Nama sebenar Imam Syafi'i adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi'i Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Muthalib bin Abdi Manaf.
Imam Syafi'i adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya terkait dengan Nabi Muhammad saw.
Dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam ia dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Ja'far al-Mansur dari Bani Abbasiyah saat Imam Hanafi berada dalam penjara. Ia dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu bekerjasama dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam Syafi'i menghafal Al-Quran saat berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta 'yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) umur 10 tahun. Ia memiliki kecerdasan dan daya ingat yang sangat luar biasa.Dibenarka
Sebelum kelahirannya, ibunya bermimpi melihat sebuah bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh berserakan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebuah bintang yang keluar dari perut isterinya.
Imam Syafi'i penentang kuat amalan bid'ah. Dikatakannya, semua hal yang dilakukan melanggar Quran dan sunnah atau ijma 'ulama adalah bid'ah yang keji dan sesat! Sedangkan setiap hal atau kebaikan yang tidak melanggar sedikit pun dari semua itu adalah bid'ah yang terpuji. Imam Syafi'i berpegang pada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lainnya yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulama selepas mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafi'i juga melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada siapa saja. Beliau selalu berpesan: "Janganlah mereka-reka dalam hal agama memakai taklid saja pada kata mahupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis". Beliau juga berpesan: "Setiap hal yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama harus dituruti"
NOTE: (Banyak yang tidak mencatat nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafi'i kerana nak membantah pendapat-pendap
Imam Abu Hanifah gurunya Imam Ja'far Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki sedangkan untuk Imam Ahmad pula gurunya adalah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyr Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf. Hanya orang orang yg bodoh saja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha.
Antara pujian atau pandangan ulama-ulama lain kepada Imam Syafi'i adalah:
Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:
"Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai dari Imam Syafi'i"
Imam Ahmad Bin Hambal berkata:
"Wahai anakku, Imam Syafi'i itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh."
Beliau juga berkata:
"Saya belum faham tentang ilmu hadits kecuali setelah belajar dengan Imam Syafi'i".
Kata Imam Ahmad lagi:
"Setiap anggota hadis yang memegang hadis adalah berhutang budi kepada Imam Syafi'i"
Imam Muhammad al-Hakam berkata:
"Saya belum bertemu seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya dari Imam Syafi'i".
Beliau berkata lagi:
"Saya belum bertemu seorang yang lebih mengetahui mengenai usul Fiqah selain dari Imam Syafi'i"
Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafi'i sangat menarik sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafi'i masih kecil, ada riwayat yang mengatakan saat ia masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara informal adalah ibunya sendiri. Ibunya mengajarkan dia mengenal huruf dan mengaji al-Qur'an. Setelah berumur 9 tahun ia sudah menghafal Al-Quran.
Bila ibunya membawa Imam Syafi'i untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail awalnya menolak kerana Imam Syafi'i baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafi'i tentang Al-Qur'an, ia sangat tertarik dengan ingatan dan suara Imam Syafi'i yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafi'i menjadi muridnya.Apabil
Imam Syafi'i juga sangat meminati syair dan puisi, ia pernah berguru dengan Mas'ab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam waktu 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10.000 rangkap syair Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafi'i memasuki pertandingan syair atas desakan teman-temannya,
Imam Syafi'i berguru pula dengan Imam Sufyan Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi ahli dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya
Setelah itu Imam Syafi'i berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan diizinkan mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafi'i masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam ia mulai membaca dan menghafal kitab Muwatta 'yang dikarang Imam Malik bin Anas pula.
Imam Syafi'i juga pernah belajar ilmu perang dan memainkan senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas
Imam Syafi'i pernah pergi ke Madinah yang berlangsung selama 8 hari dengan naik unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemukan dan berguru dengan Imam Malik yang saat itu menjabat Mufti Kota Madinah.Imam Syafi'i belajar dari Malik selama 8 bulan.
Setelah itu Imam Syafi'i merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhammad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid -murid mereka yang lain memerlukan waktu paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.
Imam Syafi'i juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman ia menikah dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Utsman bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.
Saat di Najran, Imam Syafi'i difitnah oleh Gubernur as-Saud iaitu Gubernur Najran kononnya Imam Syafi'i sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi pemerintah Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafi'i dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai. Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.
Namun dengan izin Allah Imam Syafi'i terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafi'i, yang membuat hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona adalah Firman ALLAH swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bererti:
"Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafi'i dalam menuntut ilmu. Banyak guru dan tempat beliau belajar yang tidak disebutkan disini. Ia sangat mencintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata:
"Jika ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!"
sambil merujuk kepada Imam Syafi'i. Terkait dengan penggunaan ilmu pula Imam Syafi'i pernah mengatakan:
"Siapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Sia
Kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak heran jika Imam Syafi'i telah menulis 142 buah kitab selama hayatnya.
Imam Syafi'i meninggal dunia setelah waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam saat berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikuburkan di kuburan Bani Zaharah.
Saat Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, ia memerintahkan ketua tentara Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kuburan Imam Syafi'i ke Baghdad. Setelah digali mereka menemukan batu bata yang tersusun membentengi liang lahat Imam Syafi'i. Setelah mereka memecahkan batu-bata itu, mereka terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahat itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila hal ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka ia pun membatalkan terus usaha memindahkan kuburan itu. Pada tahun 608 Hijriyah, sebuah Kubah telah dibangun. Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafi'i. Makam Ulama ini terus dikunjungi orang sampai ke hari ini.
Sumber :
Sejarah Keagungan Mazhab Syafi’i K. H. Sirajuddin Abbas
No comments:
Post a Comment