Tuesday 12 May 2015

KISAH PERCUBAAN FUDHOLAH BIN UMAIR MEMBUNUH RASULULLAH


Pada suatu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf di Ka’bah, seorang laki-laki yang berpura-pura Islam bernama Fudholah bin Umair datang ke Mekah dengan maksud hendak membunuh baginda. Dia menyembunyikan pisau di badannya dan menyelinap dalam rombongan orang-orang yang bertawaf dan mendekati Rasulullah SAW. Saat dia sudah berada dekat di samping Rasulullah saw dan mempunyai peluang untuk membunuh baginda, tiba-tiba dia terkejut Rasulullah SAW memandangnya. Allah telah pun memberitahu Rasulullah apakah hasrat yang terkandung didalam hati Fudholah.

Baginda berkata, “Wahai Fudholah, apa yang engkau bicarakan dengan hatimu?”
Fudholah menjawab, “Wahai Rasulullah, saya hanya bertawaf. Saya mengingat Allah.”

Lalu Rasulullah diam dan melanjutkan tawafnya. Fudholah mengikutinya untuk kedua kalinya dan berjalan dengan tawaf di belakang Rasulullah.

Tak selang berapa lama, Rasulullah menoleh lagi kepadanya dan berkata, “Apa yang engkau bicarakan dengan hatimu?”
Saya ingin anda merasakan melihat bagaimana wajah Rasulullah memandang kepada laki-laki itu. Termasuk dalam budi pekerti beliau bahwa sesungguhnya Rasulullah tidak pernah menyembunyikan senyumannya kepada siapapun.

Seorang laki-laki yang penuh dengan kebencian dan ingin membunuh, Rasulullah menoleh kepadanya dan
memandangnya dengan tersenyum. Saat pertama kali, memandangnya dengan tersenyum. Saat kedua, memandangnya dengan tersenyum kepadanya.
Fudholah menjawab, “Wahai Rasulullah, saya mengingat Allah dan bertawaf.”

Rasulullah tersenyum dan melanjutkan tawafnya. Lalu laki-laki itu mengikutinya.
Ketiga kali, Rasulullah menoleh kepadanya dan berkata, “Wahai Fudholah, apa yang engkau bicarakan dengan
hatimu?”
Fudholah menjawab, “Wahai Rasulullah, aku mengingat Allah.”
Kemudian Rasulullah menoleh kepadanya.

Rasulullah menoleh kepadanya dan lalu meletakkan tangan beliau di dada laki-laki itu. Dada yang penuh dengan kebencian dan kemarahan. Begitu Rasulullah menaruh tangan di dadanya, Fudholah berkata, “Demi Allah. Saat ia meletakkan tangannya didadaku, tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang paling aku benci melebihi dirinya. Namun setelah ia mengangkat tangannya dari dadaku, tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang paling aku cintai melebihi dirinya.”

Pada hari ini, kita banyak menjumpai orang-orang yang mewarisi karakter Fudholah. Mereka ada di tengah-tengah masyarakat dimana kita hidup disana. Akan tetapi, dada-dada mereka selalu sangat memerlukan orang-orang yang mewarisi karakter Rasulullah SAW untuk menghilangkan karakter-karakter keji dari dada-dada mereka yang penuh kemarahan dan kebencian.

Mereka yang mewarisi karakter Fudholah menunggu kita yang boleh mewarisi karakter Rasulullah SAW. Kejahatan dibalas dengan kebaikan.

Inilah bentuk jihad yang kita perlukan saat ini. Disini di masyarakat kita. Kerana sesungguhnya kita perlu untuk berjihad melawan nafsu dan ego kita. Sampai mampu menundukkannya. Sehingga mampu mendidiknya. Sampai dapat meninggikan kedudukan disisi Allah. Supaya mampu untuk memberikan pertolongan kepada siapa saja yang hidup di muka bumi ini.

Inilah yang dimaksud kalam Rasulullah SAW, “Berkata perkataan yang baik adalah sedekah”

Saat ini dengarkan orang-orang yang berkata, “Berkata perkataan yang baik adalah sia-sia.” Baiklah, kami hormati.
Akan tetapi rujukan kita Rasulullah SAW yang berkata bahawa berkata perkataan yang baik adalah sedekah. Saya tak mampu meninggalkan perkataan Rasulullah dan mengambil perkataan orang lain.

“Berkata perkataan yang baik adalah sedekah”

Saturday 2 May 2015

KISAH BENAR, AJAIB DAN ANEH


Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:

Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua tangannya!” Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersedekahlah kepadaku.” Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersedekah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersedekah.” 

Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi kerana Allah agar bersedekah kepadaku.” Wanita itu pun bersedekah dengan dua keping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya.

Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibu raja agar menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong. Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin.

Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut. Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir.

Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas. Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?” Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.” “Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut. “Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut. 

Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami adalah dua roti yang kamu bersedekah dengannya.” 

Kelebihan bersedekah adalah besar dan kisah-kisah serta hikayat-hikayat adalah banyak namun cukuplah sekadar yang berfaedah bagi kita. Kalaulah bagi sedekah salah satu kelebihan ini maka adalah wajar sangat kita melakukannya apatah lagi kalau semua ini datang kepadamu hasil daripada bersedekah walaupun dengan satu Riyal sahaja. Janganlah memandang enteng kepada sebarang perkara ma’ruf. Bersedekahlah kerana ia mendatangkan pahala dan menolak bala dari dirimu.

BAJU BARU UNTUK ANAK KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan.

Dikisahkan bahwa anak perempuan khalifah Umar bin Abdul Aziz masuk keruangan ayahnya sambil menangis. Ketika itu ia masih seorang gadis kecil. Waktu itu adalah hari raya. Lalu beliau bertanya: Apa yang membuatmu menangis?

Ia menjawab:

Seluruh anak-anak memakai pakaian baru….

Sementara aku anak seorang khalifah memakai pakaian yang sudah usang..

Umar tersentuh melihat tangisan anaknya. Kemudian beliau pergi menemui penjaga baitul mal, dan mengajukan permintaan kepadanya…

Bolehkah aku mengambil gajiku untuk bulan depan?

Penjaga baitul mal bertanya:

Kenapa wahai Amirul Mu’minin?

Lalu dia menceritakan keadaan anaknya.

Penjaga baitul mal menjawab: Tidak ada masalah, tapi dengan satu syarat…

Umar bertanya: Apa syaratnya?

Penjaga baitul mal: Jika tuan boleh memberikan jaminan kepadaku bahwa tuan akan hidup sampai bulan depan, supaya boleh terus bertugas dan mendapatkan gaji yang ingin tuan ambil terlebih dulu, maka saya akan luluskan permohonannya.

Khalifah Umar langsung meninggalkannya dan kembali menemui anaknya.

Anaknya bertanya: Apa yang sudah terjadi ayah ?

Beliau menjawab: Apakah kalian boleh bersabar dan kita masuk surga bersama-sama, atau kalian tidak boleh bersabar dan ayahmu masuk neraka?

Mereka menjawab: Kami akan sabar wahai ayahanda.



ISLAMNYA SEORANG YAHUDI DI TANGAN IMAM IBNU HAJAR


Al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (773-852 h) rahimahullah pensyarah Sahih al-Bukhari(Fathul Bari) adalah seorang qodhi ataupun hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kenderaan yang ditarik oleh kuda-kuda atau keledai-keledai dalam sebuah arak-arakan.

Pada suatu hari, beliau dengan kenderaannya melewati seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor dengan minyak dan sangat selekeh. Melihat arak-arakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikan kenderaannya.

Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar:
“Wahai Syaikhul Islam, sesungguhnya Nabi kalian berkata:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
” Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan syurganya orang kafir. ” (HR. Muslim no 2956)

Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam arak-arakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku (yang kafir) dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”

Maka Imam Ibnu Hajar menjawab: “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenimatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan syurga adalah seperti sebuah penjara. Sedangkan penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang azab neraka itu seperti sebuah syurga!”

Maka si yahudi itu lantas mengucapkan syahadah, masuk Islam tanpa berpikir panjang..

Sumber : Kitab Hasyiatul Baijuri Ala Jauharati at-Tauhid