Malam itu Sultan Muhammad al Fateh merintih hiba mengenangkan semua usaha menawan kota Konstantinople masih belum menampakkan hasilnya. Baginda berdoa, merintih dan merayu kepada Allah SWT, “ Wahai Allah, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan – Mu. Kami hampir putus asa kerana tidak berjaya menawan kota Konstantinople walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepada Mu, Tuhan, bantulah kami. Berikanlah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh.”
Selesai berdoa Sultan Muhammad al- Fateh berasa mengantuk lalu terlena. Dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal – kapal perangnya belayar ke Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas (Golden Horn). Kemudian Baginda terjaga dari tidurnya. Kerana menyangka mimpi itu Cuma mainan tidur, baginda menyambung semula tidurnya, tetapi mimpi yang sama berulang lagi. Selepas tiga kali berturut-turut mimpi yang sama didalaminya, Sultan Muhammad al- Fateh yakin itu adalah petunjuk dripada Allah SWT. Baginda bersyukur tetapi masih memikirkan makna mimpinya itu.
Keesokan paginya selepas sembahyang subuh, Sultan Muhammad al- Fateh menemui gurunya Syeikh Syamsuddin al- Wali lalu menceritakan mimpinya. Sambil tersenyum ulama terbilang itu berkata, “Selepas kita berusaha dan selepas kita hampir kehabisan ikhtiar, Allah pun memberikan pertolongan- Nya.” Maksud tuan, mimpi itu petunjuk dari Allah?” tanya Sultan Muhammad.
“Bersyukurlah kerana Allah sudah menunjukkan caranya bagi mengalahkan tentera Rom.” Jawab Syeikh Syamsuddin al- Wali. Sultan Muhammad segera bermesyuarat dengan pembantu – pembantunya.
“ Kita pindahkan semua kapal – kapal kita ke Pelabuhan Tanduk Emas. Itu sahaja caranya,” jelas Sultan Muhammad al- Fateh.
“ Itu mustahil dilakukan kerana pintu masuk Tanduk Emas direntang dengan rantai besi raksasa. Kapal perang kita tidak dapat memutuskan rantai itu walaupun sudah dirempuh beberapa kali.” Kata Pnglima Hamzah Pasya.
“ Kita pindahkan kapal melalui jalan darat.” Hamzah Pasya trtawa mendengar jawapan itu kerana menyangka ia suatu guruan. “ Mustahil kapal belayar di atas daratan,” fikirnya.
“ Tidak ada yang mustahil sekiranya diizinkan Allah SWT. Kita berusaha memindahkan kapal – kapal perang kita melalui darat.” Tegas Sultan Muhammad
“ Maafkan sata Tuanku.” Panglima Amir Pasya pula menyampuk. “Adakah rancangan memindahkan kapal perang kita melalui jalan darat ini datangnya dari buah fikiran tuanku atau petunjuk dari Allah SWT?”
“ Petunjuk dari Allah SWT,” jawab Sulran Muhammad al- Fateh. “ Sayamendapat dari mimpi.”
“ Dengan izin Allah SWT kita pindahkan kapal – kapal perang kita ke Tanduk Emas melalui jalan darat.” Kata Sultan Muhammad.
KAPAL BELAYAR DI DARATAN
“ Bantuan dari Eropah itu tiba dalam masa seminggu lagi. Sekiranya peperangan terus berlaku, dalam masa seminggu pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sekiranya kita kalah, sia – sia sahaja bantuan dari Eropah itu. Sebab itu kita adakan gencatan senjata selama satu minggu . Dalam masa itu tentera kita boleh mengumpulkan kekuatan dan membina semula kubu – kubu kita. Selepas satu minggu nanti, apabila tentera bantuan kita tiba kita perangi tentera Turki habis – habisan sehingga mereka hancur lebur.”
Maharaja Konstatine termenung memikirkan kata panglimanya itu. Ada juga kebenarannya. Gencatan senjata itu cuma suatu muslihat bagi mengalahkan musuh.
“Baiklah, aku setuju dengan cadangan itu. Hantar utusan bagi menemui Sultan Muhammad.” Akhirnya Maharaja Konstatine bersetuju.
Perintah itu segera dilaksanakan. Mereka melantik Alexis, seorang yang petah berkata – kata sebagai utusan bagi merundingkan gencatan senjata. Kedatangannya disambut baik oleh tentera Turki lalu dibawa menghadap Sultan Muhammad al- Fateh.
“ Saya mahu bertemu Sultan Muhammad al- Fateh, “ kata Alexis. Dia tidak tahu di hadapannya itu ialah Sultan Muhammad al- Fateh.
“ Sayalah orangnya……,” kata Sultan Muhammad al- Fateh.
“Jangan bergurau dengan saya,” kat Alexis. Dia masih tidak percaya kerana anak muda di hadapannya masih terlalu muda.
“Memang benar,bagindalah Raja kami yang bernama Sultan Muhammad”. Kata Panglima Tharhan
Alexis percaya. Dia berasa kagum lalu berkata, “Raja saudara berbeza sungguh dengan raja kami.”
Apa bezanya?” tanya Syeikh Syamduddin al- Wali pula.
Maharaja Konstatine memakai mahkota yang bertahtakan intan berlian. Baginda memakai pakaian yang mahal dan duduk di atas singgahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu,” jawab Alexis sambil meluahkan rasa kagumnya.
“Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak bolah dimegahkan kerana apabila meninggal dunai semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama di sisi Allah SWT kecuali mereka yang lebih bertakwa, “ kata Sultan Muhammad al- Fateh.
Tiba- tiba Alexis teringatkan sesuatu. Kemusian dia berkata,” Sebelum datang ke sini, saya berjumpa dengan seorang paderi yang paling tua di kalangan semua paderi. Tujuan saya berjumpa dengannya adalah supaya dia mendoakan keselamatan saya. Paderi tua ada membisikkan sesuatu yang paling menakutkan saya.”
“Apa katanya?” tanya Panglima Tharhan.
Alexis kelihatan sebak, dia menangis. Selepas reda perasannya, Alexis pun berkata, “Paderi itu berkata, kota Konstatinapole bakal ditawan oleh seorang raja yang baik, raja yang mempunyai tentera yang baik. Saya bimbang sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah raja kamu yang ada di hadapan saya ini.” Jawab Alexis.
“Sekiranya begitu lebih baik beritahu Maharaja kamu supaya menyerahkan kota Konstatinapole kepada raja kami.” Kata Panglima Tharhan.
“Yang awak maksudkan itu adalah raja yang ada di hadapan saya inikah?” jawab Alexis.
“Sekiranya begitu lebih baik beritahu maharaja kamu supaya menyerahkan kota Konstatinapole kepada raja kami,” kata Panglima Tharhan.
“Maharaja Konstatinapole menghantar saya ke mari bagi merundingkan suatu gencatan senjata antara Turki dengan tentera Rom. Sepanjang gencatan senjata ini, mana –mana pihak tidak boleh melakukan serangan.” Alexis menyatakan maksud kedatangannya.
Sultan Muhammad Al- Fateh tidak terus menerima ataupun menolak tawaran itu. Baginda mengadakan mesyuarat dengan para pembantunya sebelum membuat keputusan.
“ Saya berpendapat elok kita terima cadangan itu.” Kata Syeikh Syamsuddin al- Wali. Kemudian dia menambah lagi, “Selama satu minggu kita boleh membuat persiapan bagi memindahkan kapal – kapal kita masuk ke Tanduk Emas. Kita boleh kerahkan semua tentera kita bagi tujuan itu.
“ Saya yakin rahmat Allah SWT yang memberi peluang kita memindahkan kapal –kapal itu. Sebab itu saya juga menyokong kita terima tawaran gencatan senjata itu.” Sokong Panglima Thartan.
“Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini berlaku tiupan angina kencang dari laut ke daratan. Pada masa itulah kita gerakkan kapal- kapal itu ke daratan. Kita tarik kapal- kapal itu dengan tali. Dengan bantuan angina yang bertiup kencang, saya yakin usaha kita memindahkan kapal ke pelabuhan Tanduk Emas (Golden Horn) bejaya, “ kata Syeikh Muhammad al- Wali.
Sebelum menjelangnya malam Jumaat yang dinantikan itu, tentera Turki asyik beramal ibadat memohon bantuan daripada Allah SWT supaya usaha memindahkan kapal –kapal perang itu berjaya dilakukan. Benar seperti apa yang difirasatksan oleh Syeikh Syamsuddin al- Wali. Pada malam itu selesai sahaja sembahyang Isyak, berlaku rebut kencang disertai hujan lebat.
Tentera Turki membongkar sauh serta kain layar lalu meluncurlah kapal –kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian kapal- kapal itu ditarik sejauh tiga batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah kapal berjaya dipindahkan. Menjelang pagi kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahkan. Tentera Turki meraikan kejayaan yang luar biasa itu dengan takbir, “Allah hu akbar.”
Maharaja Konstantine terjaga dari tidur apabila mendengar suara takbir. Baginda membuka tingkap bilik tidurnya bagi memastikan dari arah manakah datangnya suara takbir yang menegakkan bulu romanya itu. Alangkah terkejutnya Maharaja Konstantine apabila melihat 70 buah kapal perang Turki berlabuh di Tanduk Emas. Kedudukan kapal- kapal itu betul –betul di hadapan kota Konstatinapole.
“Bagaimana kapal –kapal Turki ini boleh masuk ke Tanduk Emas? Mustahil rantai raksasa itu dapat diputuskan,” Maharaja Konstantine bersuara tinggi. Baginda seolah –olah hilang kewarasan kerana terlalu terkejut.
“Rantai ajaib itu masih belum putus, tuanku,” kata Panglima Ardogan.
“Bagaimana mereka melepasinya?” tanya Maharaja Konstntine.
“Mereka memindahkan kappa –kapal itu melalui jalan darat. Sesuatu yang mustahil boleh berlaku tetapi sudah berlaku di depan mata kita.”jawab Panglima Ardogan.
Terlopong mulut Maharaja Konstantine mendengarnya. Seumur hidupnya belum pernah berlaku kapal di atas daratan. Tetapi Sultan Muhammad al- Fateh berjaya melakukannya. Bukan sebuah kapal tetapi 70 buah kapal berjaya diluncurkan ke Pelabuhan Tanduk Emas.
No comments:
Post a Comment