Wednesday, 4 June 2014

BAGIMANAKAH KONSTANTINOPLE DI TAKLUK?


Malam itu Sultan Muhammad al Fateh merintih hiba mengenangkan semua usaha menawan kota Konstantinople masih belum menampakkan hasilnya. Baginda berdoa, merintih dan merayu kepada Allah SWT, “ Wahai Allah, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan – Mu. Kami hampir putus asa kerana tidak berjaya menawan kota Konstantinople walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepada Mu, Tuhan, bantulah kami. Berikanlah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh.”

Selesai berdoa Sultan Muhammad al- Fateh berasa mengantuk lalu terlena. Dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal – kapal perangnya belayar ke Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas (Golden Horn). Kemudian Baginda terjaga dari tidurnya. Kerana menyangka mimpi itu Cuma mainan tidur, baginda menyambung semula tidurnya, tetapi mimpi yang sama berulang lagi. Selepas tiga kali berturut-turut mimpi yang sama didalaminya, Sultan Muhammad al- Fateh yakin itu adalah petunjuk dripada Allah SWT. Baginda bersyukur tetapi masih memikirkan makna mimpinya itu.

Keesokan paginya selepas sembahyang subuh, Sultan Muhammad al- Fateh menemui gurunya Syeikh Syamsuddin al- Wali lalu menceritakan mimpinya. Sambil tersenyum ulama terbilang itu berkata, “Selepas kita berusaha dan selepas kita hampir kehabisan ikhtiar, Allah pun memberikan pertolongan- Nya.” Maksud tuan, mimpi itu petunjuk dari Allah?” tanya Sultan Muhammad.

“Bersyukurlah kerana Allah sudah menunjukkan caranya bagi mengalahkan tentera Rom.” Jawab Syeikh Syamsuddin al- Wali. Sultan Muhammad segera bermesyuarat dengan pembantu – pembantunya.
“ Kita pindahkan semua kapal – kapal kita ke Pelabuhan Tanduk Emas. Itu sahaja caranya,” jelas Sultan Muhammad al- Fateh.

“ Itu mustahil dilakukan kerana pintu masuk Tanduk Emas direntang dengan rantai besi raksasa. Kapal perang kita tidak dapat memutuskan rantai itu walaupun sudah dirempuh beberapa kali.” Kata Pnglima Hamzah Pasya.

“ Kita pindahkan kapal melalui jalan darat.” Hamzah Pasya trtawa mendengar jawapan itu kerana menyangka ia suatu guruan. “ Mustahil kapal belayar di atas daratan,” fikirnya.

“ Tidak ada yang mustahil sekiranya diizinkan Allah SWT. Kita berusaha memindahkan kapal – kapal perang kita melalui darat.” Tegas Sultan Muhammad

“ Maafkan sata Tuanku.” Panglima Amir Pasya pula menyampuk. “Adakah rancangan memindahkan kapal perang kita melalui jalan darat ini datangnya dari buah fikiran tuanku atau petunjuk dari Allah SWT?”

“ Petunjuk dari Allah SWT,” jawab Sulran Muhammad al- Fateh. “ Sayamendapat dari mimpi.”

“ Dengan izin Allah SWT kita pindahkan kapal – kapal perang kita ke Tanduk Emas melalui jalan darat.” Kata Sultan Muhammad.

KAPAL BELAYAR DI DARATAN

“ Bantuan dari Eropah itu tiba dalam masa seminggu lagi. Sekiranya peperangan terus berlaku, dalam masa seminggu pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sekiranya kita kalah, sia – sia sahaja bantuan dari Eropah itu. Sebab itu kita adakan gencatan senjata selama satu minggu . Dalam masa itu tentera kita boleh mengumpulkan kekuatan dan membina semula kubu – kubu kita. Selepas satu minggu nanti, apabila tentera bantuan kita tiba kita perangi tentera Turki habis – habisan sehingga mereka hancur lebur.”

Maharaja Konstatine termenung memikirkan kata panglimanya itu. Ada juga kebenarannya. Gencatan senjata itu cuma suatu muslihat bagi mengalahkan musuh.
“Baiklah, aku setuju dengan cadangan itu. Hantar utusan bagi menemui Sultan Muhammad.” Akhirnya Maharaja Konstatine bersetuju.

Perintah itu segera dilaksanakan. Mereka melantik Alexis, seorang yang petah berkata – kata sebagai utusan bagi merundingkan gencatan senjata. Kedatangannya disambut baik oleh tentera Turki lalu dibawa menghadap Sultan Muhammad al- Fateh.

“ Saya mahu bertemu Sultan Muhammad al- Fateh, “ kata Alexis. Dia tidak tahu di hadapannya itu ialah Sultan Muhammad al- Fateh.

“ Sayalah orangnya……,” kata Sultan Muhammad al- Fateh.

“Jangan bergurau dengan saya,” kat Alexis. Dia masih tidak percaya kerana anak muda di hadapannya masih terlalu muda.

“Memang benar,bagindalah Raja kami yang bernama Sultan Muhammad”. Kata Panglima Tharhan
Alexis percaya. Dia berasa kagum lalu berkata, “Raja saudara berbeza sungguh dengan raja kami.”
Apa bezanya?” tanya Syeikh Syamduddin al- Wali pula.

Maharaja Konstatine memakai mahkota yang bertahtakan intan berlian. Baginda memakai pakaian yang mahal dan duduk di atas singgahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu,” jawab Alexis sambil meluahkan rasa kagumnya.

“Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak bolah dimegahkan kerana apabila meninggal dunai semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama di sisi Allah SWT kecuali mereka yang lebih bertakwa, “ kata Sultan Muhammad al- Fateh.

Tiba- tiba Alexis teringatkan sesuatu. Kemusian dia berkata,” Sebelum datang ke sini, saya berjumpa dengan seorang paderi yang paling tua di kalangan semua paderi. Tujuan saya berjumpa dengannya adalah supaya dia mendoakan keselamatan saya. Paderi tua ada membisikkan sesuatu yang paling menakutkan saya.”
“Apa katanya?” tanya Panglima Tharhan.

Alexis kelihatan sebak, dia menangis. Selepas reda perasannya, Alexis pun berkata, “Paderi itu berkata, kota Konstatinapole bakal ditawan oleh seorang raja yang baik, raja yang mempunyai tentera yang baik. Saya bimbang sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah raja kamu yang ada di hadapan saya ini.” Jawab Alexis.
“Sekiranya begitu lebih baik beritahu Maharaja kamu supaya menyerahkan kota Konstatinapole kepada raja kami.” Kata Panglima Tharhan.

“Yang awak maksudkan itu adalah raja yang ada di hadapan saya inikah?” jawab Alexis.
“Sekiranya begitu lebih baik beritahu maharaja kamu supaya menyerahkan kota Konstatinapole kepada raja kami,” kata Panglima Tharhan.

“Maharaja Konstatinapole menghantar saya ke mari bagi merundingkan suatu gencatan senjata antara Turki dengan tentera Rom. Sepanjang gencatan senjata ini, mana –mana pihak tidak boleh melakukan serangan.” Alexis menyatakan maksud kedatangannya.

Sultan Muhammad Al- Fateh tidak terus menerima ataupun menolak tawaran itu. Baginda mengadakan mesyuarat dengan para pembantunya sebelum membuat keputusan.

“ Saya berpendapat elok kita terima cadangan itu.” Kata Syeikh Syamsuddin al- Wali. Kemudian dia menambah lagi, “Selama satu minggu kita boleh membuat persiapan bagi memindahkan kapal – kapal kita masuk ke Tanduk Emas. Kita boleh kerahkan semua tentera kita bagi tujuan itu.

“ Saya yakin rahmat Allah SWT yang memberi peluang kita memindahkan kapal –kapal itu. Sebab itu saya juga menyokong kita terima tawaran gencatan senjata itu.” Sokong Panglima Thartan.

“Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini berlaku tiupan angina kencang dari laut ke daratan. Pada masa itulah kita gerakkan kapal- kapal itu ke daratan. Kita tarik kapal- kapal itu dengan tali. Dengan bantuan angina yang bertiup kencang, saya yakin usaha kita memindahkan kapal ke pelabuhan Tanduk Emas (Golden Horn) bejaya, “ kata Syeikh Muhammad al- Wali.

Sebelum menjelangnya malam Jumaat yang dinantikan itu, tentera Turki asyik beramal ibadat memohon bantuan daripada Allah SWT supaya usaha memindahkan kapal –kapal perang itu berjaya dilakukan. Benar seperti apa yang difirasatksan oleh Syeikh Syamsuddin al- Wali. Pada malam itu selesai sahaja sembahyang Isyak, berlaku rebut kencang disertai hujan lebat.

Tentera Turki membongkar sauh serta kain layar lalu meluncurlah kapal –kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian kapal- kapal itu ditarik sejauh tiga batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah kapal berjaya dipindahkan. Menjelang pagi kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahkan. Tentera Turki meraikan kejayaan yang luar biasa itu dengan takbir, “Allah hu akbar.”

Maharaja Konstantine terjaga dari tidur apabila mendengar suara takbir. Baginda membuka tingkap bilik tidurnya bagi memastikan dari arah manakah datangnya suara takbir yang menegakkan bulu romanya itu. Alangkah terkejutnya Maharaja Konstantine apabila melihat 70 buah kapal perang Turki berlabuh di Tanduk Emas. Kedudukan kapal- kapal itu betul –betul di hadapan kota Konstatinapole.

“Bagaimana kapal –kapal Turki ini boleh masuk ke Tanduk Emas? Mustahil rantai raksasa itu dapat diputuskan,” Maharaja Konstantine bersuara tinggi. Baginda seolah –olah hilang kewarasan kerana terlalu terkejut.

“Rantai ajaib itu masih belum putus, tuanku,” kata Panglima Ardogan.
“Bagaimana mereka melepasinya?” tanya Maharaja Konstntine.
“Mereka memindahkan kappa –kapal itu melalui jalan darat. Sesuatu yang mustahil boleh berlaku tetapi sudah berlaku di depan mata kita.”jawab Panglima Ardogan.

Terlopong mulut Maharaja Konstantine mendengarnya. Seumur hidupnya belum pernah berlaku kapal di atas daratan. Tetapi Sultan Muhammad al- Fateh berjaya melakukannya. Bukan sebuah kapal tetapi 70 buah kapal berjaya diluncurkan ke Pelabuhan Tanduk Emas.

KISAH SUFI : TAUBAT KERANA SEBIJI TEMBIKAI


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT.

KELEBIHAN SA'AD BIN ABI WAQASH KETEPATAN PANAH DAN DOA MUSTAJAB


Empat ribu kaum muslim syahid dalam sehari oleh angkatan perang Persia. Situasi yang tak terkendali dan pengkhianatan orang-orang Iraq terhadap pasukan kaum muslimin memaksa Amirul Mu'minin Umar Ibnu Khattab memutuskan berangkat sendiri memimpin pasukan di Qadisiyah.

Amirul Mu'minin menunjuk Ali bin Abi Thalib sebagai wakil pemimpin di Madinah. Belum lama berjalan, sebagian anggota rombongan yang diketuai Abdurrahman bin Auf mengusulkan agar Amirul Mu'minin kembali ke Madinah. Terlalu berisiko bagi pemimpin umat Islam berangkat ke medan perang sementara keadaan kaum Muslimin memerlukan banyak arahan.

Akhirnya dikumpulkan sahabat utama dan Amirul Mu'minin bermusyawarah dan Umar bersepakat untuk kembali ke Madinah. Umar kemudian menanyakan siapa kiranya yang akan berangkat ke Qadisiya dan memimpin pasukan?

Tiba-tiba Abdurrahman bin Auf berseru "Saya telah menemukannya..!" 'Siapa dia?" tanya Umar. "Dialah Singa yang menyembunyikan kukunya, Sa'ad bin Malik az-Zahuri!"

Sa'ad bin Abi Waqash lebih dikenal sebagai salah satu sahabat yang dijamin masuk surga. Sa'ad masuk islam ketika berumur 17 tahun dan dia pernah berkata "Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk tiga orang pertama yang masuk Islam."

Sa'ad memiliki banyak keutamaan disisi Rasulullah SAW. Suatu saat dia pernah disambut Rasulullah SAW dengan gembira dan sambil membangga-banggakan Sa'ad, sabdanya "Ini dia bapa saudaraku...! Siapa orang yang punya bapa saudara seperti bapa saudaraku ini?" itulah Sa'ad, abangnya ialah Uhaib putra dari manaf yang menjadi bapa saudara dari Aminah, Ibunda Rasulullah SAW.

Selain itu Sa'ad adalah orang yang pertama kali melepas anak panah dalam Islam dan juga mula-mula terkena anak panah. Sa'ad juga mendapat keutamaan sebagai satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasulullah dengan jaminan kedua orang tua beliau. Bersabdalah Rasulullah SAW di perang Uhud:"Panahlah hai Sa'ad! Ibu bapakku menjadi jaminan bagimu...!"

Ali bin Abi Thalib juga mengatakan, "Tidak pernah saya dengar Rasulullah menyediakan ibu bapakknya sebagai jaminan seseorang kecuali untuk Sa'ad!"

Sa'ad adalah seorang kesatriaan Muslim yang paling berani. Ia mempunya dua kekuatan yang sangat ampuh: panah dan doanya. Jika ia memanah maka pasti tepat sasaran, jika ia berdoa maka akan dikabulkan-Nya.

Hal ini tak lepas dari doa Rasulullah untuk Sa'ad. Suatu hari Rasulullah menyaksikan dari Sa'ad sesuatu yang menyenangkan dan berkenan mendoakan Sa'ad "Ya Allah, tepatkanlah bidikan panahnya dan kabulkanlah doanya..!"

Demikian menjadi masyhur bahwa doanya makbul. Suatu hari, ketika fitnah di zaman Ali sebagai khalifah datang, Sa'ad mendengar seorang laki-laki memaki Ali, Thalhah dan Zubair. Ketika dilarangnya, orang itu justru menolak.

Maka Sa'ad berkata "Kalau begitu akan saya doakan kamu kepada Allah." Laki-laki itu berkata "Rupanya kamu hendak menakutiku, seolah-oalh kamu seorang Nabi." Maka Sa'ad pun pergi wudhu dan melakukan shalat dua rakaat kemudian berdoa:

"Ya Allah, kiranya menurut ilmu-Mu, laki-laki ini telah memaki segolongan orang yang telah peroleh kebaikan-Mu dan tindakan mereka mengundang amarah murka-Mu, maka mohon lah dijadikan hal ini sebagai pertanda dan pelajaran.."

Tidak lama kemudian, tiba-tiba dari salah satu pekarangan rumah muncul seekor unta liar dan memijak laki-laki tadi hingga meninggal. 

Sa'ad juga contoh bagi kita dalam hal istiqomah dalam iman dan hidayah. Betapa mahalnya hidayah itu bahkan harus kita gigit dengan geraham kita untuk tak melepaskannya. Terkisahlah ibunda Sa'ad yang melakukan mogok makan berhari-hari demi menentang keislaman anaknya.

Semakin hari semakin parahlah keadaan ibu Sa'ad ini. Dalam ujian keimanan yang berat seperti ini, keimanan Sa'ad kukuh menghujam dan keluarlah kalimat yang abadi itu. 

"Demi Allah, ketahuilah wahai ibonda, seandainya bonda memiliki seratus nyawa, lalu ia keluar satu per satu tidaklah anakmu ini akan meninggalkan Agama ini walau ditebus dengan apapun."

Akhirnya ibondanya akur dan turunlah ayat tentang kisah Sa'ad ini, "Dan seandainya kedua orang tua memaksamu untuk mempersekutukan Aku, padahal itu tidak sesuai dengan pendapatmu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (QS Lukman : 15)

TEMPAT MUSTAJAB BERDOA DI SEKITAR MAKKAH


1. Hajar Aswad (batu dari syurga).

2. Multazam / Hateem

3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).

8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).

10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – 
ditutup).

11. Rukun Yamani

12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).

