Wednesday, 19 October 2016
KISAH SI KAYA YANG MISKIN
Seorang kaya datang hendak memberi wang seribu dinar kepada Ibrahim Adham. "Terimalah wang ini", katanya kepada Ibrahim Adham.
"Aku tidak mahu menerima sesuatu pun dari para pengemis", jawab Ibrahim Adham.
"Tetapi aku adalah seorang yang kaya", balas orang itu.
"Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar dari yang telah engkau miliki sekarang ini?, tanya Ibrahim Adham.
"Ya", jawabnya.
"Bawalah kembali wang ini!. Engkau adalah ketua para pengemis, Engkau bahkan bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat papa dan selalu menderita kesusahan".
Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment