Sunday, 27 September 2015
"JAGA-JAGA, TERGELINCIR"❗
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu.
Sang imam berkata : "Jaga-jaga, Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir".
Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man namaku", jawab sang imam.
"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu..??", tanya si budak.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu, Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelar itu kepadaku", jawab sang Imam.
"Wahai sang Imam, berhati - hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelar itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya."
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' dr seorang budak kecil.
Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yg begitu dalam maknanya, justru datang dari lidah seorang budak.
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTADZ, AL MUKARROM, SYAIKH) dan sebagainya.
Mari berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN..
Agar jangan sampai kita tergelincir...
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran,pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia...
Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi"
(Hadits Riwayat Muslim).
JANGAN MEREMEHKAN NASEHAT,WALAUPUN DATANGNYA DR SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'.
"Perhatikan APA yg disampaikan dan jangan melihat SIAPA yg menyampaikan".
Sunday, 20 September 2015
KENAPA BILA MATI MATA TERBUKA?
Mati adalah sesuatu yang pasti. Mati bukan perkara kecil, malah ia dinamakan sebagai kiamat kecil. Mati bermaksud, ruh keluar dari jasad, maka tinggallah jasad yang kaku, tidak bergerak lagi.
Ketika keluarnya ruh dari jasad, kesakitannya teramat sangat. Kesakitan ruh keluar dari jasad, diumpamakan seperti kayu yang berduri ditarik dari kapas yang basah. Betapa susahnya kayu berduri di tarik dalam kapas yang basah, begitulah susahnya ruh yang keluar dari jasad.
Apabila ruh itu sangat susah hendak keluar dari jasad, sudah pasti ketika ruh ditarik keluar oleh malaikat maut, mata manusia itu akan sama-sama mengikut perjalanan keluar ruh. Ekoran itulah, kita akan dapati kebiasaan orang yang meninggal dunia, mata mereka akan terbuka.
Perkara ini, diakui sendiri oleh wahyu menerusi lidah nabi SAW yang bersabda;
إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَ
Maksudnya;
”apabila kamu menghadiri kematian seseorang kamu, maka pejamkanlah mata si mati, kerana matanya mengikuti ruhnya[Sunan Ibni majah : 1445]”
Apabila kita membaca hadis ini, sedikit sebanyak kita dapat bayangkan betapa susahnya ruh mahu berpisah dari jasad. Kesusahan dizahirkan oleh Allah dihadapan para manusia yang masih hidup dengan diperlihatkan mata si mati yang terbuka sejurus kematian.
Kesusahan ruh keluar dari jasad ini, tidak sekadar berlaku kepada orang-orang yang jahat sahaja, malah ia berlaku kepada semua manusia, termasuk manusia yang baik.
Cuba bayangkan, jika manusia itu jahat, dengan melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah SWT, lalu dia mati dalam keadaan sedang melakukan maksiat, sudah pasti dia ditimpa kesakitan yang berganda. Saat kematian dia berhadapan dengan kesakitan. Saat di alam barzakh nanti pun, dia ditimpa kerungsingan hidup yang tidak berkesudahan.
Justeru, tidak hairanlah pada mereka yang meletakkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya akan bercita-cita mahu mati syahid, mati dalam berperang untuk menaikkan kalimah Allah yang paling tinggi. Ini kerana, mati syahid adalah mati yang diberikan nikmat oleh Allah SWT kepada sesiapa yang Dia mahu. ia adalah mati terpilih, yang tidak ditimpakan sebarang sakit yang kuat, malah ia merupakan mati yang dikehendaki orang yang syahid itu agar dia dimatikan berkali-kali.
Sabda Nabi SAW;
مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَأَنَّ لَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ غَيْرُ الشَّهِيدِ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِ
Maksudnya;
”tidak seorang pun yang masuk syurga, bahawa dia mahu kembali ke dunia. Baginya mempunyai apa-apa pun melainkan syahid. Ini kerana, dia berkehendak kembali ke dunia lalu dibunuh sebanyak 10 kali disebabkan melihat karamah (kemuliaan)[Sahih Muslim : 3489]”
Jika dilihat kepada mati selain syahid, manusia yang mati terasa perit dengan kematian. Adapun mati syahid, keperitan dengan kematian tidak berlaku, bahkan yang wujudnya adalah keinginan dimatikan berkali-kali, lantaran keenakkan mati tersebut.
Itu bagi kematian yang disifatkan sebagai syahid, tetapi keadaannya amat berbeda dengan kematian biasa. Kematian biasa, dihadapi dengan kesakitan yang amat sangat sehingga sampai satu tahap, apabila mereka mati, mata mereka akan terbuka lantaran mengikut ruh keluar dari jasad.
