Monday, 7 April 2014

ROSAK IMAN KEBANYAKAN HAMBA ADALAH WAKTU NAZAK



Kisah Abu Zakaria diriwayatkan ketika nazak memalingkan mukanya dan tidak memperdulikan sahabat disisinya. Tiba-tiba Abu Zakaria memekik, ''Tidak!!, aku tidak akan mengucapkan ...'' Isteri, sanak-saudara dan rakan taulan terperanjat dengan laungan itu.

Setelah beliau sedar kembali dan bertanya sama ada temannya ada berkata sesuatu, sahabat berkata apabila ia cuba membaca kalimat thayyibat, dia (si Abu Zakaria) berpaling ke arah lain sebanyak tiga kali dan tidak menghiraukannya.

Abu Zakaria berkata ''Iblis mendatangi aku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku dan menghala-hala kepadaku. Ia berkata kepadaku : Apakah kau perlukan air? Maka saya jawab : Ya ... memang ...'' Lalu Iblis berkata : Katakanlah bahawa Isa adalah anak Allah. Saya memalingkan darinya. Iblis itu mendatangiku lagi dari bahagian kakiku memperlawaku dan memujuk rayu sebanyak tiga kali. ''Katakanlah, tiada Tuhan ...'' Kata Iblis itu. Tapi aku tidak mengatakan. Puas dia cuba memperdayakanku hingga akhirnya dia tewas. Lantas secara sepontan iblis itu membeliakkan mata dan membantingkan mangkuk berisi air itu, lalu lari... 

Saya tetap menolak ajakan iblis dan terus membaca: Asyhadu Anlaa ilaha illallah waasyadu anna Muhammadan Abduhu wa rasuluh.

No comments:

Post a Comment