Thursday, 3 May 2018

ABU BAKAR AS SIDDIQ


Di era dakwah Islam masih secara sembunyi, sahabat pertama yang memberanikan diri membuat seruan secara terbuka mengajak masyarakat Mekah kepada ajaran Rasulullah saw ialah Abu Bakar juga. Walau pun berkali-kali diingatkan Baginda saw agar tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa belasahan dan serangan kaum Quraisy, hal itu semacam tidak menghalang Abu Bakar meneruskan hasratnya.

Diceritakan bagaimana beliau suatu hari mengambi keputusan membawa sebilangan sahabat yang telah memeluk Islam ke Baitullah. Rasulullah saw diriwayatkan ikut serta, tetapi hanya duduk di penjuru Kaabah. Manakala Abu Bakar berdiri memberikan ucapan kepada orang ramai, menyeru mereka kepada Allah dan RasulNya.

Keberaniannya itu telah mencabar keegoan kaum musyrikin. Ucapannya yang terus terang mengajak kepada Islam mengundang kemarahan mereka. Abu Bakar dan para sahabat lain lalu dibelasah, sehingga ada yang luka-luka dan tercedera.

Abu Bakar sendiri jatuh pengsan lantaran dipukul teruk. Mujur juga berita kejadian itu segera sampai ke pengetahuan Bani Tamim, kabilah asal keturunan Abu Bakar. Mereka pun bergegas menyelamatkan beliau dan membawanya pulang. Bahkan, di antara anggota Bani Tamim itu sempat memberi amaran kepada kumpulan musyrikin yang bertanggungjawab mencederakan beliau agar bersedia menghadapi pembalasan mereka sekiranya kecederaan Abu Bakar itu meragut nyawanya.

Namun, seperkara amat menarik ialah reaksi spontan Abu Bakar sendiri tatkala sedar dari pengsannya. Apa agaknya kata-kata pertama beliau? Ya, tidak lain yang terlintas di fikirannya melainkan orang paling disayanginya, Rasulullah saw.

“Bagaimana keadaan Rasulullah?”, itulah soalan pertama ditanyakan Abu Bakar.

Sumber : Ensiklopedia Sejarah Muhammad

PERTEMUAN NABI DENGAN PENDITA NASRANI


Dalam suatu cerita disaat nabi saw, pergi ke Syam, saat itu ditemani oleh Maisarah yang merupakan pembantu setianya Khadijah. saat itu nabi saw belum menikah dengan khadijah. Maisarah diperintahkan untuk mengawasi  kelakuan dan perbuatan yang dilakukan nabi selama perjalanan oleh Khadijah.

Di sepanjang perjalanan mulai dari mekah sampai Syam, sikap dan kebiasaan yang dilakukan Nabi saw dangat berbeda dengan orang lain. ketika semua orang berhenti di suatu tempat pemberhentian kafilah dan suka berkumpul di tempat pemberhentian itu, tetapi nabi saw lebih suka menyendiri dan beristirahat di tempat terpencil.

Maisarah terheran akan sikap dan kebiasaan Nabi saw. ketika Nabi saw sampai di Syam, beliau turun di pasar Bushra. Di tempat itu nabi saw lebih memilih menyendiri dan tidak berkumpul dengan kawan-kawannya, lalu beliau beristirahat di suatu tempat di bawah pohon yang besar yang letaknya dekat dengan pasar.

ketika itu Maisarah meninggalkan nabi saw sebentar, hendak menemui seorang kenalannya. ketika di tengah perjalanan, tiba-tiba ia ditemui seorang pendeta yang bernama Masthura. lalu pendeta tersebut memberi salam dan bertanya kepada Maisarah, " siapakah pemuda yang duduk di bawah pohon besar itu?"tanya pendeta.

Maisarah menjawab," pemuda itu berasal dari tanah haram(Mekah), ia keturunan Quraisy."

selanjutnya sang pendeta bertanya," Adakah dalam kedua matanya tanda merah?".

jawab Maisarah,"Ya"

"itu dia dan dia itulah penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan aku nanti dapat mengetahui di kala di angkat menjadi nabi," demikian kata pendeta.

selanjutnya pendeta berkata," Tidak ada seorang pun yang berani berteduh di bawah pohon itu, melainkan dia adalah seorang yang akan menjadi nabi dan pesuruh Allah. kemudian, pendeta itu pergi menemui nabi saw. di bawah pohon itu dan sesudah mengetahui sifat atau tanda yang ada pada wajah beliau, ia seketika mencium kepala dan kaki nabi saw, lalu berkata," aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahwasanya engkaulah yang telah disebutkan Allah dalam kitab."

kemudian , dia berkata," Ya Muhammad, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada dirimu, sebagaimana yang telah disebutkan dalam kitab-kitab kuno." setelah memperhatikan nabi, lalu pendeta itu berkata" Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan saya menyaksikan bahwasanya engkau itu rasul Allah lagi nabi yang ummy, yang pernah diberitakan dengan kegembiraan oleh Isa ibnu maryam, karena beliau pernah berkata," tidak akan turun pada masa kemudian dariku di bawah pohon ini melainkan seorang nabi yang ummy lagi dari bangsa arab keturunan Hasyim serta berasal dari penduduk Mekah.

demikianlah keadaan dan kejadian yang mengherankan dalam perjalanan Nabi saw ke negeri Syam pada waktu itu, nabi saw belum di angkat dan ditetapkan menjadi nabi dan rasul Allah.

Sumber : Ensiklopedia Sejarah Muhammad

TENTARA GAJAH MENYERANG MEKAH


Abrahah membina sebuah gereja yang dinamakan "al Qulais" yang didirikan di Sana'a. Gereja itu cantik hingga tidak ada tandingannya pada zaman itu.

Abrahah menulis kepada Najasyi, Raja Habsyah dengan memberitahu bahawa dia telah membina sebuah gereja yang cantik, belum pernah dibina oleh orang lain. Tujuannya adalah mahu memalingkan orang-orang Arab daripada pergi menunaikan haji di Makkah kepada melawat ke gereja yang dinamakannya al-Qulais.

Kaabah telah menjadi tempat kunjungan orang-orang Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Kaabah didirikan oleh Nabi Ibrahim, Kaabah menjadi tempat ibadat. Kemudian dalam beberapa tempoh yang panjang, orang Arab mula menyembah berhala. Walaupun mereka menyembah berhala, tetapi mereka tetap memuji dan memuja Kaabah. Mereka menunaikan haji pada tiap-tiap tahun, di mana ibadat haji merupukan ibadat yang telah dilakukan sebelum kedatangan Islam, kemudian dinyatakan oleh Islam dan diperbetulkan mengikut syariat Allah.

Orang-orang Arab masih tetap mengunjungi Kaabah. Abrahah membuat pengisytiharan bahawa dia tidak mahu orang-orang Arab mengunjungi Kaabah tetapi mengunjungi al Qulais. Apabila mendengar berita demikian, orang-orang Arab yang terlalu memuja Kaabah menjadi marah. Tiba-tiba seorang Arab dari kabilah "an Nasah" pergi ke Yaman, datang ke gereja al Qulais, lalu membuang najis di situ. Selepas itu, dia melarikan diri.

Setelah Abrahah mengetahui orang yang membuat perkara ini adalah seorang Arab, dia telah mengambil satu tindakan berani mengikut hawa nafsu dengan menyediakan satu kelengkapan untuk bermusafir ke Makkah bertujuan hendak meruntuhkan Kaabah, BaitilLah Haram yang telah didirikan oleh Nabi Ibrahim A.S. Dia bersumpah bahawa dia wajib pergi Baitillah dan meruntuhkannya.

Dalam angkatan tenteranya ada seekor gajah yang digunakan sebagai kenderaan. Mengikut sesetengah ulama seekor gajah, sebahagian ulama lain pula berpendapat bukan seekor, tetapi lapan ekor gajah menyertai pasukan Abrahah. Namun begitu mengikut kebanyakan ulama, jumlah gajah tersebut hanya seekor sahaja. Inilah keterangan yang lebih tepat pada pandangan mereka bahawa Abrahah bersama seekor gajah dan turut diiringi anggota tenteranya menuju ke Makkah.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan orang-orang Arab bahawa Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah, maka beberapa kabilah bertindak membentuk beberapa pasukan untuk menyerang Abrahah bertujuan untuk menghalangnya daripada sampai ke Makkah. Di utara sebuah kabilah Zu Nahar, merupakan satu kabilah Arab di Yaman. Mereka mengerahkan kaumnya membentuk satu pasukan, untuk menyerang Abrahah. Namun, hanya dengan kekuatan 1% sahaja tentera-tentera Abrahah dapat mengalahkan mereka. Beberapa kabilah lain turut menyerang pasukan Abrahah, tetapi masih tidak mampu mengalahkan mereka, bahkan ketua-ketua kabilah ini telah ditawan oleh tentera Abrahah.

Terdapat juga di kalangan orang Arab yang sanggup menjadi pemandu jalan kepada Abrahah. Apabila Abrahah menang, sudah tentu dia juga ikut menang. Biarpun apa yang dimenangi itu salah. Penunjuk jalan ini dikenali sebagai "Abu Ghiral". Abu Ghiral menjadi penunjuk jalan kepada Abrahah menuju ke Makkah. Setelah Abu Ghiral meninggal dunia, kuburnya direjam oleh orang Arab. Orang Arab yang pergi ke Makkah menunaikan haji bukan sahaja melontar jamrah, bahkan juga melontar kubur Abu Ghiral.

Abrahah meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pinggir Makkah dan merampas beberapa ekor unta. Mengikut riwayat 200 ekor unta milik Abdul Mutalib, datuk Rasulullah S.A.W. Pada masa itu, Abdul Mutalib menjadi pemimpin Makkah. Abrahah telah menghantar utusannya menemui pemimpin-pemimpin Makkah memberitahu tujuan kedatangan mereka bukan untuk membunuh orang, tetapi untuk meruntuhkan Kaabah, kerana dendam gereja mereka yang bernama "al Qulais" telah dikotorkan oleh orang Arab.

Abdul Mutalib datang bersama-sama rombongan yang dianggotai pemimpin-pemimpin Arab menemui Abrahah. Setelah berjumpa, Abrahah bertanya apa yang dikehendaki. Abdul Mutalib menjawab, "Aku hanya minta kamu membebaskan 200 ekor unta yang kamu rampas."

Abrahah tercengang lalu bertanya, "Kenapa kamu sayangkan unta tetapi tidak sayang kepada Kaabah yang kamu puja. Kamu hanya minta unta, terlalu senang untuk kami berikan. Kamu hanya minta dikembalikan unta kamu. Kenapa kamu tidak menahan kami yang mahu meruntuhkan Kaabah."

Abdul Mutalib menjawab tegas, "Unta yang kamu rampas itu kepunyaanku sedangkan Kaabah itu ada pemiliknya (Tuhan). Allah adalah pemiliknya dan Allah akan menjaganya. Aku hanya orang yang beribadat kepada Kaabah. Urusan menjaga Kaabah terserah kepada pemiliknya dan bukan urusanku."

Unta Abdul Mutalib dipulangkan. Setelah dipulangkan, Abdul Mutalib dan pengikut-pengikutnya penduduk Makkah pulang dan mereka menyembunyikan diri di atas bukit kerana takut kepada tentera Abrahah. Sudah tentu ada di antara mereka yang ganas. Mereka menyembunyikan diri di sana sambil memerhatikan tindakan tentera Abrahah ke atas Kaabah. Mengikut setengah riwayat, apabila Abrahah sampai di Kaabah, seorang penduduk Makkah membisikkan ke telinga gajah dengan berkata, "Jangan kamu robohkan Kaabah. Lebih baik kamu balik kerana Kaabah adalah rumah Allah. Yang menjaganya juga Allah."

Allah Taala yang memeliharanya dan Allah Taala juga yang menjaganya. Salah satu perkara yang menakjubkan adalah bala tentera Allah itu ada yang taat dan ada yang tidak taat. Kadang-kadang bala tentera binatang menjadi bala tentera Allah Taala yang lebih taat kepada Allah berbanding manusia yang mempunyai akal fikiran.

Apabila gajah itu dihalakan ke Kaabah, ia pusing ke belakang, duduk dan tidak mahu berjalan, biarpun dipukul teruk. Apabila berpusing ke belakang (arah lain), ia berjalan dan berlari. Apabila dihala ke Syam ia berjalan, dihala ke Yaman ia berjalan, tetapi apabila di hala ke Kaabah semula ia tidak mahu berjalan.

Saat yang cemas ini mengikut riwayatnya, Abdul Mutalib telah bermunajat dan berdoa kepada Allah Taala. Di antara doa yang dibacakan oleh Abdul Mutalib yang bermaksu, "Wahai Tuhan! Sesungguhnya hambamu (Abrahah) telah mencegah dari kalangan hambaMu yang lain dari menunaikan ibadat di Baitullah tanah sucimu. Maka tegahkanlah mereka. Jangan jadikan mereka itu menang dan jadikanlah perancangan mereka suatu yang mustahil. Jika mereka masuk ke tanah haram, maka urusannya terserah padaMu, wahai Tuhan-ku."

Mengikut setengah riwayat lain, Abdul Mutalib memegang halqah pintu Kaabah dan terus berkata, "Wahai Tuhanku, aku tidak berharap kepada mereka melainkan kepadaMu. Wahai Tuhanku, halanglah mereka dengan peliharaanMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya musuh BaitiLlah datang menceroboh kepadaMu. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuasaanMu."

Masyarakat Arab pada waktu itu merasakan kehebatan tentera-tentera bergajah milik Abrahah kerana mereka boleh melakukan apa sahaja dengan kekuatan tentera seperti itu, sedangkan orang Arab pada masa itu tidak ada gajah. Namun, tipu daya yang dilakukan Abrahah dan pengikutnya membina al Qulais dan merancang untuk meruntuhkan Kaabah, menjadi satu kesesatan yang kemudiannya dihapuskan oleh Allah Taala. Allah mengutuskan kepada mereka rombongan burung, yang datang berkawan, rombongan demi rombongan.

Mengikut Said bin Jubair, penghulu para tabi'en, burung ini adalah sejenis burung yang tidak dikenali. Tidak pernah dilihat di bumi. Sesetengah ulama berkata ia seperti kelawar dan pelbagai gambaran. Perbincangan mengenai jenis burung ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang paling baik adalah burung ini adalah burung khas yang dihantar oleh Allah. Allah mengutus mereka burung yang berombongan. Burung-burung ini melontarkan kepada mereka dengan batu yang dibakar hangus. Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, satu di paruh dan dua di kaki.

Sumber : Ensiklopedia Sejarah Muhammad

Thursday, 15 March 2018

PENYUCIAN DIRI


Dua jenis penyucian: Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian.

Menurut hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk menjadi batal jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui dengan wuduk. Dalam hal keluar mani dan darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang terdedah - tangan, lengan, muka dan kaki - mesti dibasuh. Mengenai pembaharuan wuduk Nabi s.a.w bersabda, "Pada setiap pembaharuan wuduk Allah perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman digilap dan memancar dengan lebih bercahaya". Dan, "Mengulangi bersuci dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya".

Kesucian batin juga boleh hilang, mungkin lebih kerap daripada kesucian zahir, dengan sifat buruk, buruk perangai, perbuatan dan sifat yang merosakkan seperti sombong, takabur, menipu, mengumpat, fitnah, dengki dan marah. Perbuatan secara sedar dan tidak sedar memberi kesan kepada roh: mulut yang memakan makanan haram, bibir yang berdusta, telinga yang mendengar umpatan dan fitnah, tangan yang memukul, kaki yang membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga satu dosa, bukan sahaja dilakukan di atas katil. Nabi s.a.w bersabda, "Mata juga berzina".

Bila kesucian batin ditanamkan demikian dan wuduk kerohanian batal, membaharui wuduk demikian adalah dengan taubat yang ikhlas, yang dilakukan dengan menyedari kesalahan sendiri, dengan penyesalan yang mendalam disertai oleh tangisan (yang menjadi air yang membasuh kekotoran jiwa), dengan berazam tidak akan mengulangi kesalahan tersebut, berhasrat meninggalkan semua kesalahan, dengan memohon keampunan Allah, dan dengan berdoa agar Dia mencegahnya daripada melakukan dosa lagi.

