Saturday 22 March 2014

SALAHUDDIN AL-AYYUBI SINGA PADANG PASIR


Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”


Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.


Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.


Salahuddin al Ayubbi terpaksa berdepan dengan golongan Syiah juga sebelum memerangi tentera salib. Salahuddin al-Ayubi telah mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir pada ketika itu dan juga menumpaskan pakatan Nusairiyah-Kristian. Baru selepas itu Salahuddin al-Ayubi menyatukan Ummat Islam mengembeling tenaga bagi menghadapi Salibiyah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam.


"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”. Kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa.


Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab. bukan berbangsa Palestin tapi mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?


Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..


Hebatnya Kau Salahuddin….


Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..


Penyabarnya kau Salahuddin..


Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.


Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.


Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..

Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..


Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.


Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal

akibat dibunuh oleh tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk

mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya

tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dahsyat

Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku

Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..


“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian


Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.


” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.


Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..


Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..


Hari itu, Langit begitu Cerah

Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.


Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.

Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H


Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin


Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.


Salahuddin Antara pengsan dan sedar.


Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan


“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”

(Al-Hasyr: 22)

Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,

Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

“Memang Benar”


Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.


Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.


Kata-kata Hikmah Salahuddin Al-Ayyubi 


1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
4. Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
5. Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
6. Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
7. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN

No comments:

Post a Comment