Monday 24 March 2014

CARA MEMADAM AKAUN FACEBOOK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Untuk memadam akaun Facebook orang yang telah meninggal anda perlulah mengikut seperti langkah-langkah dibawah. Pergi ke laman akaun si mati (profile).


Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block


Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*




Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues




Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?



Teruskan klik pada bahagian > request the removal




Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us




Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Untuk terus ke borang boleh ke alamat di bawah:
https://www.facebook.com/help/contact/228813257197480

Sunday 23 March 2014

AHLI IBADAT DAN PENUNGGU POKOK

 

Suatu ketika dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh ramai manusia . Maka datanglah seseorang lelaki ahli ibadat yang marah dengan perbuatan syirik orang ramai itu dengan kapaknya menuju ke arah pokok itu . Tiba-tiba muncullah syaitan yang menjelma sebagai seorang manusia biasa lalu menghalangnya .

“ Apa tujuanmu ke mari ? “, tanya orang ( syaitan ) yang menghalang itu .

Jawab ahli ibadat yang memegang kapak itu : “ Aku mahu menebang pokok yang disembah oleh manusia ini kerana ia adalah perbuatan menyekutukan ( syirik ) ALLAH “.

“ Apa masalahnya jika pokok ini terus disembah oleh orang ramai “, tanya syaitan itu lagi .

Ahli ibadat itu tetap mahu meneruskan niatnya. Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki itu dan syaitan. Si lelaki berjaya menewaskan syaitan. 

Lalu syaitan pun memujuk dengan katanya : “ Apakah engkau hidup dengan selesa sekarang ? . Begini sahajalah . Tak payahlah engkau menebang pokok ini . Dan sebagai imbalannya , setiap kali engkau bangun daripada tidur , di tepimu telah tersedia dua dinar ( duit emas ) “ .

Lelaki itu bertanya lagi : “ Hai , bagaimana mungkin aku mendapatkannya ? “ .

“ Tak mengapa . Aku yang akan sediakannya setiap kali kau bangun daripada tidurmu “ ; ujar Sang Syaitan yang melihat pujukannya sudah berjaya .

Keesokan hari , lelaki itu memang mendapati ada dua dinar di tepi bantalnya apabila dia tersedar daripada tidurnya . Namun , selepas itu ( lusa ) , tidak ada lagi dua dinar sebagaimana dijanjikan sebelum itu .

Lelaki itu pun naik marah lalu bergegas menuju ke pokok itu untuk menebangnya . Tiba-tiba muncullah syaitan sekali lagi dengan rupa sebagai seorang manusia biasa .

“ Apa lagi kamu mahu ? “, tanya syaitan .

“ Aku mahu menebang pokok ini kerana marah dengan perbuatan manusia mensyirikkan ALLAH “ ; jawab pemuda itu .

Syaitan pun berkata : “ Kau penipu ! . Sebenarnya bukan kerana ALLAH , tetapi kau datang kerana mahukan dua dinar yang aku janjikan kepada engkau sebelum ini . Engkau takkan dapat menebang pokok ini “ .

Lalu bertambah marahlah lelaki itu . Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki itu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia biasa . Lelaki itu dihempas ke bumi dan hampir sahaja syaitan itu meragut nyawanya .

Lalu syaitan itu pun berkata : “ Tahukah engkau aku ini sebenarnya adalah SYAITAN ? ….. Pada mulanya dahulu engkau datang betul-betul marah dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Sebab itu aku tidak mampu mengalahkanmu . Namun pada hari ini , engkau datang dengan marah bukan lagi kerana ALLAH , tetapi kerana tidak mendapatkan dua dinar itu , maka aku berjaya kalahkan engkau “.

UNTA MENGADU NASIB KEPADA RASULULLAH



Suatu hari untuk suatu tujuan Rasulullah keluar rumah dengan menunggangi untanya. Abdullah bin Ja'far ikut membonceng di belakang. Ketika mereka sampai di pagar salah salah seorang kalangan Anshar, tiba-tiba terdengar lenguhan seekor unta.

Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah saw. Ia merintih. Air matanya jatuh berderai. Rasulullah saw. mendatanginya. Beliau mengusap belakang telinga unta itu. Unta itu pun tenang. Diam.

Kemudian dengan wajah penuh kemarahan, Rasulullah saw. bertanya, "Siapakah pemilik unta ini, siapakah pemilik unta ini?"

Pemiliknya pun bergegas datang. Ternyata, ia seorang pemuda Anshar.

"Itu adalah milikku, ya Rasulullah," katanya.

Rasulullah saw. berkata, "Tidakkah engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah peruntukkan kepadamu ini? Ketahuilah, ia telah mengadukan nasibnya kepadaku, bahwa engkau membuatnya kelaparan dan kelelahan."

Subhanallah! Unta itu ternyata mengadu kepada Rasulullah saw. bahwa tuannya tidak memberinya makan yang cukup sementara tenaganya diperah habis dengan pekerjaan yang sangat berat. Kisah ini bersumber dari hadits nombor 2186 yang diriwayatkan Abu Dawud dalam Kitab Jihad.

Bagaimana jika yang mengadu adalah seorang pekerja yang gajinya tidak dibayar sehingga tidak dapat membeli makanan untuk keluarganya, sementara tenaganya sudah habis dipakai oleh orang yang mempekerjakannya? Pasti Rasulullah saw. lebih murka lagi.

Di kali yang lain, Abdullah bin Umar menceritakan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seorang wanita diseksa kerana menahan seekor kucing sehingga membuatnya mati kelaparan, wanita itu pun masuk neraka." Kemudian Allah berfirman-Allah Maha tahu-kepadanya, "Kamu tidak memberinya makan, tidak juga memberinya minum saat ia kamu pelihara; juga engkau tidak membiarkannya pergi agar ia dapat mencari makanan sendiri dari bumi ini." (HR. Bukhari, kitab Masafah, hadits nomor 2192).

Yang ini cerita Amir Ar-Raam. Ia dan beberapa sahabat sedang bersama Rasulullah saw. "Tiba-tiba seorang lelaki mendatangi kami," kata Amir Ar-Raam. Lelaki itu dengan kain di atas kepadanya dan di tangannya terdapat sesuatu yang ia genggam.