Sembahyang adalah menghadap Tuhan. Berwuduk, berada di dalam keadaan suci, menjadi syarat untuk bersembahyang. Orang arif tahu penyucian zahir sahaja tidak memadai, kerana Allah melihat jauh ke dalam lubuk hati, yang perlu diberi wuduk dengan cara bertaubat. Firman Allah:

Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu, untuk tiap-tiap orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas). (Surah Qaaf, ayat 32).

Penyucian tubuh dan wuduk zahir terikat dengan masa kerana tidur membatalkan wuduk. Penyucian ini terikat dengan siang dan malam bagi kehidupan di dalam dunia. Penyucian alam batin, wuduk bagi diri yang tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa. Ia untuk seluruh kehidupan - bukan sahaja kehidupan sementara di dunia tetapi juga kehidupan abadi di akhirat.

Sumber : Kitab Sirr Al Asror Karangan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.

“ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA”


Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berfirman:

“Aku membagi al-Fatihah menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk hambaKu.”

Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan hambaNya.

Ketika Kita mengucapkan “AlhamdulillahiRabbil ‘alamin”. Allah menjawab: “HambaKu telah memujiKu.”

Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Rahim”,Allah menjawab: “HambaKu telah mengagungkanKu.”

Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin”, Allah menjawab: “Hamba-Ku memuja-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Sumber : Kitab Iqaz Al Himam karangan Syeikh Ibnu Ajibah.

Dialog Syeikh Abdullah Al-Syanqithi dan Wahabi


Ketika orang-orang Wahabi memasuki Hijaz dan membantai kaum Muslimin dengan alasan bahwa mereka telah syirik, sebagaimana yang telah dikabarkan oleh Nabi shollallaah ‘alaih wa sallam dalam sabdanya, “Orang-orang Khawarij akan membunuh orang-orang yang beriman, dan membiarkan para penyembah berhala.” Mereka juga membunuh seorang ulama terkemuka. Mereka menyembelih Syeikh Abdullah al-Zawawi, guru para ulama madzhab al-Syafi’i, sebagaimana layaknya menyembelih kambing. Padahal usia beliau sudah di atas 90 tahun. Mertua Syeikh al-Zawawi yang juga sudah memasuki usia senja, juga mereka sembelih.

Kemudian mereka memanggil sisa-sisa ulama yang belum dibunuh untuk diajak berdebat tentang tauhid, Asma Allah dan sifat-sifat-Nya. Ulama yang setuju dengan pendapat mereka, akan dibebaskan. Sedangkan ulama yang membantah pendapat mereka akan dibunuh atau dibuang dari Hijaz. Di antara ulama yang diajak berdebat oleh mereka adalah Syeikh Abdullah al-Syanqithi, salah seorang ulama berkarisma yang dikenal hafal Sirah Nabi shollallaah ‘alaih wa sallam. Sedangkan dari pihak Wahabi yang mendebatnya, di antaranya seorang ulama mereka yang tidak dapat melihat dan buta hati. Kebetulan perdebatan berkisar tentang teks-teks al-Qur’an dan hadits yang berkenaan dengan sifat-sifat Allah. Mereka bersikeras bahwa teks-teks tersebut harus diartikan secara literal dan tekstual, dan tidak boleh diartikan secara kontekstual dan majazi.

Ulama wahabi itu juga mengingkari adanya majaz dalam al-Qur’an. Bahkan lebih jauh lagi, ia menafikan majaz dalam bahasa Arab, kerana taklid buta pada pendapat Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim. Lalu Syeikh Abdullah al-Syanqithi berkata kepada Ulama wahabi itu:

“Apabila Anda berpendapat bahwa majaz itu tidak ada dalam al-Qur’an, maka sesungguhnya Allah Subhaanahu wa ta’aala telah berfirman dalam al-Qur’an:

وَمَنْ كَانَ فِيْ هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي اْلآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيْلاً

“Dan Barangsiapa yang buta di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” (QS. al-Isra’ : 72).

Berdasarkan ayat di atas, apakah Anda berpendapat bahwa setiap orang yang buta di dunia, maka di akhirat nanti akan menjadi lebih buta dan lebih tersesat, sesuai dengan pendapat Anda bahwa dalam al-Qur’an tidak ada majaz?”

Mendengar sanggahan Syeikh al-Syanqithi, ulama Wahabi yang buta itu pun menjerit dan memerintahkan agar Syeikh al-Syanqithi dikeluarkan dari majlis perdebatan. Kemudian ulama wahabi itu meminta kepada Ibn Saud agar membuang al-Syanqithi dari Hijaz. Akhirnya ia pun dibuang ke Mesir. 

Sumber : Kitab Ju’nat al-’Aththar Karangan Al-Hafizh Syeikh Ahmad al-Ghumari.

NASEHAT FUDHAIL BIN IYADH KEPADA KHALIFAH HARUN AR-RASYID


Para suatu malam khalifah Harun Ar Rasyid dan Ibnu Rabi' mendatangi ke rumah Fudhail bin iyadh ternyata dia sedang mengerjakan shalat dan membaca sebuat ayat Al-Qur’an yang dia baca berulang-ulang, lalu Ibnu Rabi' mengetuk pintunya, dia bertanya dari dalam: “Siapa ini?” Ibnu Rabi' jawab: “Sambutlah Amirul Mu’minin.” Maka dia menjawab: “Apa urusan saya dengan Amirul Mu’minin?!” Maka Ibnu Rabi' pun menimpali: “Subhanallah, bukankah Anda wajib ta’at, bukankah telah diriwayatkan dari Nabi shallallahu alaihi was sallam bahwa beliau bersabda:

“Seorang mu’min tidak boleh merendahkan dirinya sendiri.”

Maka Fudhail pun membuka pintu, kemudian masuk kembali ke dalam kamarnya lalu mematikan lampu, setelah itu dia menuju ke salah satu sudut rumahnya. Maka kami pun masuk sambil meraba-raba dengan tangan kami. Maka tangan Amirul Mu’minin lebih dahulu menyentuh tangan Fudhail. Dia pun berkata: “Duhai betapa lembutnya tangan ini jika besok bisa selamat dari adzab Allah Ta’ala.” Saya berkata dalam hati: “Sungguh dia akan berbicara kepada beliau malam ini dengan perkataan yang muncul dari hati yang bersih.” Maka Amirul Mu’minin berkata: “Penuhilah keperluan kami, semoga Allah merahmatimu.”

Fudhail menjawab: “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz ketika diangkat menjadi khalifah, beliau mengundang Salim bin Abdillah bin Umar, Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhy dan Raja’ bin Haiwah, lalu beliau berkata kepada mereka: “Sesungguhnya aku mendapatkan ujian dengan perkara ini, maka berilah aku nasehat!”

Maka Salim bin Abdillah berkata: “Jika Anda besok ingin selamat dari adzab Allah, maka berpuasalah dari dunia dan jadikan berbuka Anda darinya dengan kematian!”

Kemudian Muhammad bin Ka’ab mengatakan: “Jika Anda besok ingin selamat dari adzab Allah, maka jadikanlah orang tua dari kaum Muslimin sebagai ayah bagi Anda, yang sebaya sebagai saudara, dan yang lebih muda dari mereka sebagai anak bagi Anda. Jadi hormatilah ayah Anda, muliakanlah saudara Anda, dan sayangilah anak Anda!”

Lalu giliran Raja’ bin Haiwah berkata: “Jika Anda besok ingin selamat dari adzab Allah, maka cintailah kebaikan bagi kaum Muslimin seperti yang Anda cintai bagi diri Anda sendiri, dan bencilah keburukan atas mereka sebagaimana Anda membenci jika hal itu menimpa Anda. Kemudian meninggallah jika Anda menginginkan!”

Adapun saya maka sesungguhnya saya mengatakan kepada Anda bahwa saya benar-benar mengkhawatirkan keselamatan Anda pada hari kiamat ketika kaki-kaki tergelincir, maka apakah Anda –semoga Allah merahmati Anda– memiliki orang-orang yang menasehati Anda dengan nasehat semacam ini?”

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu hingga jatuh pingsan. Lalu saya pun berkata kepada Fudhail: “Bersikap lembutlah kepada Amirul Mu’minin, wahai Ibnu Ummir Rabi’, kerana Anda dan shahabat Anda bisa membunuh beliau, dan saya juga akan bersikap lembut kepada beliau.” Ketika Amirul Mu’minin telah sadar, beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasehat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Maka Fudhail menjawab: “Wahai Amirul Mu’minin, telah sampai kepada saya bahwa salah seorang gubenor Umar bin Abdul Aziz pernah mengeluh kepada beliau, maka beliau menulis surat kepadanya yang berbunyi: “Wahai saudaraku, aku ingatkan engkau dengan Allah sepanjang lamanya penduduk neraka tidak bisa tidur sepanjang malam di samping kekekalan abadi. Dan jangan sampai malaikat yang ada di sisi Allah mengusirmu dari sisi-Nya sehingga akhir keadaanmu adalah keputusasaan!” Setelah membaca surat itu, maka gubernur tersebut menghadap kepada Umar bin Abdul Aziz, lalu beliau pun bertanya kepadanya: “Kenapa engkau datang kemari?” Dia menjawab: “Anda telah mencabut hati saya dengan surat Anda, maka saya tidak mau lagi mengurusi sebuah wilayah pun hingga saya berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla.”

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasehat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Fudhail menjawab: “Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya Al-Abbas paman Al-Musthafa (Rasulullah) shallallahu alaihi was sallam pernah datang kepada Nabi shallallahu alaihi was sallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah, angkatlah saya menjadi pemimpin?” Maka Nabi shallallahu alaihi was sallam bersabda kepadanya:

“Sesungguhnya kepemimpinan akan menjadi penyesalan pada hari kiamat nanti, maka jika engkau mampu untuk tidak menjadi pemimpin, lakukanlah!”
(Shahih Al-Bukhary)

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Tambahlah nasehat kepadaku, semoga Allah merahmatimu!” Fudhail menjawab: “Wahai yang berwajah bagus, Andalah yang akan ditanya oleh Allah tentang hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti, maka jika Anda mampu untuk bisa menjaga wajah ini dari neraka, jangan sampai Anda memasuki waktu pagi dan sore dalam keadaan di hati Anda terdapat pengkhianatan terhadap seorang pun dari rakyat Anda, karena sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi was sallam pernah bersabda:

“Siapa saja yang mengkhinati rakyatnya maka dia tidak akan mencium bau surga.”
(Shahih Al-Bukhary)

Maka Amirul Mu’minin menangis tersedu-sedu, lalu beliau berkata kepada Fudhail: “Apakah engkau memiliki tanggungan hutang?” Dia menjawab: “Ya, hutang kepada Rabbku yang belum Dia tagih. Maka celaku diriku jika Dia telah menanyakannya kepadaku, celaka diriku jika Dia memperhitungkannya, dan celaka diriku jika aku tidak bisa mengemukakan alasan yang tepat.” Beliau menimpali: “Yang ku maksud adalah hutang kepada hamba-hamba Allah.” Fudhail menjawab: “Sesungguhnya Rabbku tidak memerintahkanku untuk melakukan hal ini, yang Dia perintahkan kepadaku adalah agar saya mentauhidkan-Nya dan mentaati perintah-Nya. Dia Azza wa Jalla berfirman:

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka hanya beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha pemberi rezki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh.”(QS. Adz-Dzariyat: 56-58)

Maka Amirul Mu’minin berkata kepadanya: “Ini 1000 dinar, ambillah dan belanjakan untuk kebutuhan keluargamu dan gunakanlah untuk menguatkan ibadahmu.” Fudhail menjawab: “Subhanallah, saya menunjukkan Anda kepada jalan keselamatan, sementara Anda membalasnya dengan yang semacam ini?! Semoga Allah menyelamatkan Anda dan memberi taufik kepada Anda.”

Sumber : Kitab Penghantar Ilmu Tarekat Dan Tasawuf Karangan Prof Dr Aboebakar Atjeh.