Thursday 30 April 2015

KISAH SEEKOR KUCING DAN WALI ALLAH


Ada satu kisah yang mana seorang wali Allah dari Mesir iaitu Al Arifbillah Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah pernah terjumpa dengan seekor kucing, kemudian beliau membawa balik kucing itu ke rumahnya untuk dibela. Jadi, setiap hari beliau membeli daging atau ikan untuk memberi makan kepada kucing itu. 

Satu hari, beliau tidak mempunyai duit, apabila beliau balik ke rumahnya kucing itu datang dekat kepada kakinya dan sambil kucing itu berbunyi. Kemudian, beliau duduk di atas kerusi dan berkata kepada kucing itu. " Mintak maaf, hari ini aku tidak ada duit untuk membeli makanan untukmu, aku tidak boleh memberi makanan untuk kamu hari ini".

Kemudian, kucing itu berhenti berbunyi dan senyap sambil melihat syeikh. Selepas itu, kucing itu keluar dari rumah dan tidak lama kemudian kucing itu membawa balik seekor tikus dan meletak di hadapan syeikh. Kemudian, syeikh berkata: "Aku mintak maaf, aku tahu bukan aku yang memberi rezeki, aku silap sebut tadi".

Maknanya, kucing itu nak memberitahu bahawa bukan syeikh atau manusia yang memberi rezeki tapi Allah yang memberi rezeki.

Wali Allah, Al Imam Al Azhari Al Arifbillah As Sayyid Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah. Keturunan rasulullah dari sebelah Sayyidina Husein.

GUGURNYA AIR MATA RASULULLAH SAW


Diriwayatkan daripada Sayidina ‘Umar bin Al-Khattab RA, bahawa beliau telah berkata: Malaikat Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak selalunya dia datang. Lalu Rasulullah SAW datang kepada Jibril dan berkata:
“Wahai Jibril, mengapa aku melihat wajahmu berubah?” Lalu Jibril AS berkata: “ Tidaklah aku datang kepadamu sehinggalah Allah SWT telah memerintahkan aku dengan nyalaan api neraka.” Maka Rasulullah SAW berkata kepada Malaikat Jibril AS: “Wahai Jibril, gambarkanlah kepadaku tentang neraka, dan sifatkanlah kepadaku tentang Jahannam.”

Lalu Malaikat Jibril As berkata:”Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepada neraka Jahannam agar dinyalakan selama 1000 tahun, sehingga apinya berubah menjadi putih, kemudian diperintahkan oleh Allah SWT lagi agar dinyalakan selama 1000 tahun lagi sehingga apinya menjadi merah. Kemudian diperintahkan oleh Allah SWT agar dinyalakan selama 1000 tahun lagi sehingga apinya menjadi hitam sehitam-hitamnya sehingga tidak hilang lagi nyalaannya, dan tidak padam lagi baranya. Dan demi (Tuhan) yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, jika neraka Jahannam terbuka sebesar lubang jarum, nescaya akan mati seluruh manusia yang berada di bumi kerana kepanasannyadan demi (Tuhan) yang telah mengutus engkau dengan kebenarannya, jika salah satu penjaga daripada penjaga-penjaga neraka muncul di hadapan ahli dunia nescaya akan matilah keseluruhannya mereka disebabkan oleh rupa yang sangat buruk dan baunya yang sangat busuk. Dan demi (Tuhan) yang mengutus engkau dengan kebenaran, jika salah satu rantai dan rantai-rantai yang dipakai oleh ahli neraka yang telah disebut oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya diletakkan di atas gunung, nescaya akan hancur leburlah gunung sehingga ke bumi yang paling bawah.”

Maka Rasulullah SAW berkata: “ Cukuplah wahai Jibril, hatiku tidak dapat menaggungnya lagi kerana aku pasti akan mati (jika terus mendengarnya). Kemudian Saiyidina ‘Umar berkata: Lalu Rasulullah SAW melihat kepada Jibril dan kelihatan Jibril menangis, lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai Jibril mengapa kamu menangis sedangkan Allah SWT telah meletakkan tempatmu sebagaimana kamu sekarang?” Lalu Jibril AS berkata: “Bagaimana aku tidak menangis? Akulah yang lebih utama untuk menangis keran mungkin sahaja di dalam ilmu Allah aku bukanlah di tempat yang tidak sepatutnya aku berada. Dan aku tidak tahu mungkin sahaja aku akan ditimpakan ujian sebagaimana yang telah ditimpakan kepada iblis sedangkan dia juga daripada kalangan malaikat. Dan aku tidak mengetahui mungkin sahaja aku akan diuji sebagaimana yang telah diuji kepada malaikat Harut dan Marut.” Saiyidina ‘Umar selanjutnya berkata: “Maka Rasulullah SAW menangis. Malaikat Jibril juga menangis. Tangisan mereka berdua tidak berhenti sehinggalah diseru nama kedua-duanya – Wahai Jibril dan wahai Muhammad SAW, sesungguhnya Allah SWT telah mengamankan kamu berdua daripada melakukan maksiat kepada-Nya. Lalu naiklah malaikat Jibril AS. Dan keluarlah Rasulullah SAW lalu mendatangi sekumpulan orang Ansar yang sedang ketawa dan bermain dan Nabi SAW berkata kepada mereka : “ Kamu bersuka ria sedangkan di belakang kamu neraka Jahannam? Maka sekiranya kamu mengetahui tentang apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, dan kamu akan menolak makanan dan minuman serta keluar ke muka-muka bumi kerana tunduk dan patuh kepada Allah SWT.” 

( Al-Tarqhib Wa Al-Tarhib, Juzuk ke-4 M/S248. Turut diriwayatkan oleh Imam Al-Tabarani di dalam kitab Al-Awsat, Hadis bernombor: 5538)

KISAH NABI DAUD DAN ULAT


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam tempat ibadatnya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Saturday 25 April 2015

DISIPLIN IMAM IBNU JARIR AT-TABARI


Beliau seorang ahli tafsir dan sejarawan yang masyhur. Lebih-lebih lagi dengan dua kitab agung beliau yang berjillid-jilid, Tafsir At-Tabari dan Tarikh At-Tabari yang dirujuk dunia.

Beliau juga terkenal dengan disiplinnya terhadap ilmu pengetahuan. As-Simsimi berkata: Beliau menulis setiap hari empat puluh helaian dalam masa empat puluh tahun!

Muridnya (al-Qadhi Abu Bakar) telah meriwayatkan bahawa beliau seorang yang sangat menjaga rutin hariannya. Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor. Sejurus kemudian beliau akan mula menulis hingga masuk waktu Asar. Apabila selesai menunaikan Fardhu Asar, dia akan bersama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga Maghrib. Selepas Maghrib pula beliau akan mengajar ilmu Fiqh sehingga larut malam.

Jika kita perhatikan, betapa beliau pandai membahagikan masa dan usianya demi kepentingan agama, masyarakat dan dirinya sendiri.

Beliau tidak pernah membazirkan walaupun sesaat pada perkara yang tidak berfaedah, masa baginya biarlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun mengambil faedah daripada orang lain dan memberi faedah kepada masyarakat. 

Inilah dia ikutan kita, seorang ahli agama yang mujtahid, yang menggadaikan umurnya semata-mata untuk ilmu, agama, untuk Allah, dan untuk beribadah.

Dalam kisah yang lain, antara lainnya mengisahkan kehidupan Imam at-Tabari yang tidak boleh terpisah daripada ilmu. Kisah ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat beliau (al-Murafi bin Zakaria) yang datang menziarahi waktu sakitnya. 

Apabila Imam at-Tabari mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata, tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian beliau menulis doa tersebut. Salah seorang daripada mereka bertanya: "Apakan kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini?"

Jawab beliau: "Sememangnya menjadi kewajipan setiap manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga kita mati." 

KEJUJURAN DIBALAS KEMAKMURAN HARTA DAN JODOH


  Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbali ra.a berkata dalam kitabnya Dzailu Thabaqatil Hanabilah(I :196) tentang biografi Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi Al-Baghdadi Al-Bazzaz Al-Anshari (wafat tahun 535 H. di Baghdad):

“Syaikh Shalih Abul Qasim Al-Khazzaz Al-Baghdadi menuturkan,”Aku mendengar Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi bin Muhammad Al-Bazzaz Al-Anshari bercerita, ’Aku pernah tinggal di Mekah -semoga Allah menjaganya-. Pada suatu hari, aku ditimpa kelaparan yang dahsyat. Aku tidak memiliki apapun untuk melawan rasa lapar. Aku menemukan sebuah kantung sutera yang terikat dengan tali dari kain sutera pula. Aku mengambilnya dan membawanya pulang ke rumah. Aku membukanya dan ternyata isinya adalah sebuah kalung mutiara yang belum pernah aku lihat sebelumnya.

Aku keluar, dan mendengar ada seseorang yang telah berusia lanjut mencari kalung itu. Ia membawa kantung berisi wang 500 dinar. Ia berkata, ”Ini adalah hadiah bagi siapa saja yang mengembalikan kantungku yang berisi mutiara.” Aku berbisik dalam hati, ‘Aku sedang memerlukan dan lapar. Aku akan mengambil dinar tersebut dan memanfaatkannya. Aku akan mengembalikan kantung berisi mutiara ini kepadanya.’

Aku berkata kepadanya, ’Kemarilah bersamaku.’ Aku membawanya ke rumahku. Ia menyampaikan kepadaku ciri-ciri kantung itu, tali pengikatnya, dan mutiara yang berada di dalamnya. Maka, aku mengeluarkan kantong itu dan mengembalikan kepadanya. Ia menyerahkan 500 dinar kepadaku, tetapi aku tidak mahu mengambilnya. Aku berkata, ‘Aku harus mengembalikannya kepadamu, dan tidak akan mengambil upah.’ Ia berkata kepadaku, ”Kamu harus menerimanya.” Ia terus mendesakku, tetapi aku tetap menolaknya. Maka, iapun meninggalkanku dan pergi.

Selanjutnya, aku pergi meninggalkan kota Mekah. Aku mengharungi lautan. Tiba-tiba, perahu kami pecah, dan para penumpangnya tenggelam. Harta mereka musnah. Aku selamat dengan berpegangan pada pecahan kayu perahu tersebut. Aku terombang-ambing di lautan untuk beberapa waktu, tanpa tahu kemana air akan membawaku. Aku terdampar di sebuah pulau yang ada penduduknya. Aku singgah di sebuah masjid. Orang-orang mendengarku membaca Al-Qur’an. Semua orang yang tinggal di pulau tersebut mendatangiku dan berkata, “ Ajarilah aku membaca Al-Qur’an.” Maka, aku pun mendapatkan banyak harta dari mereka.

Di masjid itu aku melihat beberapa lembar kertas mushaf. Aku pun mengambil dan membacanya. Orang-orang bertanya kepadaku, ”Anda bisa menulis?” ‘Ya,’ jawabku. Mereka berkata, “Ajarilah kami menulis.” Maka, mereka datang membawa anak-anak mereka, baik yang masih kecil mahupun para pemudanya. Aku pun mengajari mereka, dan aku mendapatkan imbalan harta yang melimpah. Setelah itu, mereka berkata kepadaku, “Disini ada seorang anak perempuan yatim. Ia memiliki banyak harta, dan kami ingin Anda menikahinya.” Aku menolak, namun mereka berkata,”Ini harus!” Mereka terus memaksaku, dan akhirnya akupun mengiyakannya.

Ketika mereka membawanya kepadaku, mataku terbelalak melihatnya. Aku melihat sebuah kalung tergantung di lehernya. Aku terpaku memandanginya. Mereka berkata, ”Wahai Syaikh, Anda telah mematahkan hati wanita yatim ini dengan pandanganmu kepada kalung itu. Mengapa Anda memandangnya seperti itu?” Aku pun menceritakan kisah kalung mutiara yang pernah kutemukan dulu kepada mereka. Mereka terperanjat, lalu mengucapkan takbir dan tahlil, hingga terdengar oleh seluruh penduduk pulau. Aku bertanya ‘Ada apa dengan kalian?’ Mereka menjawab, “Syaikh, yang memiliki kalung itu adalah ayah wanita ini. Ia pernah mengatakan, “Aku belum pernah menemukan seorang muslim sejati di dunia ini, selain orang yang telah mengembalikan kalungku ini kepadaku.” Lalu, dia berdoa, ”Ya allah, kumpulkanlah ia denganku, sehingga aku dapat menikahkannya dengan putriku.” Dan sekarang hal itu telah terjadi!.

Aku tinggal di pulau itu, dan aku dikurniakani dua orang anak. Setelah wanita itu wafat, aku mewarisi kalung tersebut bersama kedua anakku. Lalu, kedua anakku pun wafat, sehingga kalung itu menjadi milikku. Aku menjualnya seharga 100.000 dinar. Harta yang kalian lihat bersamaku ini adalah sisa-sisa dari harta tersebut.”

