Sunday 4 December 2016

KISAH BURUNG MEMBAWA REZEKI UNTUK RABI'AH ADAWIYAH


Pada suatu hari pelayan wanita Rabi'ah hendak memasak sup bawang kerana telah beberapa lamanya mereka tidak memasak makanan. Ternyata mereka tidak mempunyai bawang. Si pelayan berkata kepada Rabi'ah: "Aku hendak- meminta bawang kepada tetangga sebelah".

"Tetapi Rabi'ah mencegah: "Telah empat puluh tahun aku berjanji kepada Allah tidak akan meminta sesuatu pun kecuali kepada-Nya. Lupakanlah bawang itu".

Segera setelah Rabi'ah berkata demikian, seekor burung meluncur dari angkasa, membawa bawang yang telah terkupas di paruh-nya, lalu menjatuhkannya ke dalam belanga.

Menyaksikan peristiwa itu Rabi'ah berkata: "Aku takut jika semua ini adalah semacam tipu muslihat".

Rabi'ah tidak mahu menyentuh sup bawang tersebut. Hanya roti saja lah yang dimakannya.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

No comments:

Post a Comment