Lelaki itu berkata, "Ya Rasulullah, saya segera mendatangimu saat melihatmu. Ketika berjalan di bawah pepohonan yang rimbun, saya mendengar kicauan anak burung, saya segera mengambilnya dan meletakkannya di dalam pakaianku. Tiba-tiba induknya datang dan segera terbang berputar di atas kepalaku. Saya lalu menyingkap kain yang menutupi anak-anak burung itu, induknya segera mendatangi anak-anaknya di dalam pakaianku, sehingga mereka sekarang ada bersamaku."

Rasulullah saw. berkata kepada lekaki itu, "Letakkan mereka."

Kemudian anak-anak burung itu diletakan. Namun, induknya enggan meninggalkan anak-anaknya dan tetap menemani mereka.

"Apakah kalian heran menyaksikan kasih sayang induk burung itu terhadap anak-anaknya?" tanya Rasulullah saw. kepada para sahabat yang ada waktu itu.

"Benar, ya Rasulullah," jawab para sahabat.

"Ketahuilah," kata Rasulullah saw. "Demi Dzat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah lebih penyayang terhadap hamba-hamba-Nya melebihi induk burung itu kepada anak-anaknya."

"Kembalikanlah burung-burung itu ke tempat di mana engkau menemukannya, bersama dengan induknya," perintah Rasulullah. Lelaki yang menemukan burung itu pun segera mengembalikan burung-burung itu ke tempat semula.

Begitulah Akhlak terhadap haiwan yang diajarkan Rasulullah saw. Bahkan, membunuh haiwan tanpa alasan yang hak, Rasulullah menggolongkan suatu kezaliman. Kabar ini datang dari Abdullah bin Amr bin Ash, bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barang siapa yang membunuh seekor burung tanpa hak, nescaya Allah akan menanyakannya pada hari Kiamat."
Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah, apakah hak burung tersebut?"

Beliau menjawab, "Menyembelihnya, dan tidak mengambil lehernya lalu mematahkannya." (HR. Ahmad, hadits nomor 6264)

Jika kepada haiwan saja kita memenuhi hak-haknya, apa lagi kepada manusia. Adakah hak-hak orang lain yang belum kita tunaikan?

ASAL USUL NABI ALLAH KHIDIR A.S.



Nama Sebenar Nabi Khidir Ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nabi Nuh. Dan Gelarannya Pula Ialah Abu Al’ Abbas. Beliau Juga Dikenali Dengan Panggilan Khidir Kerana Dua Sebab. Sebab 1 - Rasulullah S.A.W Bersabda: “Ia Dinamakan Khidir Kerana Ketika Ia Duduk Di Atas Rumput Tiba-Tiba Memancar Cahaya Hijau Dari Arah Belakangnya (Hadis Abi Hurairah Yang Diriwayatkan Oleh Bukhari). Sebab Ke2 - Al-Khattaby Berkata : Dia Dinamakan Khidir Kerana Wajahnya Cantik Dan Berseri-Seri (Rujuk Al-Bidayah Wal Nihayah-Ibnu Katsir 1/327).

Malkan Iaitu Ayahanda Kepada Nabi Khidir Adalah Seorang Raja Yang Amat Berpengaruh Dan Terkenal Dengan Kekejamannya. Ketika Nabi Khidir Masih Kecil, Dia Dihantar Belajar Dengan Seorang Guru Yang Berakhlak Mulia. Di Antara Rumah Guru Dan Istana Malkan, Ada Seorang Ahli Ibadah Yang Mana Nabi Khidir Amat Tertarik Dengannya. Maka Dia Belajar Dan Tinggal Bersama Orang Yang Ahli Ibadah Itu. Gurunya Beranggapan Bahawa Nabi Khidir Berada Di Istana Raja Malkan. Manakala, Raja Malkan Pula Beranggapan Bahawa Nabi Khidir Berada Di Rumah Gurunya. Tetapi Sebenarnya, Nabi Khidir Tinggal Dan Belajar Secara Tidak Rasmi Dengan Orang Yang Ahli Ibadah Itu.

Setelah Nabi Khidir Meningkat Dewasa, Pembesar-Pembesar Istana Mencadangkan Supaya Dia Segera Dikahwinkan Untuk Mendapatkan Keturunan Atau Generasi Penerus Kerajaan Raja Malkan. Kemudian Raja Malkan Menawarkan Dan Menyuruh Nabi Khidir Mendirikan Rumahtangga. Bagaimanapun Nabi Khidir Enggan Menerima Tawaran Tersebut. Setelah Berulangkali Disuruh Oleh Ayahandanya, Akhirnya Nabi Khidir Bersetuju Dan Berkahwin Dengan Seorang Puteri Raja.

Setelah Agak Lama Menjadi Pasangan Suami Isteri, Maka Nabi Khidir Memberitahu Isterinya :”Aku Beritahu Kepadamu Tentang Suatu Rahsia Ku, Jika Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat Tetapi Jika Kamu Bocorkan Rahsia Ku Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Di Akhirat.” Isterinya Bertanya ”Apakah Rahsia Itu ?” Nabi Khidir Menjawab : “Sesungguhnya Aku Ini Seorang Lelaki Yang Beragama Islam. Bukan Seperti Ayahku Dan Aku Tidak Memerlukan Perempuan Dalam Hidupku. Oleh Itu, Jika Kamu Bersetuju Hidup Bersamaku Dan Mengikut AgamaKu. Maka, Kita Boleh Terus Hidup Bersama. Dan Sekiranya, Kamu Tidak Setuju Dengan Ku, Maka Aku Membenarkan Kamu Pulang Ke Rumah KeluargaMu.” Isteri Nabi Khaidir Membalas ”Aku Akan Terus Setia Bersama Mu.”

Setelah Lama Berumahtangga Dan Tidak Mempunyai Anak Maka Pembesar Negara Dan Orang Ramai Bertanya Kepada Raja Malkan. ”Bahawasanya Anak Kamu Itu Sebenarnya Mandul Dan Tidak Dapat Memperolehi Anak.” Lantas Raja Malkan Bertanya Kepada Nabi Khidir : ”Telah Lama Kamu Berkahwin Tetapi Sehingga Hari Ini Kamu Masih Belum Mempunyai Anak.” Balas Nabi Khidir : ”Hal Ini Bukan Di Bawah KekekuasaanKu Tetapi Di Bawah Kekuasaan TuhanKu Allah SWT. Dia Mengurniakan Anak Kepada Sesiapa Yang DikehendakiNya.” Soalan Yang Sama Ditanya Oleh Raja Malkan Kepada Isteri Nabi Khidir. Jawapan Yang Diperolehi Daripada Isteri Nabi Khidir Adalah Sama Sebagaimana Yang Diperolehi Daripada Nabi Khidir.

Setelah Sekian Lama Telah Berkahwin Tetapi Masih Belum Dikurniakan Anak, Raja Malkan Menyuruh Nabi Khidir Menceraikan Isterinya. Nabi Khidir Enggan Berbuat Demikian Pada Mulanya Tetapi Raja Malkan Terus Memaksa Nabi Khidir Dan
Akhirnya Raja Malkan Memisahkan Antara Nabi Khidir Dan Isterinya. Kemudian Secara Paksa, Raja Malkan Mengahwinkan Nabi Khidir Dengan Seorang Janda Muda Yang Telah Mempunyai Anak Dengan Harapan Mudah-Mudahan Perkahwinan Ini Nanti Akan Membuahkan Hasil, Iaitu Mempunyai Anak Untuk Meneruskan Keturunan Dan Kerajaan Raja Malkan.

Malangnya Keadaan Yang Sama Berlaku. Setelah Lama Berkahwin, Mereka Masih Belum Dikurniakan Anak. Apabila Nabi Khidir Ditanya Tentang Hal Ini, Jawapannya Sama Seperti Dahulu. Kemudian Raja Malkan Bertanya Kepada Isteri Kedua Nabi Khidir : ”Kamu Ini Adalah Janda Muda Yang Sudah Mempunyai Anak Sebelum Kahwin Dengan AnakKu, Kenapa Pula Kamu Tidak Memperolehi Anak Setelah Berkahwin Dengannya ?”

Isteri Kedua Nabi Khidir Pun Menjawab : ”Semenjak Kami Kahwin Sehingga Sekarang, Saya Tidak Pernah Disentuh Sama Sekali Oleh Beliau.” Kemudian Isteri Pertama Nabi Khaidir Dipanggil Dan Ditanya, Jawabannya Sama Belaka. Nabi Khaidir Dipanggil Oleh Raja Malkan Dan Dimarahi Dengan Bahasa Yang Kesat Serta Kasar. Sehingga Hati Nabi Khidir Terasa. Justeru Itu, Nabi Khidir Berasa Tidak Bahagia, Tidak Selesa Dan Tidak Tenteram Untuk Tinggal Di Istana Raja Malkan. Akhirnya Nabi Khidir Meninggalkan Istana Raja Malkan Dan Pergi Merantau

Raja Malkan, Ayahanda Kepada Nabi Khidir Amat Sedih Dan Menyesal Dengan Kejadian Itu. Justeru Raja Malkan Mengerahkan 100 Orang Mencari Nabi Khidir Ditempat Yang Berlainan, Sebelah Utara, Selatan, Timur Dan Barat. Mereka Berpecah Mengikut Kumpulan. Akhirnya, Sekumpulan Sepuluh Orang Berjaya Menemui Nabi Khidir Di Sebuah Pulau Yang Kecil Dan Terpencil.

Nabi Khidir Berkata Kepada Kumpulan 10 Orang Ini. ”Aku Akan Katakan Sesuatu Yang Bila Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Akhirat. Tetapi Jika Kamu Bocorkan Rahsia Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Diakhirat.” Mereka Kumpulan 10 Bertanya ”Apakah Rahsia Itu ?’ Namun Nabi Khidir Bertanya Lagi Kepada Mereka ”Adakah Orang Lain Yang Mencari Aku Selain Daripada Kamu Sekelian Yang Bersepuluh.” ”Ya, Ada” Balas Mereka. Nabi Khaidir Terus Berkata ”Jika Kamu Merahsiakan Pertemuan Kita Ini Daripada AyahandaKu Tentang Pertemuan Kita Di Pulau Kecil Ini. Sebabnya, Jika Kamu Beritahu Ayahanda Ku Tentang Pertemuan Kita Ini, Nanti Aku Akan Dibunuh Dan Kamu Juga Akhirnya Akan Dibunuh Selepas Itu,”

Namun Setelah Kumpulan Sepuluh Pekerja Istana Ini Pulang Ke Istana Malkan Dan Bertemu Raja Malkan, Sembilan Daripada Mereka Jujur Kepada Raja Malkan Dengan Memberitahu Bahawa Mereka Telah Bertemu Nabi Khidir. Manakala, Hanya Seorang Yang Merahsiakan Pertemuan Tersebut Daripada Raja Malkan. Sembilan Yang Mengaku Bertemu Nabi Khidir Dikerah Untuk Mencari Dan Membawa Pulang Nabi Khidir Ke Istana. Malangnya, Nabi Khidir Tiada Di Pulau Kecil Tersebut Kerana Beliau Telah Merantau Ke Tempat Yang Lain. Semua Sembilan Orang Pekerja Istana Ini Pulang Dengan Tangan Kosong Dan Mati Dihukum Pancung Oleh Raja Malkan. Yang Seorang Lagi Selamat Kerana Beliau Menjaga Rahsia Dan Telah Melarikan Diri Dari Istana Raja Malkan.

Isteri Kedua Nabi Khidir Si Janda Muda Itu Juga Turut Di Hukum Bunuh Kerana Menjadi Pencetus Kepada Kekacauan Yang Berlaku Dalam Istana Raja Malkan. Kerana Takut Dibunuh Oleh Raja Malkan, Bekas Isteri Pertama Nabi Khidir, Si Puteri Raja Lari Menginggalkan Istana Raja Malkan Bersama-sama Pekerja Istana Yang Menjaga Rahsia.

Akhirnya Mereka Berdua Bertemu Di Perantauan Dan Mereka Berjanji Untuk Menutup Rahsia Masing-Masing. Mereka Akhirnya Bertemu Jodoh Dan Berkahwin. Mereka Merantau Ke Mesir Dan Berkerja Dengan Raja Fir’aun Di Sana. Si Isteri Bekerja Sebagai Pengasuh Anak Perempuan Fir’aun. Dalam Sejarah Dia Dikenali Dengan Nama MASHITAH (Tukang Sikat Rambut). Sementara, Suaminya Pula Bekerja Sebagai Tukang Kayu, Namanya Ialah HIZQIL (Pembuat Kotak Yang Menghanyutkan Nabi Musa AS Ketika Bayi Di Dalam Sungai Nil).

Saturday 22 March 2014

SALAHUDDIN AL-AYYUBI SINGA PADANG PASIR


Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”


Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.


Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.


Salahuddin al Ayubbi terpaksa berdepan dengan golongan Syiah juga sebelum memerangi tentera salib. Salahuddin al-Ayubi telah mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir pada ketika itu dan juga menumpaskan pakatan Nusairiyah-Kristian. Baru selepas itu Salahuddin al-Ayubi menyatukan Ummat Islam mengembeling tenaga bagi menghadapi Salibiyah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam.


"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”. Kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa.


Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab. bukan berbangsa Palestin tapi mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?


Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..


Hebatnya Kau Salahuddin….


Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..


Penyabarnya kau Salahuddin..


Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.


Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.


Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..

Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..


Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.


Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal

akibat dibunuh oleh tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk

mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya

tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dahsyat

Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku

Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..


“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian


Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.


” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.


Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..


Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..


Hari itu, Langit begitu Cerah

Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.


Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.

Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H


Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin


Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.


Salahuddin Antara pengsan dan sedar.


Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan


“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”

(Al-Hasyr: 22)

Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,

Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

“Memang Benar”


Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.


Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.


Kata-kata Hikmah Salahuddin Al-Ayyubi 


1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
4. Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
5. Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
6. Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
7. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN

SHEIKH AL-SAYYID AHMAD AL-BADAWI



Sheikh al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah seorang wali Islam dan juga pengasas perintah Sufi Badawiyyah. Beliau dilahirkan di Fas, Maghribi pada 596 Hijrah dan meninggal dunia di Tanta, Mesir pada 675 Hijrah. Beliau telah banyak menyebarkan ilmu Allah di bumi Tanta dan juga dikenali dengan karamah beliau.


   Menurut penulis Islam yang terkenal al-Sayyid Muhammad Murtadā al-Zabidi (d. 1205 AH), nama penuh al-Sayyid Ahmad al-Badawi ialah Ahmad ibn 'Ali ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ismail ibn' Umar ibn 'Ali ibn Uthman ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Musa al-Ashhab ibn Yahya ibn' Isa ibn 'Ali ibn Muhammad ibn Hasan ibn Ja'far ibn' Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad ibn 'Ali ar-Rida ibn Musa al-Kazim ibn Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir ibn [Zain al-'Abidin]' Ali ibn al-Husayn ibn Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad (S.A.W), Syeikh Sayyidi adalah daripada keturunan Nabi Muhammad (S.A.W)


   Al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah anak bongsu daripada tujuh kanak-kanak al-Sayyid 'Ali (Radi Allah anhu). Adik-beradiknya adalah al-Hasan (anak sulung, lahir di 583 AH), Muhammad, Fatimah, Zainab, Ruqayyah, dan Fiddah. Malah dari usia muda, al-Sayyid Ahmad (Radi Allah anhu) sudah dikenali sebagai al-Badawi (badwi) kerana dia suka untuk menutup muka beliau, meniru tingkah laku penghuni padang pasir.Dan ketika beliau masih hidup di Fas, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) telah dibawa oleh saudara al-Sayyid al-Hasan beliau untuk bertemu dengan syeikh sufi dengan nama al 'Abd al-Jalil ibn' Abd -Rahman al-Naisabūrī, yang diiktiraf bakat rohani mudanya dan memberinya permulaan ke jalan Sufi.


    Pada 603 Hijrah, al-Sayyid 'Ali mendengar suara di dalam mimpinya memberitahu beliau untuk berhijrah ke Makkah al-Mukarramah. Jadi dia mengambil keluarganya, termasuk tujuh tahun lama al-Sayyid Ahmad al-Badawi, untuk bergerak ke Makkah al-Mukarramah. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira empat tahun. Mereka berhenti di beberapa tempat termasuk Kaherah, yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan al-Sultan Salehuddin al-Ayyubi.


   Apabila mereka akhirnya sampai ke Makkah al-Mukarramah, mereka telah disambut mesra oleh pemimpin shurafā '(keturunan Nabi Muhammad) Di Makkah al-Mukarramah, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) mengkaji dan menghafal Al-Quran. Beliau juga menghadiri pelajaran di al-Hadith dan al-Fiqh yang berdasarkan mazhab (sekolah pemikiran dalam Islam jurispudence) al-Imam al-Shafi'i (Radi Allah anhu).

   Selepas diperkenalkan kepada dunia tasawuf, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) akan menghabiskan banyak masa dalam pengasingan rohani. Salah satu tempat kegemaran beliau ialah di Jabal Abi Qubais, yang terletak berhampiran Masjid al-Haram.

   Dalam 633 Hijrah, dalam suatu penglihatan, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) rohani telah dikunjungi oleh al-Sheikh 'Abd al-Qadir al-Jilani (Radi Allah anhu) (d. 561 AH) dan al-Sheikh Ahmad al-Rifā'ī (Radi Allah anhu) (578 AH) yang menjemput beliau untuk melawat makam mereka.


   Pada keesokan harinya, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) meninggalkan Makkah al-Mukarramah dan diperintah untuk melawat makam orang-orang yang soleh di Iraq, yang diiringi oleh abangnya al-Sayyid al-Hasan (Radi Allah anhu ). Sebelum mereka sampai di Umm 'Abida, tempat berehat al-Sheikh Ahmad al-Rifā'ī (Radi Allah anhu), al-Sayyid al-Hasan memutuskan untuk kembali ke Makkah al-Mukarramah untuk bertemu keluarganya. Al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) meneruskan perjalanan sahaja dan bertemu dengan banyak pengembaraan 

   Dalam salah satu cerita yang mahsyur, ia adalah berkaitan bahawa manakala al-Sheikh Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah di Iraq, beliau telah ditawarkan oleh al-Syaikh 'Abd al-Qadir al-Jilani (Radi Allah anhu) dan al-Sheikh Ahmad al-Rifā'ī (Radi Allah anhu) [dalam bentuk rohani mereka] kunci kepada kerajaan Iraq, Yaman, India,dan semua tanah-tanah Islam di Timur dan Barat, dengan kunci berada dalam tangan mereka.Al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) tidak menerima tawaran tersebut. [Menurut satu versi cerita, al-Sayyid Ahmad al-Badawi berkata bahawa beliau hanya akan mengambil kunci dari tangan Nabi Muhammad saw sendiri.

   Selepas melawat makam orang-orang soleh di Iraq, termasuk nenek moyangnya al-Imam Musa al-Kazim (Radi Allah anhu), dan menerima  pencahayaan rohani selanjutnya selepas meluangkan masa dalam pertapaan di sana, al-Sayyid Ahmad al-Badawi ( Radi Allah anhu) pulang ke Makkah.


