Thursday, 17 November 2016
DISIPLIN DIRI ABUL HUSAIN AN-NURI
Abul Husain melakukan disiplin diri seperti yang dilakukan oleh al-Junaid. Ia dijuluki Nuri (Manusia yang Memperoleh Cahaya) kerana setiap kali ia berbicara di suatu ruangan pada malam yang gelap, dari mulutnya keluar cahaya sehingga seluruh ruangan tersebut menjadi terang. Alasan lain mengapa ia dijuluki demikian adalah kerana ia menjelaskan rahasia-rahasia yang paling pelik. Tetapi versi yang ketiga mengatakan bahawa ia mempunyai sebuah tempat menyepi di tengah padang pasir, di mana ia biasa shalat di sepanjang malam dan apabila ia berada di tempat itu, orang-orang dapat menyaksikan cahaya yang memancar dari tempat tersebut.
Pada awal kehidupan mistiknya, setiap hari ia keluar rumah pagi-pagi sekali dan pergi ke kedainya untuk mengambil beberapa potong roti untuk dibagi-bagikannya sebagai sedekah. Setelah itu barulah ia pergi ke masjid untuk shalat Subuh dan tetap di situ sampai tengah hari. Kemudian ia baru pergi ke kedainya. Orang-orang di rumah menyangka bahwa ia telah makan di kedai dan orang-orang di kedai menyangka bahawa ia telah makan di rumah. Yang demikian dilakukannya secara terus-menerus selama dua puluh tahun tanpa seorang pun yang mengetahui perihal yang sesungguhnya.
Mengenai dirinya sendiri, Nuri berkisah sebagai berikut.
Bertahun-tahun aku berjuang, mengekang diri dan meninggalkan pergaulan ramai. Betapa pun aku telah berusaha keras, namun jalan belum terbuka bagiku.
"Aku harus melakukan sesuatu untuk memperbaiki diriku", aku berkata di dalam hati; "Jika tidak, biarlah aku mati terlepas dari hawa nafsu ini".
"Wahai jasmaniku", aku berkata, "bertahun-tahun sudah engkau menuruti hawa nafsumu sendiri, makan, melihat, mendengar, berjalan-jalan, mengambil, tidur, bersenang-senang dan memuaskan hasratmu. Sungguh semua itu akan mencelakakanmu. Sekarang masuklah ke dalam penjara, akan ku belenggu dirimu dan ku kalungkan kepada lehermu segala kewajiban kepada Allah. Jika engkau sanggup bertahan dalam keadaan seperti itu, engkau pasti meraih kebahagiaan. Tapi jika kau tak sanggup maka setidaknya engkau akan mati di atas jalan Allah".
Maka berjalanlah aku di atas jalan Allah. Pernah ku dengar bahwa hati para mistik merupakan alat yang amat awas dan me-ngetahui rahasia segala sesuatu yang terlihat dan terdengar oleh mereka. Kerana aku sendiri tak memiliki hati yang seperti itu maka aku pun berkata kepada diriku sendiri: "Ucapan-ucapan para Nabi dan manusia-manusia suci adalah benar. Mungkin sekali aku telah bersikap munafik dalam usahaku selama ini, dan kegagalanku ini adalah kerana kesalahanku sendiri. Di sini tak ada tempat untuk berbeza pendapat. Sekarang aku ingin merenungi diriku sendiri sehingga aku benar-benar mengenalnya".
Maka aku pun merenungi diriku sendiri. Ternyata kesalahanku adalah bahawa hati dan hawa nafsuku bersatu. Bila hati dan hawa nafsu berpadu, celakalah! Kerana jika ada sesuatu yang menyinari hati maka hawa nafsu akan menyerap sebahagian daripadanya. Sedarlah aku bahwa hal inilah yang menjadi sumber dilema yang ku hadapi selama ini. Segala sesuatu yang datang dari hadirat Allah ke dalam hatiku, sebagian diserap oleh hawa nafsuku.
Sejak saat itu, segala perbuatan yang diperkenankan oleh hawa nafsuku tidak ku lakukan. Yang aku lakukan adalah hal-hal lain yang tak disukainya. Misalnya, apabila hawa nafsuku berkenan jika aku shalat, berpuasa, bersedekah, menyepi atau bergaul dengan sahabat-sahabatku, maka aku melakukan hal yang sebaliknya. Akhirnya segala hal yang diperkenankan hawa nafsuku dapat ku buang dan rahasia-rahasia mistik mulai terbuka di dalam diriku.
"Siapakah engkau?" aku bertanya.
"Aku adalah mutiara dari Lubuk Tanpa Hasrat", terdengar jawapan. "Katakan kepada murid-muridmu, lubukku adalah Lubuk Tanpa Hasrat dan mutiaraku adalah Mutiara dari Lubuk Tanpa Maksud".
Kemudian aku turun ke sungai Tigris dan berdiri di antara dua buah biduk.
"Aku tidak akan berganjak dari tempat ini", aku berkata. "sebelum seekor ikan terjerat ke dalam jalaku".
Akhirnya masuklah seekor ikan ke dalam jalaku. Ketika ku angkat jalaku itu, aku pun berseru: "Alhamdulillah, perjuanganku telah berhasil".
Aku mengunjungi Junaid dan berkata kepadanya: "Sebuah kurnia telah dilimpahkan kepadaku".
"Abul Husain", Junaid menjawab, "jika yang terjerat oleh jalamu itu adalah seekor ular, bukan seekor ikan, itulah pertanda sebuah kurniaan. Kerana engkau sendiri telah campur tangan, hal itu hanyalah sebuah tipuan, bukan sebuah kurniaan. Tanda dari suatu kurnia adalah bahawa engkau sama sekali tidak ada di sana lagi".
Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment