Saturday, 7 February 2015
BISYIR AL-HARITH AL-HAFI SUFI AGONG
" Dikisahkan, selama 40 tahun Bisyr Al-Hafi sangat menginginkan untuk memakan daging panggang, tetapi ia tidak mempunyai wang untuk membelinya. Bertahun-tahun ia ingin memakan kacang buncis, tetapi tak sedikit pun ada yang dimakannya. Pada hal, kalau Bisyr mahu, sebagai orang yang selalu menghadap kepada Allah swt, seorang yang dekat dengan Allah swt, dia hanya perlu berdoa memohon kepada Allah Swt apa yang diinginkannya. Tapi dia tidak mahu melakukannya. Jalan hidup penyangkalan dirinya yang begitu kuat membuat dia juga berpantang meminum air dari saluran yang ada pemiliknya. Menjaga punca makanan dan minuman nya daripada sumber yang halal."
Kasih sayangnya kepada orang fakir miskin begitu luar biasa. Pernah salah seorang sahabatnya sedang bersama Bisyr dalam suasana cuaca yang sangat dingin sekali. Semua orang mengenakan jaket tebal. Tetapi Bisyr tidak memakainya malah melepas pakaiannya sehingga tubuhnya menggigil kedinginan."
“Abu Nashr,” sahabatnya menegurnya. Dalam cuaca dingin seperti ini orang-orang semua memakai pakaian mereka yang tebal, tetapi engkau tidak malah melepaskannya.”
Jawab beliau, "Aku teringat kepada orang-orang yang miskin,” jawab Bisyr. “Aku tidak mempunyai wang untuk menolong mereka, oleh kerana itulah aku ingin turut sama merasakan penderitaan mereka. Kerana itulah aku melepaskan pakaian tersebut."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment