Sunday 5 February 2017

MALU KEPADA ALLAH


Ma'ruf al karkhi mempunyai seorang bapa saudara yang menjadi gabenor di suatu kota. Pada suatu hari ketika bapa saudaranya melalui di sebuah padang, ia melihat Ma'ruf sedang makan roti. Di depan Ma'ruf ada seekor anjing. Secara berganti-ganti Ma'ruf memasukkan sekerat roti ke mulutnya sendiri dan ke mulut anjing itu. Menyaksikan perbuatannya itu bapa saudaranya berseru:

"Tidak malukah engkau memakan roti bersama-sama dengan seekor anjing?".

Ma'ruf menjawab. "Kerana mempunyai rasa malulah aku memberikan roti kepada yang miskin".

Kemudian Ma'ruf menengadahkan kepalanya dan memanggil seekor burung yang sedang terbang di angkasa. Si burung hinggap di tangannya, sedang sayap-sayapnya menutupi kepala dan mata Ma'ruf. Setelah itu Ma'ruf berkata kepada bapa saudaranya:

"Jika seseorang malu terhadap Allah, maka segala sesuatu akan malu terhadap dirinya".

Mendengar kata-kata ini bapa saudaranya terdiam dan tidak dapat berkata apa-apa.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar

No comments:

Post a Comment