Tuesday, 17 February 2015
KISAH SUFI BISYIR AL HARITH AL HAFI
"Ini kisah Bisyir al Hafi, Al Hafi ertinya ( orang yg berjalan tidak pakai selipar). Bisyir al Hafi mempunyai Saudara, satu hari, saudaranya Bisyir datang kepada Al Imam Ahmad. Bila sampai dirumah Imam Ahmad, maka dia beri salam dan bertanya,"
"Wahai Imam, Aku ada jiran. Akidahnya tidak betul, sumber rezekinya haram, setiap malam lampu rumahnya menerangi hingga masuk ke rumah saya. Boleh kah saya memanfaatkan lampu tersebut untuk saya gunakan untuk jahit baju? Lalu imam Ahmad bertanya, siapa yang bertanya soalan tu? Imam Ahmad ingin tahu, siapa yang bertanya sebab soalannya bukan sebarang soalan. Soalannya dari orang yang sangat Wara'. Maka dijawabnya, Saya saudara kepada Bisyir. Maka Jawab Imam Ahmad, kalau untuk kamu tidak boleh, sebab kamu ini lahir dari rumah keluarga orang yang warak."
"Kisah kedua tentang Imam Bisyir Al Hafi, pada suatu hari Beliau membeli selipar baru, kemudian seliparnya itu digunakan untuk ke masjid, kemudian Beliau letak seliparnya dihadapan masjid. Selepas sembahyang, Seliparnya hilang, lalu Imam Bisyir Al Hafi menangis. Kata orang ramai yang solat di masjid tu, tidak layak kamu ini menangis, kamu ini orang warak."
"Lalu jawab Bisyir, saya menangis bukan sebab hilang selipar itu, saya menangis kerana disebabkan saya, orang itu berdosa kerana mencuri selipar saya, kerana saya, orang lain yang tanggung dosa. Maka Mulai hari ini, aku akan jalan tanpa selipar. Sejak peristiwa ini, orang mengelarnya dengan Al Hafi, orang yang jalan tidak berselipar. Ini namanya orang yang warak yang sangat takut kepada Penghisaban di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment