Saturday 15 April 2017

MUSUH ALLAH


Pada suatu ketika secara bersamaan Junaid dan Syibli jatuh sakit. Seorang tabib yang beragama Kristian mengunjungi Syibli.

"Apakah keluhannmu?'. si tabib bertanya:

'Tidak ada", jawab Syibli.

"Apa?", jawab si tabib.

"Aku tidak merasa sakit", jawab Syibli.

Kemudian si tabib mengunjungi Junaid.

"Apakah keluhanmu? ia bertanya kepada Junaid.

Junaid mengatakan setiap hal yang dirasakannya dengan sejelas-jelasnya. Tabib Kristian itu memberikan ubat, kemudian pergi. Di belakang hari Junaid dan Syibli bertemu.

"Mengapakah engkau sudi menerangkan semua keluhanmu kepada seorang Kristian?", Syibli bertanya kepada Junaid.

"Agar si tabib Kristian itu menyedari, jika sahabatNya sendiri diperlakukanNya seperti itu, apakah yang akan dilakukanNya terhadap musuhNya nanti", jawab Junaid. Kemudian ia balik bertanya kepada Syibli:

"Dan mengapakah engkau tidak mahu mengatakan keluhan-keluhanmu kepadanya?"

"Aku merasa malu untuk menyampaikan keluh kesahku kepada musuh Sahabatku!", jawab Syibli.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

No comments:

Post a Comment