Thursday 19 March 2015

PAKAR PERUBATAN YANG SERBA BOLEH DARI SYIRIA


Ibnu Al- Nafis memiliki nama lengkap Ala' al-Din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm Al-Qarshi Al-Dimashqi. Selain dikenali sebagai doktor perubatan, Al-Nafis juga merupakan pakar anatomi, fisiologi, bedah, ophtamologi, penghafal Alquran, ahli hadits, ahli hukum hakam, novelis, sosiologi, sasterawan, astronomi, ahli bahasa, dan sejawaran.

Al-Nafis lahir pada tahun 1213 M di Damaskus, Syiria. Beliau menempuh pendidikan kedoktoran di Hospital Al- Nuri Damaskus. Ia menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, kerana semasa remaja dan muda beliau menimba sangat banyak ilmu. Ketika berusia 23 tahun, Al-Nafis memutuskan untuk hijrah ke Kairo, Mesir. Ia memulai kariernya sebagai seorang doktor di Hospital Al-Nassri dan Hospital Al-Mansouri. 

Setelah enam tahun mengabdikan diri di dua hospital di kota Kairo itu, pada 1242 M, Al-Nafis menerbitkan karyanya yang berjudul The Commentary on Anatomy in Avicenna’s Canon. Dalam kitab itulah, ia berhasil mengungkapkan penemuannya dalam anatomi manusia. Penemuannya yang paling penting adalah mengenai sirkulasi paru-paru dan jantung.

Menginjak usia 31 tahun, Al-Nafis kembali menyelesaikan karyanya yang lain yang berjudul The Comprehensive Book on Medicine. Kitab itu sudah diterbitkan dalam 43 jilid pada tahun 1243 M – 1444 M. Pada tempoh berikutnya, Al-Nafis berhasil menyelesaikan karyanya di bidang perubatan hampir 300 jilid. Namun, dia hanya menerbitkan 80 volume.

Sebagai seorang penghafal Alquran dan ahli hadits, Al-Nafis memiliki latar belakang keagamaan yang begitu kuat. Beliau ternyata seorang Muslim Sunni. Al-nafis merupakan seorang sarjana di Sekolah Fiqh Syafi’i. Dalam bidang falsafah, doktor serba boleh itu juga menulis beberapa karyanya. Selain mengabdikan diri sebagai doktor, Al-Nafis pun mengajarkan Alquran dan Hadists.

Sang ilmuwan besar itu meninggal pada 17 Desember 1288 atau 11 Dzulqaidah 687 H. Di akhir hayatnya, Al-Nafis menyumbangkan rumah, perpustakaan dan klinik yang dimilikinya kepada Rumah Sakit Masuriyah agar digunakan bagi kepentingan masyarakat.

Dunia kedoktoran moden mengiktirafnya sebagai ahli fisiologi terhebat di era keemasan Islam pada abad ke-13 M. Dialah doktor pertama di muka bumi yang mampu merumuskan dasar-dasar sirkulasi(Physiology of the Circulatory System) menerusi penemuannya tentang sirkulasi dalam paru-paru, sirkulasi jantung, dan kapiler. 

Berkat jasanya yang sangat bernilai itulah, Ibnu Al-Nafis dianugerahi gelaran 'Bapa Fisiologi Sirkulasi’. Prestasi dan pencapaian gemilang yang ditorehkannya pada abad ke-13 M itu telah mematahkan klaim Barat yang selama beberapa abad menyatakan bahwa Sir William Harvey dari Kent, Inggeris yang hidup di abad ke-16 M, sebagai pencetus teori sirkulasi paru-paru.

Kontribusi Al-Nafis dalam dunia perubatan tak hanya di bidang fisiologi. Ia juga dikenal sebagai doktor yang menyokong kedoktoran ekperimental, postmortem otopsi, serta bedah manusia. Sejarah juga mencatat Al-Nafis sebagai doktor pertama yang menjelaskan konsep metabolisme. Tak hairan bila dia lalu mengembangkan aliran kedoktoran Nafsian tentang sistem anatomi, fisiologi, psikologi, dan pulsologi.

Selain memberi kontribusi yang begitu besar dalam bidang perubatan, Al-Nafis yang juga dikenal sebagai ilmuwan serba boleh itu turut berjasa mengembangkan ilmu keislaman. Al-Nafis berhasil menulis sebuah metodologi hadits yang memperkenalkan sebuah klasifikasi ilmu hadits yang lebih rasional dan logik. Al-Nafis pun dikenal sebagai seorang sastrawan. Ia menulis Theologus Autodidactu salah satu novel filosofis pertama dalam khazanah karya sastra Arab pertama.

Dalam William Osler Medal Essay, Edward Coppola sepakat bahawa Ibnu Al-Nafs adalah penemu sirkulasi paru-paru. Dalam esai itu, Coppola berkata, ‘’Teori sirkulasi paru-paru yang telah ditemukan Ibnu Al-Nafis pada abad ke-13 M sungguh tak dapat terlupakan. Berabad-abad setelah kematiannya, hasil investigasi anatomi yang dilakukannya telah banyak memberi pengaruh terhadap Realdo Colombo dan Valverde.’‘

Ahli sejarah lainnya, Imam Taj al-Din al-Subki (wafat 1370 M ) dan Ibnu Qadi Shuhba pun mengakui kehebatan Al-Nafis. Menurut keduanya, tak pernah ada doktor di dunia ini yang seperti Al-Nafis. ‘’Sebahagian orang mengatakan tak ada lagi doktor yang hebat setelah Ibnu Sina selain Ibnu Al-Nafis. Namun, sebahagian menyatakan bahwa Al-Nafis lebih baik dari Ibnu Sina,’‘ kata mereka.

Sunday 8 March 2015

KISAH KEMULIAAN KETURUNAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


Anda mungkin pernah mendengar kisah Saidina Umar al-Khattab dengan seorang anak penjual susu. Seorang anak perempuan yang membantah dan menegur ibunya kerana cuba mencampurkan air ke dalam susu. Kata-katanya mendiamkan bondanya.

Tahukah anda siapakah dari keturunan si anak ini merupakan seorang khalifah yang hebat? Khalifah tersebut ialah Umar bin Abdul Aziz yang tersohor itu. Iaitu cucu kepada wanita tersebut, cicit kepada Saidina Umar al-Khattab.

Kisahnya begini. Pada satu malam Saidina Umar al-Khattab bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yang prihatin. Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu kerana ia merupakan satu jenis penipuan dalam jualan.

Akhirnya Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog:
Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya, "Campurlah susu ini dengan air supaya kita peroleh keuntungan berganda hasil jualannya nanti!", katanya. Serta merta si anak memprotes: "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab?
"Umar tidak akan tahu", jawab ibunya spontan.

Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”. Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya.

Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu sambil memberikan arahan kepada pembantunya, "Tandalah rumah ini!". Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah seorang anak lelakinya dan bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dengan seseorang yang sangat baik agamanya?". Tanpa fikir panjang lagi Ashim pun menjawab dengan penuh keyakinan, "Ya"

Begitulah kisah seorang anak yang solehah telah memikat hati Amirul Mukminin untuk dijadikan menantu. Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Laila. Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.

Sumber : Sirah Wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz Karangan Ibnu Al-Jauzi

KISAH IMAM ABU YAZID DAN PADERI


Imam Abu Yazid Al Bustomi merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Beliau masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap, lidahnya tiba-tiba kelu. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” Ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustomi pun bangun, tanpa rasa takut.

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya . Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun dia membisu.

Katanya, “Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima ap saja kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah 
“LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.” 

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini".Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

Ketua paderi berkata “Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Berikut ini antara pertanyaan Ketua Paderi dan jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Apakah satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Apakah dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Apakah tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Apakah empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Apakah lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Apakah enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Apakah tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Apakah lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Apakah sembilan tiada sepuluhnya.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Apakah sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Apakah sebelas bukan dua belas .
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.

12. Apakah dua belas bukan tiga belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Apakah tiga belas bukan empat belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.Apakah makhluk yang tidak bernyawa tapi tawaf Ka'bah.
Bahtera Nabi Nuh ketika bah, apabila melalui diatas Ka'bah, telah bertawaf diatas air 7 pusingan.

18. Apakah makhluk yang tak bernyawa tapi ia bernafas ?
Waktu Subuh kerana firman Allah "Was subhi iza tanaffas": Dan demi subuh apabila ia bernafas.

Kisah diatas memaparkan bahwa pembesar-pembesar ahli kitab terdahulu sebenarnya mengetahui dengan yakin bahwa Nabi Muhammad saw adalah sebenar-benar Rasul , cuma ia dirahsiakan kerana ingin menjaga kedudukan mereka disisi manusia. Semoga kisah ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah saw bersama kebenaran yang dibawa olehnya.

AKHLAK AL-IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI DAN BALASAN MENYAKITI ULAMA


Syekh Syu'aib, seorang Khatib Masjid Al-Azhar di zaman Imam As-Suyuti bercerita, ketika Imam Suyuti sedang sakit yang menyebabkan kewafatannya dia datang menjenguk Imam mujtahid ini. Ia mencium kakinya, lalu meminta supaya Imam Suyuthi berkenan memaafkan kesalahan orang-orang ahli fiqh yang pernah menyakitinya. 

Dengan tenang Imam Suyuthi menjawab: "Wahai saudaraku… sebetulnya aku telah mengampuni mereka ketika pertama kali mereka menyakitiku. Aku menampakkkan kemarahanku pada mereka, lalu aku menulis bantahan untuk mereka. Semua itu aku lakukan supaya mereka tidak berani lagi menyakiti orang lain". 

Mendengar kelapangan hati Imam Suyuti, Syekh Syuaib berkomentar: "Memang inilah yang sudah aku sangka dari kebaikan tuanku ".

Walaupun Imam Suyuti telah memaafkan mereka tapi mereka masih saja terkena bencana dari Allah SWT sebagai pelajaran bagi mereka sendiri dan orang lain. 

Dalam hal ini Imam Al-Sya'roni bercerita : "Aku melihat salah seorang yang pernah memukul imam Suyuti dengan terompah(sandal dari kayu) walaupun sudah dicuba oleh Allah dengan kefakiran, dia masih sangat tamak dengan dunia. Setiap kali dia melihat orang yang membawa ayam, gula, madu, atau beras persis seperti orang gila dia selalu mengatakan : " Juallah barang ini padaku ! " . Setelah dia mengambil barang tadi seperti merampas dia pergi bersembunyi dan tidak mahu membayarnya. 

Setiap kali ditagih untuk membayar, selalu saja ia mencari-cari alasan untuk menundanya. Sehingga si empunya barang bosan untuk menagihnya, maka si tamak ini akan memikul tanggungan dosa yang jauh lebih besar dan berat kelak di hari kiamat. Dan ketika orang yang menyakiti imam kita ini meninggal tidak ada seorang pun yang mengiringi jenazahnya. Balasan bagi orang yang menyakiti pewaris-pewaris nabi kekasih Allah adalah berlaku di dunia lagi, apatah lagi di akhirat!


KISAH IMAM ABU AL-WAFA’ DALAM MENJAGA WAKTU


Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata: Tidak boleh untukku persiakan setiap detik kuniaan yang Maha Esa buatku, hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan, aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan maupun permasalahan, aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah aku mendapati jalan penyelesaiannya.

Aku juga mendapati, kesusahan menghadapi ilmu ini pada usiaku lapan puluhan lebih daripada usiaku dua puluhan. Aku juga berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masa makanku, kadangkala aku hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk. Sehingga aku dapat meluangkan semaksima masa yang mungkin untuk ilmu pengetahuanku. 

Sesungguhnya harta yang paling berharga di sisi ulama ialah waktu dan ilmu. Kerana waktu itu tidak akan menunggu seseorang sebaliknya tanggungjawab yang datang bertandang pula bertindan-tindan.

Setelah tiba saat kewafatan beliau, ada wanita menangis kerana tidak mahu terpisah daripada insan tersayang, tetapi beliau dengan tenang berkata: “Sesungguhnya aku takut berbuat dosa pada Tuhan Yang Rahman selama lima puluh tahun. Kerana selama masa tersebut aku telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin tidak bertepatan dengan kehendak Allah. Maka doakanlah agar aku diampuni-Nya.”

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan apa-apa pesaka melainkan kitab-kitabnya yang banyak serta beberapa helai pakaian yang hanya cukup untuk dijadikan kain kafan serta membayar segala hutang-hutangnya. 

Lihatlah betapa agungnya pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya yang Esa. Walaupun telah banyak mengorbankan masanya demi kepentingan agama, tapi masih tidak berpuas hati, masih lagi takut seksa Ilahi. Tapi kita, apakah yang kita cari? Renungilah perbuatan-perbuatanmu wahai diri.

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-QUSYAIRI SEORANG ULAMA DAN WALI ALLAH YANG TERSOHOR


Nama Al-Qusyairi tidak asing lagi di kalangan pengkaji tasawuf. Tambahan pula ianya sering disebut-sebut dalam kitab-kitab tasawuf, terutama sekali berkaitan dengan kitabnya, Ar-Risalah. 

Bahkan nama al-Qusyairi digandingkan dan disatukan dengan nama kitab tersebut dan terkenal dengan sebutan 'Ar-Risalah al-Qusyairiyyah' yang tak asing lagi bagi para pengkaji tasawuf. Begitu terkenalnya penyatuan dua nama tersebut, hingga terkesan bahwa ar-Risalah adalah satu-satunya kitab al-Qusyairi yang pernah ditulis sepanjang hidupnya. Hal itu tentu saja tidak benar. Al-Qusyairi telah menulis sekitar dua puluh buku, dan ar-Risalah sebenarnya juga bukan karyanya yang terpenting. Ada kitab lain yang lebih penting dan lebih agung, yaitu 'Lath'aif al-Isyarat'. Sebuah kitab tafsir qur'an yang masuk dalam kategori Tafsir Isyari.

Beliau dilahirkan di Ustua, Nisapur, daerah Khurasan, Iran pada bulan Rabi`ul Awwal 376 H., atau july 986 M., dan meninggal di Nisapur juga pada 16 Rabi`ul Akhir 465 H., atau sekitar 1074 M hidup sekitar 90 tahun, dan menghabiskan sebahagian masa hidupnya di Nisapur. 

Nama beliau adalah Abdul karim bin Hawazin bin Abdul Malik bin Muhammad al-Qusyairi. Bermadzhab Syafi`i dalam fiqihnya dan Asy`ari dalam ilmu kalam(Aqidah). 

Beliau memulai karier keilmuannya dengan belajar kepada para ulama Nisapur, yang waktu itu kota tersebut menjadi pusat keilmuan dan kebudayaan di kawasannya. Guru-gurunya yang terkenal misalnya Abu Bakr Muhammad ath-Thusi, Ibnu Furok, al-Asfarayini, al-Baqillani dan lain-lain. Kepada para guru tersebut al-Qusyairi banyak belajar ilmu-ilmu agama, seperti fiqh, ushul fiqih, hadits, ilmu kalam, ilmu bahasa dan lain-lain. 

Pada suatu hari al-Qusyairi begitu tertarik dan terpesona oleh apa yang disampaikan oleh Abu Ali ad-Daqqaq (seorang ulama Nisapur yang terkemuka, luas dan dalam ilmunya, akhlaknya sangat terpuji dan merupakan imam muktabar pada zamannya. Bermadzhab Syafi`i dalam fiqihnya, Asy`ari dalam ilmu kalam dan al-Junaid dalam tarikatnya). Ia merasakan sesuatu yang lain dari apa yang pernah ia dengar dari guru-guru sebelumnya. 

Abu Ali ad-Daqqaq banyak berbicara tentang kotoran jiwa manusia, bagaimana cara-cara pencerahan jiwa yang kotor tadi, upaya-upaya dan latihan menuju pencerahan tersebut, tentang intuisi dan kalbu, juga masalah-masalah kerohanian lainnya. Mulalah al-Qusyairi berguru kepada Abi Ali ad-Daqqaq. Kini ia tidak saja mempelajari ilmu-ilmu agama yg zahir, tapi juga tekun dalam mempelajari ilmu-ilmu batin. Ia tidak saja mahir dalam ilmu-ilmu rasional, namun juga mendalam di bidang ilmu-ilmu intuitif dan kerohanian. Rangkuman antara ilmu syari'at dan ilmu hakikat oleh Al-Qusyairi membuat Ali ad-Daqqaq menjadi kagum. Dan kemudian memilihnya untuk menjadi anak menantu, menjadi pasangan hidup bagi puterinya yang bernama Fatimah. Walaupun sebenarnya banyak kerabat yang meminang. Maka lengkaplah hubungan al-Qusyairi dengan ad-Daqqaq: sang guru, syekh, mertua dan sahabat.

Kehidupan al-Qusyairi tidak lepas dari dugaan yang menimpanya akibat kedengkian para fuqaha dan mutakalimin Mu`tazilah yang waktu itu mempunyai kedudukan penting di Khurasan. Mereka begitu mendengki al-Qusyairi yang menganut madzhab Asy`ari, setelah namanya jadi terkenal di seluruh negeri. Para ulama Mu`tazilah yang memang dekat dengan penguasa, selalu mencari-cari dan membuat-buat tuduhan palsu untuk mengadu domba antara al-Qusyairi dengan sultan. Mereka begitu membenci penganut madzab Asy`ari dan selalu merupaya untuk membasminya. Akhirnya suatu hari mereka berhasil menghasut sultan dan menfitnah al-Qusyairi serta beberapa ulama besar Asy`ari lainnya termasuk imam haramain al-Juwaini. 

Al-Qusyairi ditangkap dan diseret di jalanan kota itu, kemudian dipenjarakan. Beberapa waktu kemudian seorang sahabat dan muridnya berhasil membebaskannya dari kehidupan penjara yang amat mencengkam. Atas dasar nasihat sahabatnya, sejak itu al-Qusyairi meninggalkan tanah kelahirannya, terpaksa meninggalkan harta, anak-anak dan istrinya serta mengembara dari satu negeri ke negeri islam lainnya, hingga tibalah di kota Baghdad.

Amirul Mukminin yang berkuasa waktu itu adalah Khlaifah Al-Qa`im Bi Amirillah, seorang yang sangat bertaqwa kapada Allah, wara` dan zahid dalam hidupannya. Ia begitu gembira menerima al-Qusyairi, dan memberikan kesempatan kepadanya untuk mengajar di masjid-masjid Baghdad. Sementara itu penguasa negeri kelahirannya, Khurasan, juga telah berganti. Sultan yang baru iaitu Alb Arsalan, seorang sunni yang sangat taat, baik hati dan bijaksana, mengembalikan lagi kota Nisapur kedalam kehidupan yang tenang, aman dan tenteram. Para pendengki ulama Mu`tazilah yang banyak mengelilingi Sultan telah disingkirkan. Al-Qusyairi pun akhirnya kembali ke keluarganya dan tanah kelahirannya. Hal tersebut merupakan sepuluh tahun terakhir dari hidupnya yang di lalui dengan terhormat dan bahagia.