Kekaguman para sahabat dan murid-muridnya tak menggetarkan pribadi Hasan al-Bashri untuk tetap hidup penuh kesederhanaan. Di rumah yang tidak terlalu besar dia tinggal bersama isteri tercinta. Di bahagian atas adalah tempat tinggal seorang Nasrani. Kehidupan berumah bertetangga mengalir tenang dan harmoni walaupun diliputi kekurangan menurut ukuran duniawi. Di dalam bilik Hasan al-Bashri selalu terlihat kesan kecil bocor air dari atap biliknya. Isterinya memang sengaja meletakkan bekas tadahan air atas permintaan Hasan al-Bashri agar tidak basah. Hasan al-Bashri selalu mengganti bekas tadahan itu setiap kali penuh dan sesekali mengelap sisa percikan yang sempat membasahi lantai. Hasan al-Bashri tak pernah berniat memperbaiki atap itu. “Kita tak boleh mengusik tetangga,” dalihnya. Jika dilihat atap bilik Hasan al-Bashri tak lain merupakan lantai bilik mandi seorang Nasrani, jirannya. Kerana ada kerosakkan, air kencing dan kotoran masuk ke dalam bilik Imam Hassan tanpa mengikuti saluran yang tersedia. Jiran Nasrani itu tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian ini kerana Hasan al-Bashri sendiri belum pernah memberitahunya.
Wednesday, 11 June 2014
HASAN BASRI BERJIRAN DENGAN NASRANI

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment