Thursday 16 February 2017

TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH


Pada suatu hari Abu Hussain An Nuri melihat seseorang yang sedang solat sambil memutar-mutar kumisnya.

"Janganlah engkau sentuh kumis Allah", Nuri mengherdiknya.

Seruan itu dilaporkan orang itu kepada khalifah. Ahli-ahli hukum sudah sepakat bahwa ucapan seperti itu, berarti Nuri telah tergelincir ke dalam kekafiran. Oleh kerana itu Nuri dihadapkan kepada khalifah.

"Benarkah engkau telah mengucapkan kata-kata seperti itu?", tanya khalifah.

"Benar", jawab Nuri.

"Mengapa engkau berkata demikian?", tanya khalifah lagi. "Siapakah yang memiliki hamba Allah?", Nuri balik bertanya kepada khalifah.

"Allah", jawab khalifah.

"Siapakah yang memiliki kumis hamba-Nya itu?", Nuri melanjutkan.

"Dia yang memiliki si hamba", jawab khalifah.

Di kemudian hari khalifah berkata: "Aku bersyukur kepada Allah kerana Dia telah mencegahku untuk membinasakan Nuri".

"Di kejauhan yang tak terlihat, nampaklah olehku sebuah cahaya", Nuri berkata, "aku terus menatapnya hingga aku sendirilah yang menjadi cahaya itu".

Pada suatu hari Junaid pergi mengunjungi Nuri. Sesampainya di rumah Nuri, Nuri menyambut kedatangannya dengan merebahkan diri di depan Junaid. Kemudian Nuri mengeluh kerana dia telah diperlakukan secara tidak adil.

"Perjuanganmu semakin berat, sedangkan engkau sudah kehabisan tenaga. Selama tiga puluh tahun ini, apabila Dia ada maka aku pun tiada, dan apabila aku ada, maka Dia pun tiada. Ada-Nya adalah tiadaku. Semua permohonan-permohonanku dijawab-Nya dengan 'Aku sajalah yang ada, atau engkau saja' ".

Junaid berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Saksikanlah oleh kalian seorang manusia yang telah mengalami percubaan yang sedemikian beratnya dan telah bingung dibuat Allah".

Kemudian Junaid berpaling kepada Nuri dan berkata: "Memang begitulah seharusnya. Dia tertutup oleh engkau.
Apabila Ia terlihat melalui engkau maka engkau menjadi tiada dan segala yang ada adalah Dia".

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

No comments:

Post a Comment