Dari Ibnu Abbas bahawa orang Ansar pada suatu hari, ketika duduk bersama Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba mereka melihat bintang atau meteor yang bergeser, kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat Anshar yang ada di situ: Bagaimana keyakinan kalian pada masa Jahiliyah , ketika melihat kejadian seperti ini? Mereka menjawab: Kami dahulu berkeyakinan bahawa bergesernya bintang atau jatuhnya meteor merupakan tanda lahir atau meninggalkannya
Dijelaskan bahawa jin-jin duduk di suatu tempat di langit untuk mencuri dengar berita-berita dari langit. Mereka adalah jin-jin yang sangat jahat dan menyesatkan. Dahulu jin melakukan hal itu untuk memperoleh berita langit dengan mencuri dengar dari para malaikat dan kemudian mereka sampaikan kepada iblis dan para ahli sihir.
Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah SAW berangkat bersama serombongan sahabat menuju ke pasar Ukaz. Perkara ini menyebabkan berita-berita langit yang dicuri oleh jin terhalang malahan mereka dilempari dengan panah api sehingga terpaksa pulang ke kaumnya. Setibanya ia di tempat kaumnya, jin itu pun ditanya, "Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?" Mereka menjawab, "Kami terhalang untuk mendapatkan berita dari langit. Bahkan kami dikejar oleh bintang-bintang
Maka bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian daripada mereka pun tiba di Tuhamah tempat Rasulullah S.a.w berhenti untuk sembahyang Subuh. Mereka mendengar bacaan ayat Quran dari Rasul serta memerhatikannya
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan di langit, maka para malaikat mengepakkan sayap mereka kerana tunduk terhadap firman-Nya, seperti layaknya suara rantai yang digesek di atas batu. Setelah rasa takut itu dicabut dari hati para malaikat, mereka bertanya-tanya:
Sumber : Kitab Ensiklopedia Syamail Rasulullah
No comments:
Post a Comment