Wednesday 6 August 2014

SIRAH NABI : KISAH SERIGALA YANG BOLEH BERKATA-KATA


Dari Abu Hurairah RA, Ada seekor serigala datang kepada seorang gembala kambing. Kemudian serigala itu terus menerkam seekor kambing pengembala tersebut. Pengembala itu berusaha merebutnya dari serigala tersebut hingga berhasil menyelamatkan kambing tersebut. Serigala itu segera naik ke bukit dan berkata, "Aku berhasil menerkam mangsaku yang diberikan oleh Allah. Patutkah engkau merampasnya dariku ?". 

Pengembala yang dalam kehairanan itu berkata, "Demi Allah Aku tidak pernah melihat seekor serigala berbicara seperti yang ku lihat pada hari ini". Serigala itu berkata, "Bahkan yang lebih hairan lagi adalah jika kamu tidak percaya pada seseorang yang berada di Madinah yang memberitahu kepada kamu tentang apa yang telah terjadi dan akan terjadi".

Pengembala itu adalah seorang Yahudi. Kemudian ia datang memberitahu kepada Rasulullah SAW kisah yang telah dialami dan terus memeluk Islam.

Nabi membenarkan apa yang diceritakan oleh si pengembala tersebut dan baginda berkata, "Itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda hari kiamat, kelak akan datang pula tanda-tanda yang lain, iaitu seseorang akan keluar dan apabila dia balik akan diberitahu oleh kasutnya atau cemetinya tentang apa yang telah terjadi kepada keluarganya sepanjang sepeninggalannya".

Sumber : Ensiklopedia Syamail Rasulullah

No comments:

Post a Comment