Dalam pesanan Nabi SAW, apabila didapati seseorang yang mati itu matanya terbuka, maka hendaklah manusia yang hidup itu menutup matanya tersebut.
Semasa menutupkan mata si mati tersebut, digalakkan semasa menutup itu membaca beberapa doa. Antara lain disebut oleh seorang ulama salaf, Bakr bin Abdillah Al-Muzani dengan katanya, ”apabila kamu mahu menutupkan mata si mati, maka hendaklah kamu membaca;
بسم الله و علي ملة رسول الله (ص), اللهم صل علي محمد و على اله وصحبه أجمعين
Maksudnya;
“Dengan Nama Allah, dan terhadap Rasulullah SAW. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW, juga terhadap ahli kelurga dan sahabat baginda seluruhnya[At-Tazkirah : 38]”
”Cara menutupkan mata mayat itu pula, hendaklah ditutup ketika mayat itu terbukti telah meninggal dunia” jelas Imam Abu Daud.
Sumber : Kitab At Tadzkirah Bi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al Akhirah Karangan Imam Al Qurtubi.
Saturday, 19 September 2015
KISAH NADHLAH BIN MU'AWIYAH DENGAN PENGHUNI GUNUNG
Ibnu Umar r.a. berkata, “Umar r.a. telah menulis surat kepada Saad bin Abi Waqas r.a. di Qadisiyah, surat tersebut berbunyi: perintahkan kepada Nadhlah bin Mu’awiyah supaya membawa satu pasukan ke Hulwan”
Sebaik sahaja Saad menerima arahan tersebut maka beliau dengan segera menagarahkan Nadhlah membawa 300 orang tentera untuk menawan Hulwan. Apabila sampai di sana dengan izin Allah swt maka dapatlah Nadhlah dan tenteranya menawan dengan mudah kota tersebut. Banyaklah tawanan dan harta perang yang diperolehi.
Apabila masuk waktu solat Nadhlah dan tenteranya pergi ke daratan di tepi bukit, lalu Nadhlah memulakan azan. Ketika Nadhlah mengucap : “Allahu akbar, Allahu akbar”, maka dengan tiba-tiba kedengaran suara dari bukit itu berkata: “Engkau telah mengagungkan Yang Maha Esa wahai Nadhlah”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Asyhadu Alla Illaha Illallah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Itulah kalimat ikhlas wahai Nadhlah”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Asyhadu Anna Muhammada Rasullullah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Dialah yang telah diberitahu kepada kami oleh Isa a.s.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Hayya Alas Solah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Untunglah sesiapa yang rajin menunaikannya”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Hayya Alal Falah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Sungguh beruntung orang yang menyambut Nabi Muhammad s.a.w. dan itulah jaminan kekalnya umat Muhammad s.a.w.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Allahu akbar, Allahu akbar, La Illaha Illallah!”
Kata suara dari bukit itu lagi: “Ikhlas benar kamu wahai Nadhlah, Allah swt telah megharamkan jasad kamu dari api neraka”
Setelah Nadhlah selesai mengalunkan azan maka dia pun berkata: “Siapakah kamu yarhamuka Allah, adakah kamu malaikat, jin atau hamba Allah (manusia). Kamu telah memperengarkan kepada kami suara kamu, maka tunjukkanlah kepada kami rupamu itu. Kami ini adalah utusan dari Allah, Rasullullah dan Umar bin al-Khattab”
Selepas Nadhlah berkata demikian maka dengan tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang berjanggut putih dan berpakaian shuf lalu berkata: “Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.”
Jawab Nadhlah: “Waalaikas salam warahmah, siapakah kamu semoga Allah memberi rahmat kepada kamu”
Orang tua itu berkata: “Sebenarnya aku ini adalah Zarnab bin Bar’ala pesuruh Nabi Isa AS, saya ditempatkan di bukit ini dan didoakan umur saya panjang sehingga turunnya Nabi Isa AS dari langit. Saya tidak dapat berjumpa dengan Muhammad s.a.w. namun begitu sampaikan salam saya kepada Umar dan katakan kepadnya: “Wahai Umar, bersederhanalah kamu dan mudahkan segala sesuatu sebab hari Kiamat itu terlalu dekat. Dan katakan kepada Umar kalau terjadi beberapa perkara kepada umat Muhammad s.a.w., maka hendaklah segera lari, segeralah lari… antaranya:
1. Kalau lelaki membuat hubungan sesama lelaki ( homoseks ).
2. Kalau perempuan membuat hubungan sesama perempuan ( lesbian ).
3. Mereka bernasab kepada bukan keturunan mereka.
4. Apabila orang yang tua tidak sayang lagi kepada orang yang muda.
5. Apabila orang yang muda tidak hormat lagi kepada orang yang tua.
6. Apabila orang mula meninggalkan amal makruf dan melakukan perkara yang munkar.
7. Apabila orang yang belajar ilmu semata-mata untuk mendapatkan wang.
8. Turunnya hujan di musim kemarau.
9. Apabila anak-anak menyebabkan kedukaan kedua orang tuanya.
10. Apabila berkurangnya orang yang mengenang budi.
11. Apabila betambahnya orang yang tidak mengenang budi.
12. Apabila manusia berlumba-lumba membina rumah.
13. Apabila manusia menurutkan hawa nafsunya.
14. Apabila manusia menukarkan agama dengan dunia.
15. Apabila manusia tidak mengambil berat tentang pertumpahan darah.
16. Apabila manusia gemar memutuskan tali persaudaraan.
17. Apabila manusia mula menjual hukum.
18. Apabila manusia mula meninggikan bangunan menara dan memperhiasi bentuk mushaf dan masjid namun ia tidak digunakan sebetulnya.
19. Apabila rasuah berleluasa.
20. Apabila manusia gemar memakan riba’
21. Apabila orang kaya dimuliakan.
22. Apabila wanita-wanita dapat berkenderaan sendiri”
Kata Nadhlah lagi: “Setelah orang tua itu memberi nasihat tersebut maka dia pun pergi menghilangkan diri.”
Wahai saudara-saudari yang beraqidah akan keimanan kepada hari akhirat sekelian kalau kita perhatikan 22 nasihat tersebut yang diterangkan di atas, maka kita dapat mengatakan kesemuanya itu telah pun dan sedang berlaku, yang cuma belum berlaku ialah KIAMAT. Kiamat itu adalah rahsia Allah, kita tidak perlu menghitungnya. Yang perlu kita lakukan ialah takutlah kepada Allah dan menjauhkan segala larangan dan melakukan segala arahanNya.
Sumber : Kitab At Tadzkirah Bi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al Akhirah Karangan Imam Al Qurtubi.
Wednesday, 16 September 2015
KISAH PERTEMUAN PARA PELAYAR DENGAN DAJJAL
Diriwayatkan dari Amir bin Syarahil Asy-Syabi, bahwa ia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais Radhiyallahu Anha, Beritakanlah kepadaku sebuah hadits yang pernah engkau dengar dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, dan janganlah engkau beritakan kepada orang lain.
Fathimah menjawab, Jika engkau berkehendak, saya akan memberitahukannya kepadamu. Amir berkata, Tentu aku sangat ingin mengetahuinya, beritakanlah kepadaku. Fathimah berkata, Suatu hari aku mendengar suara muadzin Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam untuk melaksanakan shalat berjamaah, maka aku pun berangkat ke masjid dan shalat bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Aku shalat pada shaf wanita yang ada di belakang kaum laki-laki. Ketika shalat sudah selesai, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam duduk di mimbar sambil tersenyum, lalu beliau bersabda, Hendaklah setiap orang tetap berada di tempat shalatnya.
Kemudian beliau bertanya, Tahukah kalian kenapa aku mengumpulkan kalian?Para shahabat menjawab, Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kalian bukanlah untuk suatu kabar gembira atau kabar buruk, akan tetapi aku mengumpulkan kalian karena Tamim Ad-Dari, yang dahulunya seorang laki-laki pemeluk agama Nasrani kini telah memeluk Islam dan berbaiat kepadaku. Ia telah mengatakan sesuatu yang pernah aku katakan kepada kalian tentang Al-Masih Dajjal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahwa ia berlayar dengan sebuah kapal laut bersama 30 orang laki-laki dari kabilah Lakham dan Judzam. Kemudian mereka terombang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di daerah tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka istirahat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.
Kemudian, mereka mendarat di pulau tersebut dan bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat, sehingga mereka tidak dapat memperkirakan mana ekornya dan mana kepalanya, karena tertutup oleh bulunya yang terlalu banyak.
Mereka berkata, Celaka, dari jenis apakah kamu ini.
Ia menjawab, Saya adalah Al-Jassasah.
Mereka bertanya, Apakah Al-Jassasah itu?
Tanpa menjawab pertanyaan mereka, lalu ia berkata, Wahai orang-orang, lihatlah seorang laki-laki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengarkan informasi dari kalian!
Tamim Ad-Dari berkata, Ketika ia menjelaskan kepada kami tentang laki-laki itu, kami pun terkejut kerana kami mengira bahwa ia adalah syaitan. Lalu kami segera berangkat sehingga kami memasuki rumah tersebut, di sana terdapat seorang manusia yang paling besar (yang tidak pernah kami lihat sebelumnya) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua tangannya terikat ke pundaknya, serta antara dua lutut dan kedua mata kakinya terbelenggu dengan besi.
Kami berkata, Celaka, siapakah kamu ini? Ia menjawab, Takdir telah menentukan bahwa kalian akan menyampaikan informasi kepadaku, maka kabarkanlah kepadaku siapakah kalian ini?
Mereka menjawab, Kami adalah orang-orang Arab yang berlayar dengan sebuah kapal, tiba-tiba kami menghadapi sebuah laut yang berguncang, lalu kami terombang-ambing di tengah laut selama satu bulan, dan teradamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat yang terdekat dengan kapal, kemudian kami masuk pulau ini, maka kami bertemu dengan seekor binatang yang sangat banyak bulunya yang tidak dapat diperkirakan mana ekor dan mana kepalanya karena banyak bulunya.
Maka kami berkata, Celaka, apakah kamu ini?
Ia menjawab, Saya adalah Al-Jassasah.
Kami bertanya, Apakah Al-Jassasah itu?
Tanpa menjawab pertanyaan kami, ia berkata, Wahai orang-orang, lihatlah seorang laki-laki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengarkan informasi dari kalian!
Lalu kami segera menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut karena mengira bahwa ia adalah setan.
Laki-laki besar yang terikat itu mengatakan, Beritakanlah kepada saya tentang pohon-pohon kurma yang ada di daerah Baisan?[1]
Kami bertanya, Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?
Ia berkata, Saya menanyakan apakah pohon-pohon kurma itu berbuah?
Kami menjawab, Ya.
Ia berkata, Adapun pohon-pohon kurma itu maka hampir saja tidak akan berbuah lagi.
Kemudian ia mengatakan, Beritakanlah kepadaku tentang danau Tiberia.
Mereka berkata, Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?
Ia bertanya, Apakah ia masih tetap berair?
Mereka menjawab, Airnya masih banyak.
Ia berkata, Adapun airnya, maka hampir saja akan habis.
Kemudian ia berkata lagi, Beritakanlah kepada saya tentang mata air Zugar.[2]
Mereka menjawab, Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?
Ia bertanya, Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu?
Kami menjawab, Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu.
Lalu ia berkata lagi, Beritakanlah kepadaku tentang nabi yang ummi (tidak bisa tulis baca), apa sajakah yang sudah ia perbuat?
Mereka menjawab, Dia telah keluar dari Makkah dan bermukim di Yatsrib (Madinah).
Lalu ia bertanya, Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab?
Kami menjawab, Ya.
Ia bertanya, Apakah yang ia lakukan terhadap mereka?
Maka kami memberitahukan kepadanya bahwa Nabi itu telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka menaatinya.
Lalu ia berkata, Apakah itu semua telah terjadi?
Kami menjawab, Ya.
Ia berkata, Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka untuk menaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kalian tentang diriku. Aku adalah Al-Masih Dajjal, dan sesungguhnya aku hampir saja diizinkan untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam waktu 40 malam selain Makkah dan Thaibah, kedua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari negeri itu maka aku dihadang oleh malaikat yang ditangannya ada pedang berkilau dan sangat tajam untuk menghambatku dari kedua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di kota Madinah terdapat malaikat yang menjaganya.
Fathimah berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda sambil menghentakkan tongkatnya di atas mimbar, Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah (maksudnya kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kalian tentang hal itu? Para shahabat menjawab, Benar. Beliau Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tamim Ad-Dari, karena ia bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang dia (Dajjal) dan tentang Madinah dan Makkah. Ketahuilah, tempatnya (Dajjal) terletak di laut Syam atau laut Yaman. Ia datang dari arah timur, dari arah timur, dari arah timur. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengisayaratkan tangannya ke arah timur. Fathimah berkata, Hadits ini yang saya hafal dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. (HR. Muslim)
[1] Baisan merupakan kota yang terletak di sebuah lembah yang berada di sebelah barat telaga Yordan, tepatnya di sebelah barat daya Tiberia.
[2] Zugar adalah salah satu desa di negeri Syam yang terletak di daerah pantai laut mati. Ibnu Al-Atsir mengatakan, Zugar adalah mata air yang ada di negeri Syam yang berada di tanah yang subur. Sebagian pendapat ada yang menyebut laut mati dengan danau zugar, yang disandarkan kepada oasis yang ada di dekat laut itu.
Sumber : Kitab At Tadzkirah Bi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al Akhirah Karangan Imam Al Qurtubi.
Subscribe to:
Posts (Atom)