   Kembali di Makkah al-Mukarramah, al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) menceritakan kepada saudara al-Sayyid al-Hasan (Radi Allah anhu) ke atas tawaran itu satu kunci kepada kerajaan rohani oleh dua waliyullah Al-Sheikh 'Abd al-Qadir al-Jilani (Radi Allah anhu) dan al-Sheikh Ahmad al-Rifā'ī (Radi Allah anhu).


   Al-Sayyid al-Hasan (Radi Allah anhu) memberitahu kepada adiknya, "Sesungguhnya, orang-orang yang menjemput ke jalan Allah adalah kunci kepada kebaikan. Apa al-Sheikh 'Abd al-Qadir al-Jilani (Radi Allah anhu) dan al-Sheikh Ahmad al-Rifā'ī (Radi Allah anhu) mahu ialah bahawa anda mengikuti jalan mereka dalam mengajak orang kepada Allah. Dan jalan mereka adalah tidak lain daripada mengikuti al-Quran dan Sunnah. Ini adalah jalan yang benar (tarekat) dalam Islam. "

Al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) bersetuju dengan dan menghargai penjelasan yang diberikan oleh abangnya al-Sayyid al-Hasan (Radi Allah anhu).

   Beliau belajar al-Quran sepanjang masa. Beliau memiliki hati yang berani, dan telah dipanggil al-Badawi kerana kegagapan beliau. Apabila hidayah ilahi datang kepadanya, lemas dia dalam cinta kepada Allah, hidupnya benar-benar berubah. Beliau menjauhi orang ramai memakai serban untuk menutup mulut, dan berkomunikasi hanya melalui isyarat.


   Negeri itu terus berkembang sehingga dia menjadi kerana beliau dikenali. Dalam tidurnya dia melihat tiga kali seseorang berkata(Menurut kisah lain Rasulullah yang menemui beliau), "Berdiri dan pergi ke tempat matahari terbit. Jika anda sampai di sana, kemudian pergi ke tempat matahari terbenam. Kemudian perjalanan ke Tanta, kerana sesungguhnya ini adalah tempat anda, Wahai manusia muda! "Ini adalah di Syawal, 633 H.


    Al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) telah sangat baik diterima di Tanta. Ramai orang datang untuk melawat dia, kerana mereka mendapat manfaat daripada kehadiran dan ajarannya, dan juga dari Barakah yang mengalir melalui beliau. Ia telah dilaporkan bahawa al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) pernah berkata, (al-fuqarā ') adalah seperti buah zaitun. Antara mereka adalah orang-orang besar dan di kalangan mereka adalah orang-orang kecil. mereka yang tidak mempunyai "ilmu", saya akan memberi "ilmu" kepada mereka. saya akan membantu mereka dalam segala urusan mereka dan saya juga akan membantu mereka mengatasi masalah mereka. Tidak pada usaha saya dan kekuatan sendiri, tetapi melalui Barakah Nabi Muhammad (S.A.W).Syeikh Ahmad Badawi beribadah di atas bumbung masjid selama 40 tahun menunjukkan istiqamahnya beliau dalam beribadah kepada Allah.


  Antara karamah syeikh Ahmad Badawi ialah beliau selalu menyelubung mukanya dengan kain tanpa diketahui sebabnya oleh orang banyak. Semua orang tidak berpeluang untuk melihat wajahnya. Beliau juga pernah ditemui di Makkah, kemudian berada di tempat tinggalnya dalam jarak masa yang sangat singkat walaupun kediamannya adalah jauh dari Makkah. Yang demikian adalah mustahil bagi logik akal.


  Terdapat seorang muridnya yang menaruh keinginan yang amat sekali untuk melihat wajahnya. Imam Badawi menegaskan "kamu tidak akan sanggup melihat wajahku". Kerana didesak oleh muridnya itu dan dia berjanji sanggup menanggung risikonya, lalu Imam Ahmad Badawi menyelak selubung mukanya di hadapan murid tersebut. Murid itu walau bagaimana pun meninggal dunia di saat itu juga. Dikhabarkan, murid tersebut tidak mampu menahan cahaya nur yang cemerlang terpancar dari wajah indah Imam Ahmad Badawi.

Tuesday 18 March 2014

KISAH TERTUNDANYA HARI KEMATIAN



Suatu hari, Malaikat Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”“Ada apa dia datang menemuimu?”“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim.

Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam itu juga dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih ‘kematian’ tetap menjadi rahsia Allah. Pada keesokan paginya, Nabiyallah Ibrahim melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikat Maut menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, mempercepatkan atau melambatkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad Shallahu `Alaih bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah sedekah.

GUGURNYA PANGLIMA AGUNG ISLAM



Seorang sasterawan Inggris, Southy, menuliskan tentang pasukan Islam yang menyerbu daratan Eropa setelah menguasai Andalusia, dia berkata:

'Banyaknya pasukan tidak terhitung jumlahnya, ada yang dari suku Arab Barbar, Rom, Persia, Qibti, Tartar,⿦semua berkumpul di bawah satu panji, disatukan oleh panglima yang agung. Kekuatannya, semangatnya bergelora seperti api dan rasa persaudaraannya begitu mengagumkan, tak membeza-bezakan sesama manusia.

Dalam jiwa pemimpin dan yang dipimpin tertanam tekad yang bulat untuk berjuang. Mereka optimis akan kekuatannya yang tak terkalah, dan yakin bahwa pasukannya tak akan menemukan kesulitan. Optimis bahwa setiap langkah akan diikuti oleh kemenangan. Mereka terus maju dan maju hingga dunia Barat ditakluk pada dunia Timur, tunduk menghormati nama Muhammad saw.

Orang-orang dari kutub yang penuh dengan pegunungan ais yang dingin membeku datang jauh-jauh untuk melaksanakan haji. Melintasi sahara dengan kaki ayam dengan penuh iman, berjalan di gurun pasir yang panas di Arab, berdiri di atas batu-batu di Makkah."

Memang, apa yang dikatakan tidak jauh dari kenyataan. Khayalannya pun tidak meleset. Prajurit yang dipimpin oleh para mujahidin itu memang ingin membebaskan nenek moyang umat manusia dari kegelapan jahiliyah.

Ikut serta dalam pasukan tersebut orang-orang Arab yang perkasa. Allah telah membangkitkan mereka dan membimbing mereka untuk mendatangi kalian dari Syam, Hijaz, Najd, Yaman dan pelosok-pelosok jazirah Arab, menggulung segala sesuatu laksana badai. Mereka disertai pula oleh orang-orang Barbar yang bangga akan keislamannya, yang turun dari pegunungan Atlas, menyapu bagaikan air bah. Juga orang-orang Persia, yang telah terlepas dari belenggu paganisme dan masuk ke dalam agama tauhid, jalan yang lurus. Tak ketinggalan pula orang-orang Rom, mereka keluar dari kezaliman dan kegelapan menuju cahaya terangnya langit dan bumi dan menerima hidayah menuju agama yang suci. Kemudian orang-orang Qibti, yang bebas dari kehambaan dan belenggu yang mencekik leher, beralih kepada kehidupan yang bebas merdeka di bawah panji Islam, kembali suci seperti saat dilahirkan ibunya.

Tepat sekali, memang pasukan pimpinan Abdurrahman Al-Ghafiqi mahupun para penghulunnya datang untuk melepaskan umat manusia dari belenggu jahiliyah. Di antara mereka ada yang berkulit putih, hitam, Arab, dan Ajam (non-Arab). Tapi mereka bersatu dalam Islam. Nikmat Allah menjadikan mereka bersaudara. Semangat mereka seperti yang engkau sebutkan adalah untuk memasukkan orang-orang Eropah ke dalam agama Allah sebagaimana orang-orang di belahan bumi bahagian Timur dan Afrika. Sehingga umat manusia seluruhnya tunduk kepada Allah, pencipta alam semesta.

Dengannya cahaya Islam akan menyinari dataran dan lembah, mataharinya memancar di setiap rumah dan keadilan tegak di antara rakyat dan penguasa. Mereka bertekad mengorbankan nyawa mereka yang berharga untuk membimbing manusia ke jalan Allah dan menyelamatkan dari api neraka.

Kabar tewasnya Utsman bin Abi Nus'ah dan nasib puterinya yang jelita, Minin, mengejutkan Duke Octania. Dia sedar bahwa gendang perang telah ditabuh. Cepat atau lambat singa Islam, Abdurrahman Al-Ghafiqi akan menyerbu saja, tak peduli siang atau malam.

Kaisar Duke Octania segera mempersiapkan diri untuk mempertahankan setiap jengkal wilayahnya. Hanya saja bayang-bayang buruk selalu menghantuinya. Dia khuatir akan menjadi tawanan kaum muslimin seperti puterinya yang kini dikirim ke Syam. Dia takut kepalanya akan dipenggal kemudian ditaruh di atas talam dan diarak keliling kota seperti Loderik, raja Andalusia dahulu.

Dugaan Duke Octania tepat, tiba-tiba Abdurrahman Al-Ghafiqi benar-benar datang bersama pasukan yang luar biasa besarnya, menyerbu dari Spanyol utara bagai gelombang pasang dan turun ke wilayah Prancis selatan dari pegunungan Pyerenees laksana air bah. Prajuritnya mencapai 111 ribu orang dan setiap batalionnya didampingi oleh prajurit-prajurit pilihan yang bertubuh tinggi besar.

Prajurit Islam masuk melalui kota Arles yang terletak di tepi sungai Rhone. Pertimbangannya adalah kerana kota ini terikat perjanjian damai dengan muslimin dan telah menyetujui kewajiban membayar jizyah. Namun ternyata, setelah gabenor As-Samah bin Malik Al-Khaulani gugur di Toulouse dan kekuatan muslimin menjadi lemah, mereka melanggar perjanjian dan menolak membayar jizyah.

Kedatangan Abdurrahman Al-Ghafiqi dan pasukannya di perbatasan Azil, disambut oleh pasukan besar yang disiapkan oleh Duke Octania untuk menghambat gerak maju pasukan Islam. Dua kekuatan berhadapan. Perang besar tak terelak lagi.

Pasukan pertama yang dikerahkan Abdurrahman Al-Ghafiqi adalah pasukan khusus yang lebih mencintai mati daripada kecintaan musuh terhadap kehidupan. Mereka berhasil menggoyahkan dan memporak-perandakan barisan musuh. Pertempuran terus bergolak ke dalam kota. Pedang-pedang berlaga kiri-kanan. Pasukan Islam mendapatkan hasil di luar perhitungan.

Namun sayang, Duke Octania berhasil meloloskan diri dari medan beserta sisa-sisa pasukannya. Sehingga dia masih menyimpan kekuatan bersiap-siap pertempuran selanjutnya, sebab dia sedar bahwa pertempuran di Arles baru awal dari suatu perang yang panjang.

Bersama pasukannya, Abdurrahman Al-Ghafiqi menyeberangi sungai Garonne. Kemenangan demi kemenangan mereka raih. Satu demi satu kota-kota Octania dapat direbut melalui pasukannya, seperti daun-daun yang berguguran diterpa angin.

Duke Octania berusaha membendung pasukan Islam untuk kedua kalinya dengan mempersiapkan suatu pertempuran besar. Namun kali ini pun pasukan Islam mampu mengatasinya. Duke Octania kembali lolos meninggalkan pasukannya yang kucar-kacir. Banyak yang gugur, tidak sedikit yang tertawan dan ada pula yang lari dari medan perang.

Target serangan berikutnya adalah Bordeaux, kota terbesar di Prancis pada waktu itu sekaligus merupakan ibukota Octania. Perang untuk memerebut Bordeaux tak kalah serunya dengan peperangan yang telah lalu. Sistem pertahanannya tentu lebih kokoh. Tapi dengan perjuangan yang tak kenal lelah, kota besar ini dapat direbut oleh pasukan Islam seperti kota-kota lainnya. Para panglima musuh gugur sebagaimana teman-teman yang telah mandahului mereka.

Banyak sekali harta rampasan yang diperoleh dalam perang ini. Tapi yang lebih penting adalah jatuhnya Bordoeaux merupakan kunci pembuka kota-kota penting di Prancis lainnya, seperti Lyon, Besancon dan Sens sehingga posisi pasukan Islam saat itu tinggal seratus batu saja dari Prancis.

Dunia Eropah tersentak mendapati bahwa Prancis Selatan telah takluk di tangan Abdurrahman Al-Ghafiqi dalam waktu beberapa bulan saja. Maka dunia Barat terbuka akan bahaya besar yang menghadang mereka.

Bila tak mampu membendung dengan pedang, hendaknya menahan dengan dadanya. Bila senjata habis hendaknya jalanan ditutup dengan tubuh mereka. Eropa bangkit menyambut seruan itu. Orang-orang berkumpul dari dari segala penjuru dengan membawa apa saja yang dapat digunakan, batu-batu, kayu, duri dan pedang. Mereka bersatu padu di bawah komanda Karel Martel.

Dalam waktu yang bersamaan, pasukan muslim telah tiba di Tours, kota Prancis padat penduduknya dan menyimpan bangunan-bangunan tua yang indah. Kota ini bangga dengan gereja-gereja besarnya yang terindah di seluruh Eropah dan berisi penuh kekayaan yang tak ternilai harganya. Prajurit Islam siap berkorban nyawa untuk merebut kota ini. Dan benar, Tours jatuh di depan mata dan pendengaran Karel Martel.

Akhir bulan Sya'ban 114 H Abdurrahman Al-Ghafiqi bersama pasukannya yang gagah perkasa memasuki kota Poiters. Mereka disambut oleh pasukan besar Eropah yang dipimpin oleh Karel Martel. Perang dahsyat antara kedua pasukan itu tidak hanya tercatat dalam sejarah Islam dan Barat saja, melainkan juga dalam sejarah umat manusia. Pertempuran itu dikenal dengan nama Balath syuhada, kerana banyaknya prajurit Islam yang syahid.

Ketika pasukan Islam benar-benar dalam puncak kejayaan yang gemilang. Namun sayang, punggung-punggung mereka terlalu berat memikul hasil rampasan yang melimpah ruah. Abdurrahman Al-Ghafiqi menyaksikan itu dengan sedih dan khuatir. Beliau khuatir keadaan pasukan. Bagaimana boleh tenang sementara hati dan pikiran para prajuritnya mulai beralih kepada harta benda itu? Di saat-saat menentukan justru jiwa mereka terbagi, sebelah mata memandang musuh dan sebelah lagi melirik harta-harta rampasan.

Ingin sekali Abdurrahman Al-Ghafiqi menganjurkan pasukannya untuk melepaskan diri dari harta rampasan yang bertumpuk-tumpuk itu. Tapi mereka sangsi apakah mereka boleh menerima keputusan itu dengan senang hati. Maka tak ada jalan lain kecuali beliau harus mengumpulkan seluruh harta rampasan lalu diletakkan di belakang markas sebelum perang bergolak.

Dua pasukan yang sama besarnya mengambil posisi berhadapan. Beberapa hari suasana terasa tegang. Diam dan penuh selidik, seperti dua gunung besar. Masing-masing mengukur kekuatan lawan dan berpikir seribu kali untuk memilih saat yang tepat untuk menyerang.

Waktu demi waktu berlalu, Abdurrahman Al-Ghafiqi melihat semangat pasukannya mulai menyala.Maka beliau memutuskan agar pasukan Islam lebih dahulu menyerang.

Abdurrahman Al-Ghafiqi mulai menembusi pertahanan Barat dengan pasukannya laksana singa yang menerjang dengan ganas. Pihak Barat bertahan seperti benteng yang kukuh. Pertempuran bergelok sehari penuh dan belum terlihat tanda-tanda kemenangan pada salah satu pihak. Seandainya tak terhalang oleh gelapnya malam, nescaya mereka tak akan berhenti bertempur.

Memasuki hari kedua, pertempuran kembali berkobar. Pasukan Islam menyerang dengan gagah berani dan tekad yang kuat, namun pertahanan Barat belum pula tergugat.

Perang berlangsung hingga tujuh hari berturut-turut dengan dahsyat. Pada hari kedelapan, sedikit demi sedikit barisan musuh mulai terkoyak. Harapan menangpun mulai terbayang. Laksana pancaran cahaya fajar di pagi hari. Namun dalam waktu yang sama, sekelompok prajurit Barat menyerang tempat penyimpanan harta rampasan dan menguasai hampir seluruhnya dengan mudah. Melihat hal itu, pasukan Islam mulai goyah. Sebagian besar dari mereka mundur ke belakang untuk menyelamatkan harta rampasan tersebut hingga merosakkan pertahanan barisan depan.

Dengan gigih panglima besar Abdurrahman Al-Ghafiqi berusaha mencegah para prajuritnya surut ke belakang, sambil terus menahan arus serangan dari depan dan menutupi celah-celah yang lemah. Dia bergerak cepat kesana kemari dengan kudanya yang perkasa. Di saat itulah sebatang panah mengenai tubuhnya sehingga dia terjatuh dari kuda seperti seekor helang yang terjatuh dari puncak gunung. Maka terwujudlah syahid di medan perang yang didambakannya.

Akan halnya dengan pasukan Islam, melihat panglimanya gugur, mereka semakin berantakan, sedangkan musuh kian bersemangat mara ke depan. Tak ada yang mampu menghentikan keganasan mereka selain malam yang mulai merayap.

Pagi harinya Karel Martel mendapati pasukan Islam sudah mundur dari medan perang Poiters. Namun dia tidak berani mengejar. Padahal seandainya dia mengejarnya pastilah dia akan berhasil menghancurkan pasukan muslimin. Dia mengira bahwa gerakan mundur pasukan Islam disengaja untuk memancing mereka ke luar medan terbuka. Ia mengira itu merupakan strategi baru muslimin yang direncanakan malam sebelumnya. Maka Karel Martel memilih untuk tetap di tempat dan merasa cukup dengan membendung kekuatan yang membahayakan itu, lalu menikmati kemenangan yang diraihnya.

Balath Syuhada menjadi peristiwa dalam sejarah. Di hari itu kaum muslimin telah menyia-nyiakan kesempatan emas yang terbuka lebar, bahkan kehilangan seorang pemimpin besar dan pahlawan yang agung bernama Abdurrahman Al-Ghafiqi. Peristiwa itu laksana ulangan tragedi Uhud yang memilukan.

Begitulah, semuanya telah menjadi sunnatullah terhadap hamba-hamba-Nya, tak ada yang kuasa merubah atau menggantinya.

Kabar kekalahan di Balath Syuhada menjadi tamparan yang menggoncangkan kaum muslimin di segenap pelosok. Duka dan pilu melanda setiap desa dan kota, memasuki setiap rumah Islam. Luka itu hingga kini masih terasa pedihnya, dan akan tetap diingat selagi masih ada seorang muslim yang ada di permukaan bumi ini. Tapi jangan Anda sangka tragedi itu hanya menyedihkan kaum muslimin saja. Orang-orang Barat yang berakal sehat pun merasakan demikian. Bagi mereka, kemenangan nenek moyang mereka atas kaum muslimin di Poitiers merupakan musibah besar bagi umat manusia, khususnya merugikan Eropa dalam mencapai kemajuan.

Thursday 13 March 2014

KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT



Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. 

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut. Iman kita bagaimana pula?. Apakah sehebat iman Sang Semut?. 

CALON PENGHUNI SYURGA



Husen bin Salam adalah Ketua Pendeta Yahudi di Madinah. Walaupun penduduk Madinah berlainan agama dengannya, namun mereka menghormati Husen. Kerana di kalangan mereka, ia dikenal baik hati, istiqamah dan jujur.

Husen hidup tenang dan damai. Baginya waktu sangat berguna. Kerana itu, ia membahaginya dalam tiga bahagian. Sepertiganya ia pergunakan untuk belajar dan beribadah. Sepertiga lainnya ia habiskan di kebun untuk merawat dan membersihkan tanaman. Sepertiga lagi untuk membaca Taurat dan mengajarkannya kepada orang lain.

Setiap kali menemukan ayat Taurat yang mengkhabarkan tentang kedatangan seorang nabi di Madinah, ia selalu membacanya berulang-ulang dan merenunginya. Dipelajarinya lebih mendalam tentang sifat-sifat dan ciri-ciri nabi yang ditunggu-tunggunya itu. Ia sangat gembira ketika mengetahui orang yang ditunggunya itu telah muncul dan akan berhijrah ke Madinah. Kerana itu, ia selalu berdoa agar Allah memanjangkan usianya supaya dapat bertemu dengan nabi yang ditunggu-tunggunya dan menyatakan imannya.

Allah memperkenankan doa dengan memanjangkan usianya dan mempertemukannya dengan penutup para nabi, Muhammad SAW. Ketika pertama kali mendengar kedatangan Nabi SAW, Husen bin Salam memadankan sifat-sifatnya dengan yang ia ketahui dari Taurat. Begitu banyak persamaan-persamaan tersebut, ia yakin benar bahawa orang yang ia tunggu telah datang. Namun hal itu ia rahsiakan terhadap kaum Yahudi.

Tatkala Rasulullah ke Madinah dan tiba di Quba', seorang juru panggil berseru menyatakan kedatangan beliau. Saat itu Husen bin Salam sedang berada di atas pohon kurma. Makciknya, Khalidah binti Harits, menunggu di bawah pohon tersebut. Begitu mendengar kedatangan Rasulullah, ia berteriak, "Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Mendengar teriakan itu, makciknya berkata, "Kamu akan kecewa. Seandainya saja kamu mendengar kedatangan Musa bin Imran, kamu tidak dapat berbuat apa-apa."

"Wahai makcik, demi Allah, dia adalah saudara Musa bin Imran. Dia dibangkitkan membawa agamanya yang sama," kata Husen.

"Diakah Nabi yang kau ceritakan itu?" tanya makciknya.

"Benar!" jawabnya lalu bergegas menemui Rasulullah yang sedang dikerumuni orang banyak. Setelah berdesak-desakan, akhirnya Husen berhasil menemui beliau.

Sabda beliau pertama kali adalah, "Wahai manusia, sebar luaskan salam. Beri makan orang yang kelaparan. Solatlah di tengah malam, ketika orang banyak sedang tidur nyenyak. Pasti kamu masuk surga dengan bahagia."

Husen bin Salam memandangi Rasulullah dengan saksama. Ia yakin, wajah beliau tidak menunjukkan raut membohong. Perlahan Husen mendekat seraya mengucapkan dua kalimah syahadat.

Rasulullah bertanya padanya, "Siapa namamu?"

"Husen bin Salam," jawabnya.

"Mestinya Abdullah bin Salam," kata Rasulullah mengganti namanya dengan yang lebih baik.

"Saya setuju," kata Husen. "Demi Allah yang mengutus engkau dengan benar, mulai hari ini saya tidak ingin lagi memakai nama lain, selain Abdullah bin Salam."

Setelah itu Abdullah bin Salam pulang. Ia mengajak seluruh keluarganya termasuk makciknya, Khalidah, yang saat itu sudah lanjut usia untuk memeluk Islam. Mereka menerima ajakannnya. Abdullah meminta keluarganya untuk merahsiakan keislaman mereka dari orang-orang Yahudi hingga waktu yang tepat.

Tak berapa lama kemudian, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat, saya meminta engkau memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka tahu kalau saya masuk Islam. Serulah mereka kepada agama Allah, saya akan bersembunyi di bilikmu mendengar reaksi mereka."

Rasulullah menerima permintaan tersebut. Beliau memasukkan Abdullah ke dalam bilik dan mengumpulkan para pemuka Yahudi. Rasulullah membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur'an dan mengajak mereka memeluk Islam. Namun orang-orang Yahudi itu menolak, bahkan membantah kata-kata beliau.

Setelah mengetahui bahawa mereka enggan menerima seruannya, Rasulullah bertanya, "Bagaimana kedudukan Husen menurut kalian?"

"Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka kami," jawab mereka.

"Bagaimana pendapat kalian kalau dia masuk Islam? Mahukah kalian mengikutinya?" tanya Rasulullah.

"Tidak mungkin! Tidak mungkin dia masuk Islam," jawab mereka serentak.

Tiba-tiba Abdullah bin Salam keluar dari bilik Rasulullah dan menemui mereka seraya berkata, "Wahai kaum Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad benar-benar utusan Allah. Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat? Demi Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Aku beriman kepadanya dan membenarkan segala ucapannya."

"Bohong!" jawab mereka. "Kau jahat dan bodoh, tidak dapat membezakan mana yang benar dan salah!"

Mereka pun meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah SAW. "Kau lihat, wahai Rasulullah. Orang-orang Yahudi itu pendusta dan sesat. Mereka tidak mau mengakui kebenaran walaupun di depan mata," ujar Abdullah.

Abdullah bin Salam menerima Islam seperti orang yang kehausan dan merindukan jalan ke telaga. Lidahnya selalu basah oleh untaian ayat-ayat Al-Qur'an. Ia selalu mengikuti seruan Rasulullah sehingga beliau mengkhabarkannya berita gembira tentang surga.