Saturday 17 December 2016

KARAMAH UMMU AIMAN R.A


Ummu Aiman adalah termasuk orang-orang yang pertama masuk Islam, paling tidak, untuk wanita, beliau masuk setelah Khadijah atau setelah puteri-puteri Rasulullah SAW atau masuk dalam kategori sepuluh wanita pertama masuk Islam. Semasa di Makkah, kerana termasuk orang biasa, beliau mendapat perlakuan kasar dan buruk dari pemuka Quraisy. Ketika hijrah diizinkan, beliau termasuk orang yang ikut hijrah ke Habasyah. Kemudian beliau termasuk orang yang kembali ke Makkah bersama rombongan. Ketika hijrah ke Madinah, beliau termasuk yang berhijrah, bahkan dengan berjalan kaki dan dalam kondisi puasa. Meski tidak sendiri dan tetap bersama rombongan, beliau tidak menunggang unta apalagi kuda. Jarak 430 km ditempuh dengan berjalan kaki. Sampai akhirnya, karomah Allah SWT diberikan untuknya. Siang yang panas tetap dilaluinya dengan kesabaran dan ketabahan. Ketika datang waktu berbuka, Ummu Aiman tidak mendapatkan air untuk diminum. Tiba-tiba muncul gumpalan awan yang membentuk seperti ember (bekas air) putih, beliau mengambilnya dan meminum darinya. Setelah minum sampai hilang dahaganya, beliau melanjutkan perjalanannya ke Madinah tanpa pernah merasakan haus kembali. Bahkan sampai akhir hayatnya. Bahkan, beliau bercerita bahawa suatu ketika beliau sengaja tawaf di siang hari di panas yang terik dengan harapan akan merasa haus, tapi ternyata beliau tidak juga merasa haus.

Sumber : Kitab Jami Al Karamat Al Auliya Karangan Syeikh Yusof Al Nabhani

No comments:

Post a Comment