Sheikh Abdul Qadir Jailani pergi ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dia mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad dari rumahnya. Sebelum bertolak, ibunya memberi sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Ibunya menyembunyikan wang itu pada bahagian lengan baju anaknya dan dijahitnya supaya tidak diketahui orang.
Setelah siap, ibunya pun berpesan kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai anakku, dengarlah baik-baik pesan ibu ini. Bila kau dalam perjalanan dan berada di negeri orang, engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh berdusta. Hendaklah kau ingat hai anakku akan sabda Rasul bahawa amanah itu kejayaan. Berlaku benarlah baik dalam tutur kata mahu pun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.
”Ketika dalam perjalanan mengikuti kafilah yang pergi ke Baghdad itu, tiba-tiba mereka diserang oleh satu angkatan penyamun. Segala barang yang dibawa oleh kafilah tersebut, termasuk barang kepunyaannya turut habis dirompak. Kemudian, seorang penyamun bertanya kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Cakaplah benar kepadaku!” gertak penyamun itu dengan suara yang keras.“Ya ada! Aku ada 40 ashrafis” ujar Sheikh Abdul Qadir dengan tegas dan bersahaja.Penya
Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut mendengar kata-kata itu. Dia merasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikit pun. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun membawa Sheikh Abdul Qadir berjumpa ketuanya.“Siapa
Demi mendangarkan pengakuan Sheikh Abdul Qadir itu, ketua penyamun terkejut lantas berkata lagi “Apa benarkah apa yang engkau katakan hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olok
”Dengan kuasa Allah s.w.t., ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Sheikh Abdul Qadir yang penuh keimanan dan hikmah itu lantas menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan dan keinsafan, ketua perompak itu memohon maaf dari Sheikh Abdul Qadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu.
No comments:
Post a Comment