Wednesday, 14 May 2014
EMPAT ORANG SUAMINYA MENJADI SYUHADA
Namanya Atika binti Zaid bin Amar bin Nufail. Merupakan keturunan Quraisy yang baik nasabnya. Perangainya lembut, parasnya cantik, akhlaknya mulia, hatinya bersih. Wajar, jika kemudian, dalam perjalanan hidupnya, beliau tercatat bersuami para mujahid. Tidak tanggung-tanggung, beliau menikah dengan empat generasi terbaik umat ini dimana keempatnya syahid di jalan Allah.
Pertama kali beliau dinikahi oleh Abdullah putra Abu Bakar ash-Shidiq. Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Robbani ini? Abu Bakar adalah yang terdepan dalam jihad, ia infaqkan semua hartanya di Jalan Allah dan RasulNya.
Sayangnya, lantaran kecantikan dan kepetahan Atikah dalam berinteraksi, ia bercerai dengan Abdullah lantaran titah Abu Bakar. Apa pasal? Kerana asyik bercengkerama dengan Atikah, Abdullah lalai dari solat berjama'ah. Dua pasangan ini asyik bercanda dari sebelum azan hingga solat selesai didirikan. Maka, Ayah yang sholih itu segera memanggil buah hatinya, "Wahai Abdullah, ceraikanlah isterimu."
Selepas cerai, Abdullah jatuh sakit. Ayah yang faham itu tahu penyebab sakitnya. Maka diperintahkanlah Abdullah rujuk dengan Atikah dengan satu syarat, "Jangan sampai cintamu kepada wanita itu mengalahkan cintamu kepada Allah dan RasulNya." Kedua sejoli inipun akhirnya menikah untuk kedua kalinya.
Waktu berjalan, keduanya bertumbuh dalam rangka saling mencintai kerana Allah. Hingga akhirnya, Perang Thaif bergolak. Atikah berangkat sebagai penyemangat para mujahid dengan syair-syairnya. Sedangkan Abdullah maju dengan gagah perkasa hingga akhirnya menjadi syuhada'. Atikah-pun menjanda. Janda Syuhada'.
Selesai masa 'iddah, Atikah yang sholihah itu disunting oleh Umar bin Khaththab. Cinta keduanya tumbuh subur, menjulang ke langit, akarnya menancap kuat di bumiNya dan buah nya bertebaran di sekelilingnya. Hingga akhirnya Umar ditikam oleh seorang lelaki. Kembali, Atikah menjadi Janda Syuhada' untuk kedua kalinya.
Tak berselang lama, Janda Syuhada' itupun dipersunting oleh Zubair bin Awwam. Seorang sahabat nabi yang tak diragukan lagi kesholihan dan komitmennya dalam dakwah. Waktu berlalu, hingga akhirnya Zubair syahid di medan Jamal. Ya, kembali untuk ketiga kalinya, Atikah menjadi Janda Syuhada'.
Selepas itu, Atikah hendak dipersunting oleh Ali bin Abi Thalib. Tapi Ali membatalkan melaksanakan maksudnya kerana Atikah mengajukan syarat agar suaminya kelak tidak terjun dalam kancah jihad bil qital. Maka akhirnya, Husein bin Ali-lah yang menyunting Janda Syuhada' itu. Ketika itu, usia Atikah sudah berkepala lima. Namun kasih sayangnya tetap erat, hingga keluarga Husein, Atikah senantiasa harmoni dalam kerangka saling mencintai kerana Allah.
Takdirpun berlaku. Husein bin Ali syahid dalam medan Karbala. Untuk keempat kalinya, Atikah itu menjadi janda Syuhada'. Hingga akhirnya Atikah tidak dinikahi lagi oleh siapapun dan wafat pada tahun 40H.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment