Sunday 26 June 2016

SUBAHANALLAH.... PEMANDANGAN DI ATAS KAABAH


Klik Link ini dan gerak- gerakkan hp anda akan dapat melihat pemandangan sekeliling kaabah seolah-olah anda berada dia atas kaabah.

Monday 6 June 2016

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR MENURUT KAEDAH ULAMA


Kaedah ini terdapat di dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah. Rumus ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama’ yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah 'Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I'anatuth Thalibin Juz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni.

Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam 21 dan malam 23 bulan Ramadan.

Petua oleh Imam Ghazali untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini, seperti jadual di atas.

Wednesday 1 June 2016

PELAYAN CANTIK NISHAPUR


Fariduddin Attar meriwayatkan  Suatu saat, seorang saudagar dari Nishapur meminjamkan wang kepada orang yang berada jauh di kota lain. Ia ingin pergi ke tempat itu untuk menagih piutangnya. Saudagar itu mempunyai seorang pelayan yang teramat cantik dan ia tidak menemukan orang yang boleh dipercaya untuk menjaga  pelayan cantik itu. Akhirnya ia memutuskan untuk kepada seorang soleh, Hazrat Utsman Harris untuk menjaga pelayannya.

Pada suatu hari, secara tak sengaja, Hariri melihat wajah gadis itu dan dia langsung jatuh cinta kepadanya. Tapi ia mampu mengendalikan dirinya. Lalu ia pergi berjumpa gurunya,  Hazrat Abu Hafs Hadad untuk meminta pertolongan melegakan  hatinya yang bergelora. Si guru menyarankan ia untuk pergi ke Hazrat Yusuf bin Husain dan mengikuti nasihat yang akan ia berikan.

Ketika Hariri tiba di kota,  orang-orang mencegah ia untuk berjumpa Yusuf kerana Yusuf dianggap telah sesat. Hariri pun pulang ke Nishapur. Ketika gurunya mengetahui hal ini, ia menyuruh Hariri untuk kembali pergi menemui Yusuf. Kali ini, Hariri langsung menemuinya.

Hariri amat terkejut saat menjumpai Yusuf sedang duduk bersama seorang pemuda tampan dengan sebotol anggur dan sebuah cawan terletak di hadapannya. Namun wajah Yusuf memancarkan cahaya kesalihan. Hariri tak mengerti perilaku yang tidak  lazim ini dan ia hanya boleh duduk memperhatikan Yusuf.

Ketika Yusuf mulai berbicara, kata-katanya amat indah sehingga Hariri terpukau dibuatnya. Hariri menanyakan perilakunya yang aneh itu. Yusuf berkata, “Pemuda tampan ini anakku.dan ia sedang belajar Al-Quran bersamaku sementara botol ini hanya berisi air. Dan mengapa aku bertingkah laku seperti ini, ini semua untuk menghindarkan para saudagar meletakkan  pelayan cantiknya kepadaku untuk dijaga ketika ia pergi musafir….”

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariduddin Attar

TAUBAT SEORANG PEMBUNUH


Seorang pembunuh yang amat kejam telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Ia merasa sangat menyesal. Ia mendatangi seorang alim dan bercerita tentang masa lalunya yang kelabu itu. Ia mengatakan maksudnya untuk bertaubat dan menjadi orang yang lebih baik. Aku ingin tahu apakah Tuhan akan mengampuniku?? ia bertanya.

Seorang alim rupanya belum cukup banyak belajar. Ia menjawab, Tentu saja kau tak akan diampuni-Nya. Kalau begitu, ujar si pembunuh, lebih baik kau juga ku bunuh saja sekali. Ia pun membunuh alim itu. Kemudian ia bertemu orang alim lain. Ia mengatakan telah membunuh seratus orang. Aku ingin tahu, tanyanya, apakah Tuhan akan mengampuniku jika aku bertaubat?

Alim kedua ini lebih bijak dari yang pertama. Ia menjawab, Tentu saja kau akan diampuni. Bertaubatlah sekarang juga. Aku hanya punya satu nasihat untukmu; jauhilah teman-temanmu yang jahat dan bergabunglah dengan orang-orang yang saleh, kerana teman yang jahat akan mendekatkanmu kepada dosa.

Orang itu lalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Ia menangis memohon ampunan Tuhan. Kemudian ia pun menjauhi teman-temannya yang jahat dan pergi mencari perkampungan tempat orang-orang saleh tinggal. Namun ketika ia berada di perjalanan, ajalnya tiba.

Malik, Malaikat Penjaga Neraka, dan Ridwan, Malaikat Penjaga Surga, sama-sama datang untuk menjemput ruhnya. Malik berkata bahwa orang itu adalah pendosa besar dan tempatnya di neraka jahanam. Tetapi Ridwan juga mengatakan  bahwa orang itu layak masuk surga. Malaikat Ridwan berkata, Orang ini bertaubat dan telah memutuskan untuk menjadi orang baik. Ia sedang menempuh perjalanan ke kampung tempat tinggal orang-orang saleh ketika ajalnya tiba.

Kedua malaikat itu pun berdebat. Jibril datang untuk menyelesaikan masalah. Setelah mendengar pernyataan dari kedua malaikat, Jibril memutuskan, Ukur jaraknya. Jika tanah tempat mayatnya berada lebih dekat kepada orang-orang saleh, maka ia masuk surga; namun jika letak mayatnya lebih dekat kepada orang-orang jahat, ia harus masuk neraka.

Kerana bekas pembunuh itu baru saja meninggalkan tempat orang jahat, ia masih terletak dekat sekali dengan mereka. Tetapi kerana  ia bertaubat dengan amat tulus, Tuhan memindahkan tubuhnya dari tempat ia meninggal ke dekat perkampungan orang saleh. Dan hamba yang bertaubat itu pun diserahkan ke  malaikat penjaga surga.

Tuhan berfirman, Jika hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku satu hasta, Aku akan mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila dia datang kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan datang  sambil berlari.

Sumber : Kitab Ihya Ulumudin Karangan Imam Ghazali

JANGAN PERNAH BERPALING DARIKU


Pada suatu hari, Tuhan berfirman  kepada Nabi Musa, dalam keheningan hatinya, "Wahai hamba pilihan-Ku, Aku mencintaimu!"

Nabi Musa menjawab dengan pertanyaan, "Wahai Tuhan yang  Maha pemurah, katakan padaku, sifat apa dari diriku yang membuat-Mu mencintaiku, supaya aku dapat sentiasa  mempertahankan dan menghiasnya."

"Ku mencintaimu kerana engkau seperti anak kecil," jawab Tuhan, "Anak kecil yang berada dalam naungan ibunya. Meskipun si ibu mengusirnya, ia tetap bergantung padanya. Untuknya, tak ada orang lain di dunia ini selain si ibu. Semua sedih dan bahagia hanya bersumber dari ibunya.

"Meskipun si ibu memukulnya, ia tetap memburu dan memeluk ibunya. Ia tak pernah meminta pertolongan selain kepada si ibu. Ibunyalah sumber segala sesuatu, baik maupun buruk.

"Begitu pula hatimu. Dalam suka atau pun duka, ia tak pernah berpaling dari-Ku. Dalam pandanganmu, makhluk lain hanyalah seperti batu dan bongkahan tanah...."

MIMPI RASULLAH


Suatu saat, ada orang yang ingin sekali bertemu dengan Nabi saw di mimpinya, tetapi keinginannya itu tak pernah terkabul; meskipun ia telah berusaha amat kuat dan keras. Ia meminta nasihat kepada seorang sufi. Sufi itu menjawab, ?Anakku, pada Jumat malam nanti, banyak-banyaklah kau makan ikan masin, tunaikan solatmu, dan langsunglah engkau pergi tidur tanpa minum air walau sedikit pun. Keinginanmu akan dipenuhi.

Orang itu pun melaksanakan anjuran si sufi itu. Setelah makan, ia langsung tidur. Sepanjang malam ia bermimpi terus menerus minum air daripada  puluhan mata air. Pada keesokan harinya , ia bergegas menemui sufi itu, ?Wahai Maulana, aku tak melihat Nabi dalam mimpiku. Aku begitu kehausan sehingga yang aku impikan hanyalah minum air dari puluhan mata air. Sekarang pun aku masih terseksa dengan rasa dahaga.

Si sufi berkata padanya, Makan ikan masin telah memberimu dahaga yang begitu menyeksakan sehingga sepanjang malam engkau hanya bermimpi tentang air minuman . Sekarang kau harus merasakan dahaga yang sama akan Rasul-Nya, barulah engkau boleh melihat anugerah terindah.

Sumber : Petikan Artikel Dari Majalah Q&A penulisan Dr Jahid Sidek