Berikut ini sebuah cerita dari AbuYazid Al-Busthami, yang insya Allah, dapat kita ambil pelajaran daripadanya; Di samping seorang sufi, AbuYazid Al-Busthami juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang pelajarnya yang juga memiliki murid yang banyak. Pelajar itu juga menjadi syeikh bagi jamaahnya sendiri. Kerana telah memiliki murid, pelajar ini selalu memakai pakaian yang menunjukkan kesolehannya, seperti baju putih, serban, dan wewangian tertentu.
Suatu saat, muridnya itu mengadu kepada AbuYazid Al-Busthami, "Tuan Guru, saya sudah beribadat tiga puluh tahun lamanya. Saya solat setiap malam dan puasa setiap hari, tapi anehnya, saya belum mengalami pengalaman rohani yang Tuan Guru ceritakan. Saya tak pernah saksikan apa pun yang Tuan gambarkan."
AbuYazid Al-Busthami menjawab, "Sekiranya kau beribadat selama tiga ratus tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun debu mukasyafah dalam hidupmu."
Murid itu hairan, "Mengapa, ya Tuan Guru?"
"Kerana kau tertutup oleh dirimu," jawab AbuYazid
"Bolehkah kau ubati aku agar hijab itu tersingkap?" pinta sang murid.
"Boleh," ucap Abu Yazid, "tapi kau takkan melakukannya."
"Tentu saja akan aku lakukan," sanggah murid itu.
"Baiklah kalau begitu," kata Abu Yazid, "sekarang tanggalkan pakaianmu. Sebagai gantinya, pakailah baju yang lusuh, sobek, dan compang-camping. Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana. Katakan pada mereka, "Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mau menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang." Lalu datangilah tempat di mana jamaah kamu sering mengagumimu. Katakan juga pada mereka, "Siapa yang mau menampar mukaku, aku beri satu kantung kacang!"
"Subhanallah, masya Allah, lailahailallah," kata murid itu terkejut.
Abu Yazid berkata, "Jika kalimat-kalimat suci itu diucapkan oleh orang kafir, ia berubah menjadi mukmin. Tapi kalau kalimat itu diucapkan oleh seorang sepertimu, kau berubah dari mukmin menjadi kafir."
Murid itu kehairanan, "Mengapa boleh begitu?"
AbuYazid menjawab, "Kerana kelihatannya kau sedang memuji Allah, padahal sebenarnya kau sedang memuji dirimu. Ketika kau katakan: Tuhan mahasuci, seakan-akan kau mensucikan Tuhan padahal kau menonjolkan kesucian dirimu."
"Kalau begitu," murid itu kembali meminta, "berilah saya nasihat lain."
AbuYazid menjawab, "Bukankah aku sudah bilang, kau takkan mampu melakukannya!"
Sumber : Kitab Ihya Ulumudin Karangan Imam Ghazali
Diriwayatkan oleh Ka'ab al-Ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu, ada seorang lelaki yang kerap melakukan kemungkaran.
Ka'ab ialah seorang tabiin yang sangat alim tentang kitab Taurat dan al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman pimpinan Umar al-Khattab r.a., namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang diucapakan beliau selari dengan Islam.
Menurut cerita Ka'ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi. Tiba-tiba dia terdengar suatu suara yang mengatakan kepadanya, "Hai Fulan! Apakah engkau tidak berasa malu? Bilakah kau akan bertaubat kepada Allah?"
Mendengar suara teguran dari sungai itu, dia berasa amat gelisah dan terus berazam untuk meninggalkan perbuatan kejinya itu. Dia berazam untuk bertaubat dengan taubat nasuha serta meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan. Beliau lantas melarikan diri ke sebuah gunung yang didiami oleh 12 orang ahli ibadah yang taat kepada Allah SWT. Dia mengambil keputusan untuk menyertai mereka dalam ibadah.
Musim kemarau yang panjang menimpa tempat mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk mencari kawasan ciri di bawah pergunungan itu. Tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah sampai ke tempat lelaki itu ditegur kerana melakukan dosa. Oleh sebab bimbang pengalaman itu berulang semula, di meminta sahabat-sahabatnya agar meneruskan perjalanan mereka tanpanya.
Mereka bertanya, "Mengapa?" Dia menjawab, "Aku malu untuk ke sana kerana di situ ada seseorang yang mendedahkan tentang keaiban diriku sendiri sehingga aku menjadi malu dan bimbang jika dia melihatku sekali lagi."
Mereka akur tinggal di situ tanpa lelaki itu. Apabila berada di sungai tersebut kedengaranlah satu suara ghaib bertanya, "Ke mana perginya teman kamu? Apakah yang sedang dilakukan olehnya?" Jawab ahli-ahli ibadat itu, "Dia menyangka di sini ada orang yang akan menyebut-nyebut tentang kesalahannya menyebabkan di berasa malu lalu dia tidak menyertai kami."
