengan dunia, dan ia lebih mementingkan Allah dan Rasul-Nya atas selain-Nya."


Sa’id bin Amir Al-Jumahi adalah seorang anak muda, satu di antara ribuan orang yang tertarik untuk pergi menuju daerah Tan’im di luar kota Makkah, dalam rangka menghadiri panggilan pembesar-pembesar Quraisy. 


Panggilan ini adalah untuk menyaksikan hukuman mati yang akan ditimpakan kepada Khubaib bin Adiy, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang diculik oleh mereka.


Susuk tubuhnya yang gagah membuat Sa'id mendapatkan kedudukan yang lebih daripada orang-orang. Sehingga ia dapat duduk berdampingan dengan pembesar-pembesar Quraisy seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah, dan orang-orang yang mempunyai wibawa lainnya.


Ketika rombongan yang garang ini datang dengan tawanannya di tempat yang telah disediakan, Sa’id bin Amir berdiri tegak memandang Khubaib yang sedang diarak menuju kayu penyaliban. Dan ia mendengar suaranya yang teguh dan tenang di antara teriakan wanita-wanita dan anak-anak. Khubaib berkata, “Izinkan aku untuk solat dua rakaat sebelum pembunuhanku ini, jika kalian berkenan.”


Kemudian Sa'id memandangnya, sedangkan Khubaib menghadap kiblat dan solat dua rakaat. Alangkah bagusnya dan indahnya solatnya itu. Kemudian ia melihat Khubaib menghadap pembesar-pembesar kaum dan berkata, “Demi Allah, jika kalian tidak menyangka bahwa aku memperpanjang solat kerana takut mati, tentu aku telah memperbanyakkan solat.”


Kemudian ia melihat kaumnya dengan mata kepalanya, memotong-motong Khubaib dalam keadaan hidup. 


Kemudian Sa’id bin Amir melihat Khubaib mengarahkan pandangannya ke langit dari atas kayu salib, dan berkata, “Ya Allah ya Tuhan kami, hitunglah mereka dan bunuhlah mereka satu persatu serta janganlah Engkau tinggalkan satu pun dari mereka." 


Kemudian Khubaib bin Adiy menghembuskan nafas terakhirnya, dan di badannya tidak terhitung lagi bekas tebasan pedang dan tusukan tombak.


Orang-orang Quraisy kembali ke Makkah, dan mereka telah melupakan kejadian Khubaib dan pembunuhannya kerana banyak kejadian-kejadian setelahnya. Namun, Sa’id bin Amir Al-Jumahi tidak boleh menghilangkan bayangan Khubaib dari pandangannya walau sekejap. 


Ia memimpikannya ketika sedang tidur, dan melihatnya dengan khayalan ketika matanya terbuka. Khubaib senantiasa terbayang di hadapannya sedang melakukan solat dua rakaat dengan tenang di depan kayu salib. Dan ia mendengar rintihan suaranya di telinganya, ketika Khubaib berdoa untuk kebinasaan orang-orang Quraisy, maka ia takut kalau tersambar petir atau ditimpa batu dari langit.


Khubaib telah mengajar Sa’id sesuatu yang belum pernah ia ketahui sebelumnya. Ia mengajarnya bahwa hidup yang sesungguhnya adalah akidah dan jihad di Allah hingga akhir hayat. Ia mengajarnya juga bahwa iman yang kukuh akan membuat keajaiban dan kemukjizatan.


Dan Khubaib mengajarnya sesuatu yang lain, bahwa sesungguhnya seorang laki-laki yang dicintai oleh para sahabatnya dengan kecintaan yang sedemikian rupa, tidak lain adalah nabi yang mendapat mandat dari langit.


Semenjak itu, Allah membukakan dada Sa’id bin Amir untuk Islam. Ia lalu berdiri di hadapan orang ramai dan mengisytiharkan kebebasannya dari dosa-dosa Quraisy, berhala-berhala dan patung-patung mereka, dan menyatakan ikrarnya terhadap agama Allah.


Sa’id bin Amir berhijrah ke Madinah, dan mengabdikan diri kepada Rasulullah, dan ikut serta dalam Perang Khaibar dan peperangan-peperangan setelahnya. Dan ketika Nabi yang mulia dipanggil menghadap Tuhannya, Sa'id mengabdikan diri dengan pedang terhunus di zaman dua khalifah Abu Bakar dan Umar. 


Ia hidup bagaikan contoh satu-satunya bagi orang Mukmin yang membeli akhirat dengan dunia, dan mementingkan keredhaan Allah dan pahala-Nya atas segala keinginan hawa nafsu dan syahwat badannya. Kedua khalifah itu telah mengetahui tentang kejujuran dan ketakwaan Sa’id bin Amir. Keduanya mendengar nasihat-nasihatnya dan memerhatikan pendapatnya.


Pada awal kekhilafahan Umar, Sa'id menemuinya dan berkata, “Wahai Umar, aku berwasiat kepadamu, agar kamu takut kepada Allah dalam urusan manusia. Dan janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah. Dan janganlah ucapanmu bertentangan dengan perbuatanmu, kerana sesungguhnya ucapan yang paling baik adalah yang sesuai dengan perbuatan."


Maka Umar berkata, "Siapakah yang mampu menjalankan itu, wahai Sa’id?”


Ia menjawab, “Orang laki-laki sepertimu mampu melakukannya, iaitu di antara orang-orang yang Allah serahkan urusan umat Muhammad kepadanya. Dan tidak ada seorang pun perantara antara ia dan Allah.”


Setelah itu Umar mengajak Sa’id untuk membantunya. “Wahai Sa’id, kami menugaskan kau sebagai gabenor Himsh,” kata Umar. 


Sa'id menjawab, "Wahai Umar, aku ingatkan dirimu terhadap Allah. Janganlah kau menjerumuskanku ke dalam fitnah." 


Maka Umar pun marah dan berkata, "Celaka kalian! Kalian menaruh urusan ini di atasku, lalu kalian berlepas diri dariku. Demi Allah, aku tidak akan melepasmu.” 


Kemudian Umar mengangkat Sa'id bin Amir menjadi gabenor di Himsh. “Kami akan memberimu gaji,” kata Umar. 


“Untuk apa gaji itu, wahai Amirul Mukminin? Kerana pemberian untukku dari Baitul Mal telah melebihi keperluanku,” jawab Sa'id. Ia pun berangkat ke Himsh.


Tidak lama kemudian datanglah beberapa utusan dari penduduk Himsh kepada Amirul Mukminin Umar bin Khathab. 


Umar berkata kepada mereka, “Tuliskan nama-nama orang fakir kalian, supaya aku dapat menutup keperluan mereka!” 


Maka mereka menulis selembar tulisan, yang di dalamnya ada Fulan, Fulan dan Sa’id bin Amir. Umar bertanya, Siapakah Sa’id bin Amir ini?” 


Mereka menjawab, “Gabenor kami.” 


“Gabenormu fakir?” 


“Benar, dan demi Allah sudah beberapa hari di rumahnya tidak ada api.” 


Maka Umar menangis hingga janggutnya basah oleh air mata. Kemudian ia mengambil 1.000 dinar dan menaruhnya dalam kantung kecil dan berkata, "Sampaikan salamku, dan katakan kepadanya, Amirul Mukminin memberi anda harta ini, supaya anda dapat menutup keperluan anda!”


Saat para utusan itu mendatangi Sa’id dengan membawa kantong. Sa’id membukanya, ternyata di dalamnya ada wang dinar. Ia lalu meletakkannya jauh dari dirinya dan berkata, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan dikembalikan kepada-Nya)," seolah-olah ia tertimpa musibah dari langit atau ada suatu bahaya di hadapannya.


Hingga keluarlah isterinya dengan wajah kebingungan dan berkata, “Ada apa, wahai Sa’id? Apakah Amirul Mukminin meninggal dunia?" 


“Bahkan lebih besar dari itu,” timpal Sa'id. 


“Apakah orang-orang Muslim dalam bahaya?” 


“Bahkan lebih besar dari itu.” 


“Apa yang lebih besar dari itu?” 


“Dunia telah memasuki diriku untuk merosakkan akhiratku, dan fitnah telah datang ke rumahku.” 


Isterinya berkata, “Bebaskanlah dirimu darinya.” Saat itu isterinya tidak mengetahui tentang wang-wang dinar itu sama sekali.


“Apakah kamu mau membantu aku untuk itu?” tanya Sa'id.


“Ya,” kata sang isteri . Sa'id lalu mengambil wang-wang dinar dan memasukkannya ke dalam kantong-kantong kecil, kemudian menyuruh istrinya untuk membagikannya kepada orang-orang Muslim yang fakir.


Tak lama kemudian Umar bin Khathab datang ke negeri Syam untuk melihat keadaan. Dan ketika singgah di Himsh, penduduk menyambut dan menyalaminya. Umar bertanya kepada mereka, “Bagaimana pendapat kalian tentang gabenor kalian?”


Maka mereka mengadukan kepadanya tentang empat hal, yang masing-masing lebih besar dari yang lainnya. Umar kemudian memanggil Sa'id dan 'mengadilinya' di hadapan penduduk.


“Apa yang kalian keluhkan dari gabenor kalian?” tanya Umar.


Mereka menjawab, “Ia tidak keluar kepada kami kecuali jika hari telah siang.” 


“Apa jawabmu tentang hal itu, wahai Sa’id?” kata Umar.


Sa'id terdiam sebentar, kemudian berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku tidak ingin mengucapkan hal itu. Namun, kalau memang harus dijawab, sesungguhnya keluargaku tidak mempunyai pembantu. Maka setiap pagi aku membuat adunan, kemudian menunggu sebentar sehingga adunan itu mengembang. Kemudian aku buat adunan itu menjadi roti untuk mereka, kemudian aku berwudhu dan keluar menemui orang-orang.” 


"Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?” tanya Umar.


Mereka menjawab, “Sesungguhnya, ia tidak menerima tamu pada malam hari.” 


“Apa jawabmu tentang hal itu, wahai Sa’id?”


“Sesungguhnya, Demi Allah, aku tidak suka untuk mengumumkan ini juga. Aku telah menjadikan siang hari untuk mereka dan malam hari untuk Allah Azza wa Jalla,” jawab Sa'id. 


“Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?” tanya Umar lagi.


Mereka menjawab, “Sesungguhnya ia tidak keluar menemui kami satu hari dalam sebulan.” 


“Dan apa ini, wahai Sa’id?” 


Sa'id menjawab, “Aku tidak mempunyai pembantu, wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak mempunyai baju kecuali yang aku pakai ini, dan aku mencucinya sekali dalam sebulan. Dan aku menunggunya hingga baju itu kering, kemudian aku keluar menemui mereka pada esok hari.” 


“Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?” 


Mereka menjawab, “Ia sering pengsan, hingga ia tidak tahu orang-orang yang duduk di majlisnya.” 


“Dan apa ini, wahai Sa’id?” 


“Aku telah menyaksikan pembunuhan Khubaib bin Adiy, kala itu aku masih musyrik. Dan aku melihat orang-orang Quraisy memotong-motong badannya sambil berkata, 'Apakah kamu ingin kalau Muhammad menjadi penggantimu?' Maka Khubaib berkata, 'Demi Allah, aku tidak ingin merasa tenang dengan isteri dan anak, sementara Muhammad tertusuk duri.' Dan demi Allah, aku tidak mengingat hari itu dan bagaimana aku tidak menolongnya, kecuali aku menyangka bahwa Allah tidak mengampuni aku, maka aku pun jatuh pengsan,” tutur Sa'id.


Seketika itu Umar berkata, “Segala puji bagi Allah yang tidak menyimpangkan dugaanku terhadapnya.” 


Kemudian Umar memberikan 1.000 dinar kepada Sa'id. Dan ketika istrinya melihat wang itu, ia berkata kepada Sa'id, “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kami dari pekerjaan berat untukmu. Belilah bahan makanan dan sewalah seorang pembantu."


“Apakah kamu menginginkan sesuatu yang lebih baik dari itu?” tanya Sa'id pada isterinya.


“Apa itu?”


“Kita berikan dinar itu kepada yang mendatangkannya kepada kita, pada saat kita lebih memerlukannya.” 


“Bagaimana maksudnya?” 


“Kita pinjamkan dinar itu kepada Allah dengan pinjaman yang baik,” kata Sa'id.


Isterinya berkata, “Benar, dan semoga kau mendapat balasan kebaikan.” 


“Berikanlah ini kepada jandanya fulan, kepada anak-anak yatimnya fulan, kepada orang-orang miskin keluarga fulan, dan kepada fakirnya keluarga fulan," kata Sa'id.


Mudah-mudahan Allah meredhai Sa’id bin Amir Al-Jumahi, kerana ia termasuk orang-orang yang mendahulukan orang lain atas dirinya, walaupun dirinya sangat memerlukannya.

