Sunday 28 June 2015

KISAH NABI YUSHA' AS


Nabi Yusha’ bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah swt untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam. Nabi Yusha’ bukan sahaja seorang nabi dan Rasul tetapi juga seorang panglima perang yang berkaliber. Sepertimana Rasulullah saw, baginda sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Baginda tidak mahu ada di antara pejuang jihad tertarik kepada duniawi. Baginda mahukan pejuang yang benar-benar mencari syurgawi.
Baginda memiliki beberapa mukjizat yang dianugerah Allah swt dan di antaranya Rasulullah saw pernah bersabda,
Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya’”.
Beliau (Rasulullah) berkata, “Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Yusha’ bin Nun as. Ia berdasarkan satu hadis lain yang berbunyi,
Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”
(HR Imam Ahmad)
Menurut Ibnu Ishq dalam riwayatnya bahawa Nabi Yusya’ as memimpin tentera-tentera untuk memasuki Baitul Maqdis pada hari Jumaat. Akan tetapi, waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut calendar masyarakat Bani Israel. Syariat Nabi Musa as diharamkan berperang pada Hari Sabtu kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah SWT untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah ST. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.
Berkenaan Nabi Yusha’ as, kitab Taurat juga menyatakan hal yang sama sepertimana sabda Rasulullah SAW;
12 Then, on the day ADONAI* handed over the Emori* to the people of Isra’el, Y’hoshua spoke to ADONAI; in the sight of Isra’el he said, “Sun, stand motionless over Giv’on! Moon, you too, over Ayalon Valley!” 13 So the sun stood still and the moon stayed put, till Isra’el took vengeance on their enemies. 14 This is written in the book of Yashar. The sun stood still in the sky and was in no rush to set for nearly a whole day. There has never been a day like that before or since, when ADONAI listened to the voice of a man; it happened because ADONAI was fighting on Isra’el’s behalf.
Joshoa 10:12-14
*Adonai adalah panggilan Tuhan bagi bani Israel. Emori pula adalah kaum Amorites yang mendiami Juruselam dan Baitul Maqdis.
Dengan yang demikian, dapat kita lihat bahawa Rasulullah SAW telah menunjukkan mukjizatnya apabila memberitahu perkara yang sama dengan apa yang disampaikan di dalam Taurat.

No comments:

Post a Comment