Nabi Samson as tidak diceritakan langsung dalam al-Quran namun nama baginda pernah diriwayatkan di dalam kitab Qisasul Anbiya’(kisah para Nabi). Dalam kitab lama tersebut menceritakan bagaimana Rasulullah saw tiba-tiba tersenyum sehingga mengundang rasa pelik para sahabat. Lalu seorang sahabat bertanya Rasulullah saw,
“Mengapa anda tersenyum wahai nabi Allah?”
Rasulullah SAW segera menjawab ;
Aku diperlihatkan pada hari kiamat di Padang Masyhar, seorang nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut walau seorang pun, kemudian masuk ke dalam syurga. Baginda adalah Samson.
Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkumpul pada bulan suci Ramadan. Di dalam usrah itu Rasulullah SAW bercerita mengenai nabi Allah SWT bernama Samson as. Rasulullah SAW menggelarnya Sam’un Ghazi.
Nabi Samson as dianugerahi Allah SWT dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.
Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang engkar dengan perintah Allah SWT. Pada masa itu, Raja Israel sendiri adalah seorang yang engkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan beginda tidak henti-henti untuk memberi hidayah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.
Sifat istiqamah Nabi Samson as mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Nabi Samson as pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Nabi Samson as ditangkap.
Nabi Samson as telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Samson as berdoa kepada Allah SWT agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah SWT memakbulkan doa baginda.
Nabi Samson as telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.
Selepas kejadian itu, Nabi Samson as kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam lailatul qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.
No comments:
Post a Comment