Sumber : Shafahat min Shabril ‘Ulama’ Karangan Syaikh Abdul Fatah Abu Ghuddah 

BAU WANGI DARI SETIAP LANGKAH BINATANG TUNGGANG IMAM AZ-ZUHRI


"Aku tidak menyangka bahwa ada orang yang menguasai ilmu seperti Ibnu Syihab". (Rabiah ar-Ra'yi Rah.a) 

Diantara keagungan dan wujud Maha kuasa Allah adalah menjadikan Imam ini keturunan dari orang-orang yang paling banyak memusuhi Nabi SAW. Namun, Allah-lah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Allah Maha kuasa menciptakan laki-laki ini: Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab az-Zuhri al-Quraisy. Ia lahir dikota Syam. Dalam lembaran sejarah, ia dikenal dengan nama Imam az-Zuhri.

Ia dikurniakan usia panjang. Muhammad az-Zuhri sempat bertemu dengan sebagian sahabat Nabi SAW, bertemu dengan 11 sahabat dan mengambil ilmu dari mereka. Ia meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Sahl bin Sa'ad, Saib bin Yazid dan beberapa sahabat lainnya. 

Muhammad az-Zuhri sangat mencintai ilmu. Ia bersedia melakukan perjalanan panjang untuk menuntut ilmu. Begitu cintanya pada ilmu sehingga dengan bangga ia berkata:
'Tidaklah kesabaran seseorang terhadap ilmu seperti kesabaranku. Tidak juga mereka menyebarkannya seperti diriku."

Jika ia masuk ke rumah, ia langsung bergelumang dengan buku sehingga melupakan hal-hal lain. Ketika isterinya masuk. Muhammad az-Zuhri selalu bersama bukunya. Sang isteri sampai cemburu. Tapi, wajarkah seseorang cemburu terhadap buku. Cemburu pada buku yang telah menyita waktu suaminya? Sang isteri pernah berdiri disampingnya seraya berkata:
'Demi Allah, kecemburuanku pada buku-buku ini lebih besar daripada tiga wanita?"

Beginilah Muhammad az-Zuhri menghabiskan waktunya. Untuk itu, ia selalu mendampingi para ulama. Ia pernah berkata,"Haiwan tungganganku berjalan mengiringi Said bin Musayyib selama lapan tahun."

Lihat juga keseriusan Muhammad az-Zuhri terhadap ilmu ketika dia menyertai Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah, salah seorang ahli fiqih Madinah. Muhammad az-Zuhri melayaninya layaknya seorang pembantu melayani tuannya. Ketika pembantu sebenarnya Ubaidillah pergi, Muhammad az-Zuhri datang mengetuk pintu.

'Siapa didepan pintu," tanya Ubaidillah.
Pembantu Ubaidillah menjawab," Pelayanmu!"

Ubaidillah mengira pembantunya. Padahal, dia adalah Muhammad az-Zuhri.

Kerana itu, tidak heran kalau Muhammad az-Zuhri banyak mengumpulkan ilmu. Benarlah Laits bin Sa'ad memberikan pujian, 'Aku tidak mengetahui ada orang alim yang mengumpulkan banyak ilmu daripada Ibnu Syihab."

Suatu ketika, Muhammad az-Zuhri pergi ke Madinah. Disana ia bertemu dengan Rabiah ar-Ra'yi. Keduanya pun masuk ke pejabat hingga waktu asar . Muhammad az-Zuhri berkata,"Aku tidak menyangka bahwa di Madinah ada orang sepertimu."

Rabiah ar-Ra'yi keluar seraya berkata,"Aku tidak menduga bahwa ada orang yang menguasai ilmu seperti Ibnu Syihab."Maksudnya, Muhammad az-Zuhri.

Ia juga mendapat pujian dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz,"Bagi Ibnu Syihab, Sungguh kalian tak akan menemukan seseorang yang lebih mengetahui Sunnah terdahulu darinya."

Imam az-Zuhri juga dikurniakan Allah dengan kekuatan menghafal dan mengingat. Ia sangat bersyukur dengan kurniaan ini. 'Tidak ada sesuatu pun yang diterima hatiku yang kulupakan." Ia juga berkata,"Aku tidak pernah ragu terhadap hafalan hadisku kecuali satu hadis. Aku pun menanyakan pada salah seorang sahabatku. Ternyata seperti yang kuhafal."

Muhammad az-Zuhri tidak hanya bergantung kepada banyak ilmu, tapi juga mengamalkannya. Suatu ketika Muhammad bin al-Munkadir melihatnya lalu berkata," Aku melihat diantara dua mata az-Zuhri ada tanda bekas sujud." Ini menunjukan banyaknya ibadah sang imam.

Perhatikan juga kedalaman ilmu fiqihnya. Dia berbuka pada puasa Ramadhan ketika musafir. Namun saat hari Asyura' ketika safar, dia justru berpuasa. Saat ditanya mengapa dia berbuka dan kadang berpuasa ketika musafir, ia menjawab,"Sesungguhnya puasa hari-hari ramadhan boleh diganti dengan hari lain. Sedangkan hari Asyura' tidak."

Betapa indah ibadah ahli ilmu. Betapa indah ibadah para ulama. Betapa banyak buat orang alim ketika membaca Al-Qur'an mendapatkan kenikmatan yang tidak didapati orang selain mereka. Dengan membaca Al-Qur'an, mereka mengetahui perintahNya dan memahami yang halal dan haram.

Ketika salah seorang saudaranya ditanya, apakah az-Zuhri menggunakan minyak wangi, saudaranya menjawab,"Aku mencium minyak wangi dari langkah haiwan kendaraan az-Zuhri."

Bukanlah termasuk zuhud seseorang yang menolak perhiasan dunia. Zuhud adalah memakan yang halal tanpa berlebihan. Siapa yang makan yang baik dan melaksanakan HakNya dan mengambil dari dunia sekadar yang ia perlukan, itulah zuhud sebenarnya.

Muhammad az-Zuhri biasa bergaul dengan para penguasa. Kerananya, para khalifah Bani Umayyah banyak yang memuliakannya. Suatu saat ia berada disuatu kaum yang mengeluh,"Kami mempunyai 18 wanita yang sudah lanjut usia. Mereka tidak mempunyai pelayan."

Imam az-Zuhri segera memberikan 11111 dirham, dan menyiapkan 1111 dirham untuk pelayan mereka.

Raja' bin Haywah pernah menasihatinya tentang hubungan dengan para penguasa Bani Umayyah,"Tidaklah engkau aman dari tangan-tangan mereka (maksudnya para penguasa Bani Umayyah)."

Imam az-Zuhri berjanji untuk mengurangi hubungannya. Ketika suatu saat, Raja' menemuinya, az-Zuhri sudah meletakan makanan dan meninggalkan manisan mereka. Raja' berkata,"Wahai Abu Bakar, ini yang kami bezakan." Lalu az-Zuhri berkata,"Sesungguhnya, kedermawanan itu tidak boleh dengan cuba-cuba."

Ahmad bin Hanbal berkata,"az-Zuhri orang yang terbaik dalam hal hadis dan terbaik dalam hal isnad."

Walaupun dekat dengan penguasa, hal itu tidak membuat imam az-Zuhri dari menjadi pengampu penguasa. Ia tetap tegas menolak hal yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. 

Demikianlah. Imam az-Zuhri tetap pada pendiriannya. Ia wafat dalam usia 72 tahun. Ia meninggal pada malam selasa, 17 Ramadhan tahun 124 Hijriyah.

KEHEBATAN SEDEKAH YANG IKHLAS



Di riwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa seorang lelaki ingin bersedekah,dia mengumpulkan wang dan ingin mendapatkan Sedekah yang “sedekah sirr” pahala sedekah secara sembunyi-sembunyi, tidak di ketahui orang lain, dia pun mengumpulkan wang, lalu malam-malam dia menutup wajahnya dengan kain dia mencari orang yang berhak.

Lalu dia lihat ada seorang yang termenung di malam hari, diam saja, duduk saja, tidak bicara, sedang duduk saja di pinggir jalan,
“Ini orang yang tidak mampu, tengah malam masih belum tidur, masih duduk di sini”

Maka di lemparkannya wang itu pada orang itu dan dia pun pergi melarikan diri supaya orangnya tidak tahu dia yang memberi, maka keesokan harinya dia sudah gembira, sudah sedekah dengan sedekah sembunyi-sembunyi, esok harinya dapat khabar gempar kampung kerana seorang pencuri dapat harta di beri orang yang tidak di kenal, dia berkata : Wahai Allah Bagi Mu segala puji, aku mahu sedekah sembunyi-sembunyi, ternyata yang ku beri pencuri, pencuri sedang menunggu kesempatan untuk mencuri, menanti waktu untuk mencuri, di kira dia seorang fakir miskin padahal ia pencuri,Dia berkata “berarti aku tidak akan berhenti, aku akan lanjut lagi”

Dia pun mengumpulkan wang lagi, sudah terkumpul dia keluar lagi di malam hari. Lantas ia melihat seorang tua bangka, yang berjalan tertatih-tatih dengan tongkatnya, perlahan-lahan jalannya tidak ada yang menemaninya, tidak ada yang mendampinginya,
“Ini pasti orang susah”

Dia lemparkan wang itu dalam sebuah kantong kepada orang tua itu dan dia pun lari pergi, keesokan harinya gempar orang terkaya di kampung itu, yang paling bakhil dapat sedekah sembunyi-sembunyi semalam, maka ia pun berkata : Wahai Allah Bagi Mu segala puji, aku jadi memberi orang yang paling kaya, yang paling bakhil, tidak berguna sedekahku, yang pertama di berikan pada pencuri yang ke dua ternyata salah beri juga, di berikan kepada orang yang kaya dan paling bakhil.

Dia masih belum putus asa, tapi ketiga kalinya dia ingin mencari wanita saja untuk diberikan sedekah, dia lihat
“Ini wanita sedang duduk, kelihatannya seperti orang yang berhajat”
Maka di berikan padanya harta itu dan keesokan harinya, gempar lagi kampung itu, seorang pelacur mendapatkan sedekah yang sembunyi-sembunyi, ia katakan
“Yaa Rabb sudah 3 kali, Wahai Allah sudah cukup ini, pencuri yang kuberi, yang kedua orang kaya paling bakhil yang ketiga pelacur, Ya Allah apa yang telah terjadi dengan pahala sedekahku".

Maka Allah subhanahu wata’ala tunjukan beberapa tahun kemudian, bahawa Allah subhanahu wata’ala membukakan kemuliaan dari wang halal yang dia berikan itu jauh lebih dari pada maksud yang dia kehendaki, dia inginkan beri kepada orang fakir miskin tapi Allah sampaikan wangnya pada pencuri, pencuri biasanya makan wang haram apakah dia terus mencuri, malam itu pencuri itu dapat wang halal darinya, kerana ia ingin sedekah sembunyi-sembunyi, harta yang halal juga mempengaruhi, maka pencuri itu mendapatkan itu dia bersyukur,
“Subhanallah, aku selama ini terus menerus mencuri sekarang Allah beri”

Dia pun bertaubat, tidak lama penyedekah pertama setelah sekian tahun dia dengar khabar ada seorang wali Allah yang wafat maka dia mendatangi jenazahnya,
“ini kalau tidak salah orang yang dulu aku beri sedekah dulu pencuri” dia berkata “ini orang asalnya dimana”
“Dulu pencuri dia, gara-gara dia dapat wang di tengah malam, di beri oleh seorang penyedekah yang tidak ia kenal dia taubat sampai dia menjadi Wali Allah subhanahu wata’ala”,

Dia berkata “Subhanallah” Allah disampaikan darjatnya menjadi Wali Allah dari harta orang ini kerana sedekahnya sembunyi-sembunyi dan ikhlas niatnya walaupun kepada pencuri.

Yang kedua maka dia pun berkata,
“Wahai Allah, selesai janjiku dari yang pertama yaitu pencuri lalu bagaimana dengan orang tua yang bakhil”
orang tua yang bakhil itu tidak berapa lama ia membina sebuah rumah untuk yatim dan anak-anak miskin, Kenapa ? kerana dia telah bertaubat. Dia ingat “Aku ini orang kaya diberi sedekah orang, kerana apa ? kaerana aku bakhil. ”

Akhirnya dia pun bertaubat kepada Allah, dia membina rumah. Sedekah dia wakafkan, pahalanya orang ini dapat pada penyedekah pertama, demikian hebatnya rahsia kemuliannya, dan dia pun berkata “Ya Allah, aku telah memahami yang kedua, lalu bagaimana dengan yang ketiga”

Tidak ada jawapan, sudah hampir 30 tahun, lalu dia mendengar dua orang ulama ternama , adik dan abang, kedua-duanya ulama yang soleh, dua-duanya pemuda, maka dia berkata
“Alangkah baiknya kedua pemuda ulama soleh ini adalah anakku, ingin sekali aku mengenali mereka”.

Tapi amat susah untuk berjumpa mereka kerana sentiasa di ikuti dan dikelilingi anak muridnya yang ramai, maka dia bertanya kepada orang “ Ini asalnya anak ini ulama ini dari mana ? dua pemuda ini”.

Dijawab “Ini dulu ibunya pelacur tapi oleh kerana diberi sedekah oleh seorang yang sedekah sembunyi-sembunyi, Taubat lantas kemudian dia pakai wang itu untuk menghantar dua anaknya ini untuk menjadi ulama, sampai sekarang menjadi ulama besar”.