Wednesday 11 June 2014

HASAN BASRI BERJIRAN DENGAN NASRANI


Kekaguman para sahabat dan murid-muridnya tak menggetarkan pribadi Hasan al-Bashri untuk tetap hidup penuh kesederhanaan. Di rumah yang tidak terlalu besar dia tinggal bersama isteri tercinta. Di bahagian atas adalah tempat tinggal seorang Nasrani. Kehidupan berumah bertetangga mengalir tenang dan harmoni walaupun diliputi kekurangan menurut ukuran duniawi. Di dalam bilik Hasan al-Bashri selalu terlihat kesan kecil bocor air dari atap biliknya. Isterinya memang sengaja meletakkan bekas tadahan air atas permintaan Hasan al-Bashri agar tidak basah. Hasan al-Bashri selalu mengganti bekas tadahan itu setiap kali penuh dan sesekali mengelap sisa percikan yang sempat membasahi lantai. Hasan al-Bashri tak pernah berniat memperbaiki atap itu. “Kita tak boleh mengusik tetangga,” dalihnya. Jika dilihat atap bilik Hasan al-Bashri tak lain merupakan lantai bilik mandi seorang Nasrani, jirannya. Kerana ada kerosakkan, air kencing dan kotoran masuk ke dalam bilik Imam Hassan tanpa mengikuti saluran yang tersedia. Jiran Nasrani itu tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian ini kerana Hasan al-Bashri sendiri belum pernah memberitahunya. Hingga suatu ketika si jurang menjenguk Hasan al-Bashri yang tengah sakit dan menyaksikan sendiri air najis bilik mandinya menimpa ruangan Hasan Al-Bashri.“Imam, sejak bila engkau bersabar dengan semua ini,” jiran Nasrani kelihatan menyesal. Hasan al-Bashri hanya terdiam memandang, sambil melempar senyum pendek. Merasa tak ada jawaban jiran Nasrani pun bertanya lagi. “Tolong katakan dengan jujur, wahai Imam. Ini demi melegakan hati kami.” Dengan suara berat Hasan al-Bashri pun berkata, “Dua puluh tahun yang lalu.”“Lantas mengapa engkau tidak memberitahuku?”“Memuliakan jiran adalah hal yang wajib. Nabi kami mengajarnya, ‘Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka muliakanlah jiran". Anda adalah jiran saya,” jawabnya. Mendengar jawaban Hasan al Bashri, jirannya Nasrani itu mengucapkan dua kalimat syahadat.

No comments:

Post a Comment