Tuesday, 20 February 2018

AMALAN-AMALAN YANG TERTOLAK


Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a. telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:

"Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.".

Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhimya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari Kiamat nanti".

"Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut".

Langit Pertama

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawaamalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas".

Langit Ke 2

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran".

Langit Ke 3

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai".

Langit Ke 4

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya".

Nota:

'Ujub, takbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati. 'Ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran serta memandang orang lain dengan pandangan penghinaan. Tanda yang nampak pada lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.),

"Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah". (Surah Al A 'raf, ayat 12)

Langit Ke 5

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:

"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasad akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasad ini melintasi aku".

Langit Ke 6

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku".

Langit Ke 7

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang,puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain).

Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak".

Di Hadapan Allah

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah.

Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. la sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. la hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknat Ku".

Lalu para malaikat tadi berkata:

"Ke atasnya laknat Mu dan juga laknat kami". Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

"Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera".

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka.

Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu danjangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti".

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?"

Nabi s.a.w. menjawab: "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah".

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang

banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini".

Hadis ini riwayat lbnul Mubarak di dalam Kitab Al Zuhd dan riwayat lbnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu'at (Lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295).

Sumber : Kitab Bidayatul Hidayah Karangan Imam Ghazali.

CARA MELAYAN TETAMU


Selama empat bulan Syibli menerima Abu Hafshin Al Haddad sebagai tetamu. Setiap hari ia menyajikan beraneka macam santapan dan berbagai macam jenis kuih.

Ketika berangkat pulang, Abu Hafshin berkata kepada Syibli:

"Jika engkau datang ke Nishapur akan aku ajarkan kepadamu cara menjamu tetamu dan kemurahan hati yang sejati".

"Apakah kesalahan yang telah aku lakukan?", Syibli bertanya.

"Engkau terlampau menyibukkan dirimu. Jamuan yang berlebih-lebihan tidaklah sama dengan kemurahan hati. Engkau harus melayan tetamu seperti melayan dirimu sendiri. Dengan demikian kedatangan tetamu tidak merupakan beban kepadamu dan kepergiannya tidak merupakan alasan untuk merasa lega. Jika engkau terus menjamu tamu secara berlebihan, maka kedatangannya akan engkau anggap sebagai beban dan kepergiannya sebagai kelegaan. Seorang yang beranggapan demikian terhadap tamunya, tidak dapat dikatakan bersifat pemurah".

Ketika Syibli datang ke Nishapur, ia menginap di rumah Abu Hafshin. Semua tetamu berjumlah empat puluh orang, dan sewaktu malam tiba, Abu Hafshin menyalakan empat puluh satu buah pelita.

"Bukankah engkau sendiri mengatakan bahwa kita jangan berlebihan?", Syibli menegur Abu Hafshin.
"Jika demikian, padamkanlah olehmu lampu-lampu itu".

Syibli menuruti, tetapi betapa pun ia berusaha hanya satu lampu yang dapat dipadamkannya.

"Syeikh, apakah ertinya semua ini?" Tanya Syibli kepada Abu Hafshin.

"Kalian adalah empat puluh utusan Allah, kerana seorang tetamu adalah seorang utusan Allah. Jadi wajarlah apabila demi Allah aku menyalakan sebuah pelita untuk masing-masing di antara kalian dan sebuah untuk diriku sendiri. Keempat puluh pelita yang aku nyalakan demi Allah itu tidak sanggup engkau padamkan, tetapi satu pelita yang aku nyalakan untuk diriku sendiri itu berhasil engkau padamkan. Segala hal yang telah kau lakukan di Baghdad itu dahulu, engkau lakukan demi diriku, tetapi yang aku lakukan di sini, aku lakukan demi Allah. Jadi yang kau lakukan dahulu itu merupakan hal yang berlebih-lebihan tetapi yang aku lakukan ini bukan".

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar

Friday, 5 January 2018

CARA MEMAAFKAN


Setelah selesai menunaikan ibadah haji, Abu Hafshin Al Haddad kembali ke Baghdad, Sahabat-sahabat Junaid menyambut kedatangannya.

"Ole-ole apakah yang kau bawa untuk kami?", tanya Junaid kepadanya.