"Subhanallah! Sekiranya salah seorang daripada kalian memarahi anaknya sendiri ataupun salah seorang daripada keluarganya, lalu individu itu meminta ampun kepadanya, tentulah dia dimaafkan. Sekarang ketahuilah oleh kamu semua bahawa kawanmu itu telah pun bertaubat daripada dosanya. Oleh sebab itu, pergilah kalian kepadanya dan khabarkan tentang perkara ini. Selepas ini kalian hendaklah beribadah kepada Allah di tepianku (sungai) ini."
Mendengar penjelasan yang dibuat oleh suara dari sungai, mereka lantas menyampaikan perkara tersebut kepada sahabat mereka. Lalu lelaki yang sebelumnya melakukan maksiat di kawasan itu kini berubah. Mereka terus berada di tepi sungai itu untuk beribadah dalam satu tempoh.
Selepas berlalu satu jangka masa, lelaki tersebut meninggal dunia. Suara itu sekali lagi memanggil-manggil ahli-ahli ibadat yang lain agar memandikan jenazah lelaki itu dengan air sungai itu.
Dia meminta agar dikebumikan berdekatan sungai itu agar kelak dia dibangkitkan berdekatan dengan sungai tersebut.
Mereka melakukan sebagaimana yang diminta. Selepas mengebumikan mereka berasa sedih yang teramat sangat lalu mereka menangis hingga keesokan harinya.
Allah SWT dengan rahmat-Nya telah menumbuhkan dua belas batang pokok sarwah berdekatan dengan kubur lelaki itu. Melihat tumbuhnya pokok-pokok berdekatan dengan kuburnya, maka mereka mendirikan tempat ibadah berhampiran dengan kawasan itu. Akhirnya mereka telah menetap di situ hingga individu yang terakhir dalam kumpulan itu meninggal dunia. Setiap daripada mereka dikebumikan berhampiran dengan sahabat-sahabat mereka.
Sumber : Kitab Al Bidayah Wan Nihayah Karangan Ibnu Kathir
Dahulu ada seorang lelaki yang datang kepada nabi Isa a.s., ia ingin sekali bersahabat dengan beliau, kerana itu ia berkata : .... "Aku ingin sekali bersahabat denganmu kemana saja engkau pergi." Jawab Isa a.s.: "Baiklah kalau demikian."
Pada suatu hari berjalanlah keduanya di tepi sungai dan makanlah berdua tiga potong roti, Nabi Isa a.s. satu potong dan satu potong untuk orang itu, sisa satu potong. Kemudian ketika Nabi Isa a.s. pergi minum ke sungai, dan kembai roti yang sepotong itu tidak ada, lalu beliau bertanya kepada sahabatnya: "Siapakah yang telah mengabil sepotong roti ?" Jawab sahabat itu: "Aku tidak tahu."
Maka berjalanlah keduanya, tiba-tiba melihat rusa dengan kedua anaknya, maka dipanggillah salah satu dari anak rusa itu lalu disembelihnya dan dibakar. Kemudian dimakan berdua, lalu Nabi Isa a.s. menyuruh anak rusa yang telah dimakan itu supaya hidup kembali maka hiduplah ia dengan izin Allah, kemudian Nabi Isa a.s. bertanya: Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Jawab sahabatnya: "Aku tidak tahu."
Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa a.s. memegang tangan sahabatnya itu dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Sahabat itu menjawab: "Aku tidak tahu."
Kemudian berjalanlah keduanya ketika berada di hutan dan keduanya sedang duduk-duduk, Nabi Isa a.s. mengambil tanah dan kerikil/anak batu, lalu diperintahkan: "Jadilah emas dengan izin Allah." Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bahagian, kemudian beliau berkata: "Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti." Serentak sahabat itu menjawab: "Akulah yang mengambil roti itu."
Nabi Isa a.s. berkata: "Maka ambillah semua bahagian ini untukmu." Lalu keduanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi oleh dua orang yang akan merompak harta itu dan membunuhnya lalu orang itu (sahabat Isa a.s.) berkata: "Lebih baik kita bagi tiga saja." Ketiga orang itu menjadi setuju, lalu menyuruh salah seorang pergi ke pasar berbelanja makanan, maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya: "Untuk apa kita membagi wang/harta, lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja biar keduanya mati, dan ambil semua harta itu."
Lalu diberinya racun makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: "Untuk apa kita membagi harta ini, lebih baik jika ia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua." Maka ketika datang orang yang berbelanja itu, segera dibunuh oleh keduanya, lalu hartanya dibagi menjadi dua, kemudian keduanya makan dari makanan yang telah diberi racun itu, maka matilah keduanya, dan tinggallah harta itu di hutan, sedang mereka mati di sekitar harta itu.
Kemudian ketika Nabi Isa a.s. berjalan di hutan dan menemukan (melihat) hal itu, maka iapun berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu kepadanya."
Sumber : Kitab Ihya Ulumuddin Karangan Imam Ghazali