13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

14. Di safa.

15. Di Marwah. 

16. Sepanjang perjalanan safa-marwah dan marwah-safa. 

17. Di sekeliling Kaabah. 

18. Di dalam Kaabah. 


Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Saw sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah Saw memegang tanganku dan membawa aku ke Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir Ismail jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

KISAH SUFI : CARA MENDAPATKAN DOA YANG MUSTAJAB


Ada seorang ahli sufi yang memang terkenal dengan doanya yang mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari, ahli sufi tersebut keluar dari rumah dengan berjalan kaki. Sehinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan dia ingin ke seberang sana. Jika dia mahu, dia boleh saja berdoa kepada Allah supaya dia dapat berjalan di atas air dan menyeberang sungai dengan sekelip mata. Namun, beliau tidak melakukannya, bimbang akan timbul perasaan riak di dalam hatinya.

Setelah menunggu, datanglah sebuah sampan yang membawa penumpang ke seberang. Di atas sampan tersebut kelihatan beberapa orang yang mempunyai tujuan yang sama. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang bertanya kepada ahli sufi tersebut,

"Wahai ahli sufi, bagaimana kamu berdoa sehingga semua doa-doamu makbul?"

Ahli sufi hanya berdiam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut.

Sehinggalah sampai satu masa hanya tinggal tiga orang dalam sampan tersebut iaitu pendayung sampan, lelaki serta ahli sufi tersebut. Tiba-tiba, ahli sufi menolak lelaki tadi sehingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut dengan semena-mena menjerit meminta tolong. Lelaki itu tidak tahu berenang, dan dia memang bersungguh-sungguh menjerit meminta tolong. Sehinggalah sampai masa pendayung sampan terjun untuk menyelamatkannya.

Sehinggalah lelaki tersebut selamat dan kembali berada di dalam sampan. Setelah menghilangkan penat akibat tercungap-cungap lemas tadi, dia kembali bertanya kepada ahli sufi,

"Wahai ahli sufi, mengapa engkau menolak aku ke dalam sungai?"

"Aku hanya bertanya satu soalan kepada engkau, bagaimana engkau berdoa dan semua doamu mustajab," sambung lelaki itu lagi.

"Itulah jawapanku kepada soalanmu," jawab ahli sufi.

Jawapan itu membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga. Ahli sufi kemudian menyambung dengan persoalan,

"Bagaimana keadaanmu ketika di dalam sungai tadi?"

"Tadi ketika di dalam sungai, aku menjerit-jerit meminta tolong. Berharap semoga adanya pertolongan yang datang, kerana aku sedar aku tak boleh berenang. Aku berdoa kepada Allah supaya adanya orang yang akan datang menyelamatkan aku. Aku bersungguh-sungguh berdoa meminta pertolongan dengan menjerit meminta tolong,"

"Itulah sebenarnya cara kita berdoa kepada Allah. Jika kita inginkan sesuatu daripada Allah, seharusnya kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan keyakinan dalam doa kita kepadanya,"

Akhirnya, lelaki yang bertanya faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh ahli sufi tadi.

Sebagai pengajaran bagi cerita yang disampaikan, berdoalah kepada Dia dengan bersungguh-sungguh. Berdoa dengan penuh keyakinan, dan percaya bahawa Allah sentiasa mendengar doa daripada hamba-hamba-Nya 

CARA CUCU RASULULLAH NASIHATI ORANG TUA


Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein suatu ketika melihat seseorang sedang berwudhu. Sayangnya, cara wudhu orang tersebut tidak sempurna, tidak sesuai dengan tuntunan agama. Kedua cucu baginda Nabi SAW yang tengah meningkat remaja itu pun berfikir tentang cara membetulkan secara bijak. Mereka tak ingin menyinggung dan berharap pesan nasihatnya dapat diterima dengan lapang dada. Salah seorang dari keduanya akhirnya mengatakan kepada orang tersebut, ”Wahai pakcik, saya dan saudara saya berbeza pendapat mengenai siapa di antara kami yang paling benar dan bagus cara wudhunya. Kami minta tolong pakcik untuk menilai kami, siapa yang terbaik wudhunya!”Orang itu setuju. Hassan dan Hussein lantas berwudhu sementara ia memperhatikan satu persatu dengan seksama, disertai rasa kagum akan cara wudhu dua anak tersebut. Saat itu, dia sangat beruntung kerana mendapat pelajaran praktikal dari kedua-dua anak itu. Pelahan-pelahan dia mendapat kesedaran bahawa dia telah melakukan kesalahan. Setelah Hassan dan Hussein selesai berwudhu tiba saatnya untuk menentukan pemenangnya. ”Wudhu kalian berdua sangat istimewa,” kata orang itu sambil tersenyum seolah-olah mengucapkan terima kasih. Tidak ada pemenangnya. Memang tujuannya bukan untuk mencari pemenang. Apa pun situasinya, nasihat-menasihati merupakan prinsip dalam Agama. Sayangnya prinsip ini semakin luntur, kerana banyak orang yang “berat” menasihati orang lain dan banyak pula orang yang merasa “berat” untuk menerima nasihat.

KEJUJURAN SHEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI


Sheikh Abdul Qadir Jailani pergi ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dia mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad dari rumahnya. Sebelum bertolak, ibunya memberi sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Ibunya menyembunyikan wang itu pada bahagian lengan baju anaknya dan dijahitnya supaya tidak diketahui orang.

Setelah siap, ibunya pun berpesan kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai anakku, dengarlah baik-baik pesan ibu ini. Bila kau dalam perjalanan dan berada di negeri orang, engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh berdusta. Hendaklah kau ingat hai anakku akan sabda Rasul bahawa amanah itu kejayaan. Berlaku benarlah baik dalam tutur kata mahu pun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.

”Ketika dalam perjalanan mengikuti kafilah yang pergi ke Baghdad itu, tiba-tiba mereka diserang oleh satu angkatan penyamun. Segala barang yang dibawa oleh kafilah tersebut, termasuk barang kepunyaannya turut habis dirompak. Kemudian, seorang penyamun bertanya kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Cakaplah benar kepadaku!” gertak penyamun itu dengan suara yang keras.“Ya ada! Aku ada 40 ashrafis” ujar Sheikh Abdul Qadir dengan tegas dan bersahaja.Penyamun itu terkejut mendengarkan kata-kata tersebut kerana menyangka budak itu mahu mempersendakannya. Pada fikirannya tidak mungkin seorang budak boleh memberitahu kepada seseorang penyamun bahawa dia masih punya wang.“Apakah engkau mahu memperolok-oloklan aku?” tanya perompak itu lagi dengan penuh hairan.“Tidak! Sungguh tuan, saya tidak berkata dusta,” sahut Sheikh Abdul Qadir.“Tuan, tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya. Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu. Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci sekali bercakap bohong. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini, hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak akan sesekali berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!” sambung Sheikh Abdul Qadir dengan penuh semangat.

Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut mendengar kata-kata itu. Dia merasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikit pun. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun membawa Sheikh Abdul Qadir berjumpa ketuanya.“Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang?” tanya ketua penyamun. Sheikh Abdul Qadir menjawab dengan berani “Nama saya Abdul Qadir dan saya datang dari Jilan”“Kemana engkau hendak pergi?”“Baghdad,” jawabnya ringkas.“Untuk tujuan apa kau kesana?”“Saya hendak menuntut ilmu.”“Bagus! Bagus! Engkau tentu bawa wang bukan?” tanya ketua penyamun“Benar! Saya mempunyai 40 ashrafis,” sekali lagi Sheikh Abdul Qadir menjawab dengan penuh jujur.

Demi mendangarkan pengakuan Sheikh Abdul Qadir itu, ketua penyamun terkejut lantas berkata lagi “Apa benarkah apa yang engkau katakan hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?” Maka sambung Sheikh Abdul Qadir “Benar tuan! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong. Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan akan sia-sialah asuhan dan didikan ibu saya!

”Dengan kuasa Allah s.w.t., ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Sheikh Abdul Qadir yang penuh keimanan dan hikmah itu lantas menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan dan keinsafan, ketua perompak itu memohon maaf dari Sheikh Abdul Qadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu.