Monday, 3 February 2014

ASAL USUL PERGERAKAN DALAM SOLAT

 

Muadz bin Jabal dan Jabir bin Abdilah ra,mengisahkan bahwa tatkala Nabi Saw, diperjalankan ke langit pada malam isra’ mi’raj, beliau menyaksikan para malaikat penghuni tujuh langit:Pada langit pertama, beliau menyaksikan para malaikat terus menerus berzikir kepada Allah semenjak mereka diciptakan.Pada langit kedua, beliau menyaksikan para malaikat melakukan ruku’ secara terus-menerus semenjak mereka diciptakan.Pada langit ketiga, beliau menyaksikan para malaikat bersujud kepada Allah secara terus menerus semenjak mereka diciptakan. Pada saat itu baginda Nabi memberikan salam pada mereka, sehingga mereka bangkit dari sujudnya dan menjawab salam Nabi Saw. Sesudah itu mereka sujud hingga tiba hari kiamat kelak. Oleh kerana itulah, solat kita pun melakukan sujud dua kali pada setiap rakaatnya.Pada petala langit keempat, beliau menyaksikan para malaikat melakukan duduk tasyahud.Pada lngit kelima, beliau menyaksikan para malaikat terus menerus membaca tasbih (subhanallah)Pada langit ke enam, beliau menyaksikan para malaikat terus menerus membaca takbir (Allahu akbar) dan tahlil (laa ilaaha illallah).Menyaksikan ibadat malaikat yang begitu menakjubkan ini, dalam hati Nabi Saw, terbisik keinginan: “betapa senang seandainya diriku dan seluruh umatku dapat melakukan ibadat sebagaimana yang dilakukan para malaikat penghuni tujuh langit tersebut.” Allah Maha Tahu. Maka Allah merangkaikan semua gerakan ibadah yang diperagakan oleh para malaikat penghuni tujuh langit untuk itu dalam bentuk ibadah solat, dan Allah Swt akan memuliakan Nabi Saw serta umatnya yang mahu mengerjakan solat ini. Allah Swt, berfirman: “Barang siapa yang mengerjakan solat lima waktu (setiap sehari semalam). Maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala ibadat yang dilakukan oleh para malaikat penghuni tujuh langit”.

* Petikan dari kitab "Munyatul Musolli" karangan ulama nusantara Almarhum Syeikh Daud Al Fatani. Semoga Allah merahmati beliau seisi keluarga. 

-Al Fatihah-

No comments:

Post a Comment