SIRAH NABI : JANJI SYAIDATINA AISYAH


Pagi masih menaungi kota Madinah dengan cahaya mentari penuh kelembutan dan kedamaian. Panasnya hawa padang pasir belum begitu menyengat tubuh. Jalan-jalan mulai dilalui oleh orang orang yang hendak menuju ke pasar. Ada juga yang telah bersiap pergi ke kebun dan ladang, pohon kurma dan aneka buah-buahan telah menanti siap dipetik untuk dimanfaatkan bagi keperluan keluarga. Sebagiannya mereka jual di pasar untuk membeli keperluan hidup lainnya.

Nampak seorang lelaki tengah berjalan menuju arah masjid. Jalannya agak dipercepat mungkin kerana ada keperluan yang terasa penting. Tiba di ujung jalan ia membelok ke arah kanan dan kemudian melanjutkan langkah kakinya hingga berhenti di depan sebuah rumah disebelah Masjid An Nabawi. Lelaki itu bernama Munkadir iaitu seorang tabi'in dan ia kini ada didepan rumah Ummul Mukminin Aisyah r.a untuk meminta bantuan kepada Aisyah soal kewangan. Setelah mengucap salam maka terdengar balasan salam dari dalam rumah, rupanya Aisyah r.a sedang ada dirumahnya. setelah keluar rumah Aisyah bertanya "Wahai Munkadir, ada keperluan apa engkau ke mari?". Kemudian Munkadir menjawab "Aku belum menikah dan ingin membeli seorang budak untuk ku nikahi. apakah engkau boleh membantuku untuk meringankan masalah kewanganku ini?". Kebetulan pada hari itu Ummul Mukminin tidak memiliki wang sedikit pun. Aisyah r.a berkata 'Maaf, pada saat ini saya tidak mempunyai apa+apa. Seandainya saya mempunyai sepuluh ribu dirham, semuanya tentu akan saya berikan kepadamu. Akan tetapi sekarang ini saya tidak mempunyai apa-apa.

Munkadir sedikit berkecil hati kerana tidak memperoleh apa-apa. Maka ia melangkah pulang menuju rumahnya. Tak berapa lama kemudian datang seseorang bernama Khalid bin Asad r.a membawa sekantung wang berjumlah sepuluh ribu dirham dan memberikannya kepada Aisyah r.a. Sejenak Aisyah r.a termenung memikiran peristiwa sebelumnya yang terjadi lalu ia berkata 'Saya sedang diuji dengan ucapan saya kepada Munkadir." Kemudian ia segera mengirimkan seluruh wang yang di terimanya itu kepada Munkadir . Dengan wang seribu dirham pemberian Aisyah r.a itu, Munkadir  membeli seorang hamba sahaya perempuan yang kemudian dinikahinya. Pernikahan mereka berlangsung dalam suasana penuh kebahagian dan saling mencintai. Dari pernikahan itu ia mendapatkan 3 orang anak yakni Muhammad, Abu Bakar, dan Umar. Sejak masih muda ketiga orang itu terkenal kesolehannya di kota Madinah Munawaroh.

Subhanallah, sungguh beruntung Aisyah r.a yang menjadi sebab pernikahan Munkadir. Ujian harta yang menghinggapinya tidak memalingkannya dari janji yang ia ucapkan. Janji yang ia ucapkan ibarat air ludah yang tidak mungkin ditelan lagi. Dan kembali Aisyah r.a menunjukkan akhlaknya sebagai seorang wanita yang sholeh lagi zuhud yang mana sifat itu ia dapatkan dari teladan yang ia dapatkan dari suami tercinta, Rasulullah SAW dan ayahnya, Abu Bakar Ash Siddiq r.a.

Ada sebuah kisah menarik dari seorang sahabat Abu Bakar yang juga punya hobi bersedekah. Kesukaanya dalam bersedekah telah menjadikannya seorang yang tidak boleh ditandingi oleh siapa pun diantara sahabat sahabat yang lain. Pernah ia membagi bagikan dua kantong penuh berisi wang, yang berjumlah lebih dari seratus ribu dirham untuk di bagi bagikan kepada fakir miskin tanpa meninggalkan satu dirham pun, padahal ia memerlukannya untuk berbuka puasa. Kisah semacam ini juga terdapat dalam riwayat lain yang menyebutkan besarnya wang dalam kantong yang di berikan kepada fakir miskin sebesar 181, 111 dirham.

Inilah contoh teladan teladan agung dari seorang ayah dan anaknya, keagungan sifat mereka menjadi penawar dari banyak permasalahan dan kesempitan hidup masyarakat disekelilingnya.