Thursday 16 February 2017

BURUK SANGKA


Ketika Junaid sedang berkhutbah, salah seorang pendengarnya bangkit dan mulai mengemis.
"Orang ini cukup sihat", Junaid berkata di dalam hati. "Ia dapat mencari nafkah. Tetapi mengapa ia mengemis dan menghinakan dirinya seperti ini?"

Malam itu Junaid bermimpi, di depannya tersaji makanan yang tertutup tudung.
"Makanlah!", sebuah suara memerintah Junaid.

Ketika Junaid mengangkat tudung itu, terlihatlah olehnya si pengemis terkapar mati di atas piring.

"Aku tidak mahu memakan daging manusia", Junaid menolak.

"Tetapi bukankah itu yang engkau lakukan kemarin ketika berada di dalam masjid?"
Junaid segera menyedari bahwa ia bersalah kerana telah berbuat fitnah di dalam hatinya dan oleh kerana itu ia dihukum.

"Aku tersentak dalam keadaan takut", Junaid mengisahkan. "Aku segera bersuci dan, melakukan solat sunnat dua raka'at. Setelah itu aku pergi keluar mencari si pengemis. Aku dapatkan ia sedang berada di tepi sungai Tigris. Ia sedang memunguti sisa-sisa sayuran yang dicuci di situ dan memakannya. Si pengemis mengangkat kepala dan terlihatlah olehnya aku yang sedang menghampirinya. Maka bertanyalah ia kepadaku: 'Junaid, sudahkah engkau bertaubat kerana telah bersangka buruk terhadapku?' Sudah', jawabku. 'Jika demikian pergilah dari sini. Dialah Yang Menerima taubat hamba-hambaNya. Dan jagalah fikiranmu' ".

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

No comments:

Post a Comment