Nabi Uzair as adalah Rasul yang diutuskan Allah kepada kaum Bani Israel kira-kira 400 tahun sebelum masihi. Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa Nabi Uzair lahir di antara tempoh kenabian Nabi Sulaiman as dan Nabi Zakaria as, bapa kepada Nabi Yahya as. Manakala Sayyid Abdul Ala Maududi pula secara terperinci meriwayatkan baginda hidup pada 450 sebelum masihi.
Nabi Uzair as adalah seorang lelaki yang amat soleh dan hafiz kitab Taurat. Baginda dikatakan memahami setiap isi kandungan Taurat. Beliau menjadi rujukan setiap masyarakat Yahudi pada zamannya.
Daripada Uzair ini, Allah swt telah menunjukkan kebesarannya dengan membangkitkannya daripada mati dan kembali kepada masyarakat untuk menyelamatkan isi Taurat.
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya(Uzair as) tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman: “Sebenarnya kamu(Uzair as) telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi beubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu(Uzair as) tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.” Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata: “Saya(Uzair as) yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Surah al-Baqarah ayat 259)
(Surah al-Baqarah ayat 259)
Namun, kejahilan Bani Israel pada masa itu menyebabkan mereka syirik kepada Allah SWT sepertimana yang diceritakan oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 30,
Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?
(Surah at-Taubah ayat 30)
(Surah at-Taubah ayat 30)
Di dalam Surah al-Baqarah ayat 259, nama Uzair tidak muncul tetapi diganti dengan pengganti nama iaitu saya atau aku. Namun, para ulama bersependapat bahawa ia sememangnya merujuk kepada Nabi Uzair as atau Nabi Ezra as. Uzair adalah panggilan Ezra dalam bahasa Arab. Ezra pula adalah sebutan nama baginda dalam bahasa Ibrani.
No comments:
Post a Comment