Thursday, 1 May 2014

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM



Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. Keluar rumah dengan berbekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang hamba yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin tengah berteriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tidak elok lagi dipakai. Pakaian yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepada orang tua itu. Nabi Muhammad s.a.w. tidak jadi memakai baju baru. 

Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai hamba masa itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Rasulullah s.a.w.diutus di dunia untuk memberi rahmat kepada umat manusia. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. Menghantar perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. Mengucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Salam yang ketiga baru dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud agar didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi hamba tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w. kemudian menyampaikan, "Jika perempuan ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkejut. Mereka merasakan mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana itu mereka mengatakan, "Budak hamba ini merdeka kerana Allah s.w.t.." Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya dari pada lapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang hamba." 

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya. 

No comments:

Post a Comment