"Yang hendak aku katakan inilah ole-oleku", jawab Abu Hafshin. "Mungkin sekali di antara sahabat-sahabat kita ada yang tidak sanggup menghadapi kehidupan ini seperti yang seharusnya. Jika tingkah lakunya kepadamu kurang sesuai, carilah ke dalam dirimu sebuah alasan untuk memaafkannya, lalu maafkanlah kesalahannya itu. Bila debu salah faham tidak dapat dihilangkan kerana maaf itu, sedang kau berada di pihak yang benar, cari pula alasan untuk memaafkannya lalu maafkan perbuatannya itu. Apabila debu salah faham tetap tidak dapat dihilangkan, cari pula alasan lain walau sampai empat puluh kali. Apabila debu itu tidak dapat dihilangkan sedang engkau berada di pihak yang benar, dan keempat puluh alasan itu tidak dapat mengimbangi kesalahan yang telah dilakukannya terhadap dirimu, maka duduklah dan berkatalah kepada dirimu sendiri: 'Betapa keras kepala dan betapa kelam hatimu ini! Betapa kesat hatimu, betapa buruk kelakuanmu, betapa angkuhnya engkau! Saudaramu telah mengajukan empat puluh alasan agar kesalahannya dimaafkan, tetapi engkau tidak dapat menerima alasan-alasan itu dan tetap membenci dia. Aku berlepas tangan terhadapmu. Engkau tahu apa yang kau inginkan, berbuatlah sekehendakmu!"

Junaid sangat kagum mendengar kata-kata ini. "Tetapi siapakah yang mempunyai kekuatan seperti itu?" Junaid bertanya kepada dirinya sendiri.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

SYEIKH SYAH BIN SYUJA' AL-KIRMANI DAN PUTERINYA


Syeikh Syah bin Syuja' juga mempunyai seorang puteri. Para pembesar Kirmani telah datang untuk melamarnya. Syeikh Syah bin Syuja' minta kelonggaran selama tiga hari sebelum memberi keputusan. Kemudian ia pergi menjelajahi masjid ke masjid, akhirnya terlihatlah olehnya seorang guru sufi yang sedang solat dengan khusyuk. Syeikh Syah bin Syuja' dengan sabar menanti si guru sufi selesai dengan solatnya. Kemudian ia bertanya.

"Apakah engkau telah berkeluarga?" "Belum", jawab guru sufi.

"Mahukah engkau seorang isteri yang boleh membaca al-Qur'an?"

"Siapakah yang mahu menikahkan puterinya kepadaku? Harta kekayaanku hanya tiga dirham"

"Akan aku serahkan puteriku kepadamu", jawab Syeikh Syah bin Syuja" 'Dari tiga dirham yang engkau miliki itu belanjakanlah satu dirham untuk roti, satu dirham untuk minyak mawar dan selebihnya untuk pengikat tali perkawinan"
Akhirnya mereka sepakat. Malam itu juga Syeikh Syah bin Syuja' mengantarkan puterinya ke rumah guru sufi itu. Ketika memasuki rumah itu terlihatlah oleh si gadis sepotong roti kering dan sekendi air.

"Roti apakah ini?" tanyanya.

"Roti kemarin yang aku simpan untuk hari ini", jawab guru sufi.

Mendengar jawapan itu si gadis hendak meninggalkan rumah guru sufi itu.

"Sudah aku sedari bahwa puteri Syeikh Syah bin Syuja takkan sanggup hidup bersama diriku yang miskin seperti ini" kata sang guru sufi.

"Aku meningggalkanmu bukan kerana sedikit hartamu" jawab si gadis, "tetapi kerana sedikit iman dan kepercayaanmu sehingga engkau menyimpan roti kemarin dan tidak percaya bahwa Allah akan memberikan rezeki kepadamu setiap hari. Aku jadinya heran kepada ayahku, dua puluh tahun lamanya mengatakan. 'Akan aku nikahkan engkau dengan seorang yang taqwa kepada Allah. Tetapi nyatanya ia menyerahkan aku kepada seseorang yang tidak pasrah kepada Allah untuk makanannya sehari-hari" .

"Apakah kesalahanku ini dapat diperbaiki?" si guru sufi bertanya.

"Dapat", jawab si gadis. "Pilihlah satu di antara dua, aku atau roti kering itu".

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

KISAH KHAIR AN-NASSAJ


Abul Hasan Muhammad bin Ismail atau dikenali sebagai Khair an-Nassaj adalah salah seorang ketua di antara tokoh-tokoh sufi yang semasa dengan dia. Sebagai seorang murid Sari as-Saqathi, ia dapat mempengaruhi Syibli mahupun Ibrahim al-Khawwas, dan dia sangat dikagumi oleh al-Junaid. Kisah berikut ini menerangkan mengapa ia digelar Khair an-Nassaj.

Ia meninggalkan kota kelahirannya Samarra untuk menunaikan ibadah hajji ke Mekkah. Di dalam perjalanan itu, ketika ia sampai di gerbang kota Kufah dengan jubah tampal sulam dan wajah yang hitam, semua orang yang melihatnya akan berkata: "Lelaki itu nampaknya adalah orang dungu!". Di kota itu ada seseorang yang memperhatikannya.

"Akan aku suruh dia bekerja selama beberapa hari", orang itu berkata kepada dirinya sendiri. Setelah itu ia pun menghampiri.

"Apakah engkau seorang hamba?", tanyanya.

"Ya!"

"Apakah engkau melarikan diri dari majikanmu?"

"Ya!"

"Akan aku pelihara engkau sampai engkau dapat aku kembalikan kepada majikanmu", orang itu berkata kepadanya.

"Itulah yang aku inginkan selama ini", sahut Khair. "Selama hidupku aku ingin bertemu dengan seseorang yang dapat mengembalikan aku kepada majikanku".

Orang itu lalu membawanya pulang.

"Sejak saat ini namamu adalah Khair", katanya.

Khair tidak membantah. Ia benar-benar meyakini ucapan bahwa "seorang yang beriman tidak boleh berbohong".

Khair mengikuti orang itu dan bekerja padanya. Dia mengajar Khair menenun kain. Bertahun-tahun lamanya Khair bekerja. Setiap kali orang itu memanggil namanya, dalam sesaat Khair telah datang menghadap. Akhirnya setelah menyaksikan betapa Khair memiliki ketulusan hati, tingkah laku yang sempurna, ketajaman akal, dan kebaktian yang teguh, orang itu pun bertaubatlah.

"Aku telah melakukan kesalahan", ia berkata kepada Khair, "Engkau bukan hambaku. Pergilah ke mana engkau suka".

Maka berangkatlah Khair ke kota Mekkah. Di kota ini ia mencapai derajat kesalehan yang sedemikian tingginya sehingga al-Junaid sendiri menyatakan: "Khair adalah yang terbaik di antara kita". Ia lebih suka jika orang-orang tetap memanggilnya Khair dengan dalih:

'Tidak baik apabila aku mengubah nama yang telah diberikan oleh seorang Muslim kepadaku".

Sekali-kali Khair mempraktikkan keahliannya bertenun. kadang-kadang ia pergi ke sungai Tigris di mana ikan-ikan menghampirinya sambil membawakan aneka rupa benda-benda untuk dirinya. Pada suatu hari ketika sedang menenun kain untuk seorang wanita tua, si wanita bertanya kepadanya: "Jika aku datang membawakan wang satu dirham tetapi engkau tidak ada di tempat ini, kepada siapakah aku titipkan wang itu?

"Lemparkanlah ke dalam sungai", jawab Khair.

Ketika wanita tua itu mengantarkan wang satu dirham itu, Khair sedang tidak ada di tempat. Maka dilemparkannyalah wang tersebut ke sungai Tigris. Ketika Khair pergi ke tepi sungai, ikan-ikan memberikan wang satu dirham itu kepadanya.

Orang-orang mengatakan bahwa Khair hidup sampai usia seratus dua puluh tahun. Ajalnya hampir tiba ketika masuk waktu solat Isyak. Malaikat Israil sedang membongkok di atas tubuhnya ketika Khair mengangkat kepalanya.

"Semoga Allah melindungimu!", Khair berseru. "Tunggulah sebentar. Engkau adalah seorang hamba yang menjalankan perintah, aku pun seorang hamba yang menjalankan perintah. Kepadamu diperintahkan untuk mengambil nyawaku, dan kepadaku pun di-perintahkan: 'Apabila telah tiba waktu untuk solat, maka solatlah engkau!'. Waktu solat telah tiba. Engkau mempunyai kesempatan luas untuk melaksanakan perintah. Tetapi kesempatanku hanyalah di saat ini. Bersabarlah sehingga aku selesai solat Isyak".

Kemudian Khair bersuci dan solat. Begitu selesai, ia pun meninggal dunia.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

GELAK KETAWA


Abu Bakar Al Kattani meriwayatkan pula; di dalam sebuah mimpi aku bertemu dengan seorang remaja yang sangat tampan.

"Siapakah engkau ini?" aku bertanya kepadanya.

"Kesalehan", jawabnya.

"Di manakah tempatmu?" tanyaku.

"Di dalam hati orang-orang yang berduka".

Kemudian aku bertemu dengan seorang perempuan hitam yang sangat mengerikan.

"Siapakah engkau ini?" aku bertanya kepadanya.

"Gelak tawa, sukaria, dan foya-foya", jawabnya.

"Di manakah tempatmu?" tanyaku.

"Di dalam hati orang-orang yang berbuat sesuka hati mereka dan orang-orang yang bersenang-senang".

Ketika aku terbangun, aku bertekad, bahwa seumur hidupku aku tidak akan tertawa kecuali apabila aku sudah tidak kuasa menahannya.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar. KETAWA

Abu Bakar Al Kattani meriwayatkan pula; di dalam sebuah mimpi aku bertemu dengan seorang remaja yang sangat tampan.

"Siapakah engkau ini?" aku bertanya kepadanya.

"Kesalehan", jawabnya.

"Di manakah tempatmu?" tanyaku.

"Di dalam hati orang-orang yang berduka".

Kemudian aku bertemu dengan seorang perempuan hitam yang sangat mengerikan.

"Siapakah engkau ini?" aku bertanya kepadanya.

"Gelak tawa, sukaria, dan foya-foya", jawabnya.

"Di manakah tempatmu?" tanyaku.

"Di dalam hati orang-orang yang berbuat sesuka hati mereka dan orang-orang yang bersenang-senang".

Ketika aku terbangun, aku bertekad, bahwa seumur hidupku aku tidak akan tertawa kecuali apabila aku sudah tidak kuasa menahannya.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar.

MENGAPA IBNU ATHA' MENGUTUK ALI BIN ISA


Ibnu Atha' dituduh seorang bid'ah. Ali bin Isa yang menjawat wazir khalifah, memanggil dan mencela Ibnu Atha', Ibnu Atha' menjawab dengan kata-kata yang kasar. Si wazir murka dan me-merintahkan hamba-hambanya melepaskan sepatu yang sedang dipakainya, dengan sepatu itu mereka harus memukul kepala Ibnu Atha' sampai ia mati. Di dalam penyiksaan itu Ibnu Atha' meneriakkan kutukan kepadanya: "Semoga Allah memutuskan kaki dan tanganmu!"

Di belakang hari khalifah marah kepada wazirnya, Ali bin Isa, dan memerintahkan agar tangan dan kakinya dipotong.

Sehubungan dengan peristiwa ini beberapa di antara tokoh-tokoh sufi menyalahkan Ibnu Atha' dan berkata: "Jika melalui doa-doamu engkau dapat memperbaiki manusia, mengapakah engkau mengutuk dia? Seharusnya engkau mendoakan keselamatannya". Tetapi tokoh-tokoh sufi yang lain membela Ibnu Atha' dan berkata: "Mungkin sekali Ibnu Atha' mengutuk si wazir untuk membela kaum Muslimin kerana ia adalah seorang wazir yang zalim".

Sebuah penjelasan lain yang membela Ibnu Atha' adalah: sebagai seorang manusia yang bermata hati tajam, Ibnu Atha' mengetahui malapetaka yang akan menimpa diri si wazir. Ia hanya menyatakan persetujuannya terhadap takdir Allah itu, dengan demikian Allah menyatakan kehendak-Nya melalui lidah Ibnu Atha', sedangkan Ibnu Atha' sama sekali berlepas tangan.

Menurut pendapat saya (Syeikh Fariddudin Attar), sesungguhnya Ibnu Atha' tidak mengutuk si wazir. Bahkan sebaliknya, Ibnu Atha' mendoakan demikian supaya si wazir dapat mencapai derajat seorang syuhada. Ibnu Atha' mendoakan agar si wazir menanggung kehinaan di atas dunia ini dan kehilangan kedudukannya yang tinggi beserta kekayaannya yang berlimpah itu. Jadi dengan sudut pandangan yang seperti ini terlihatlah bahwa Ibnu Atha' semata-mata menghendaki kebaikan bagi Ali bin Isa, kerana bukankah hukuman di atas dunia ini jauh lebih ringan daripada di akhirat?

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya Karangan Syeikh Fariddudin Attar